5990 Arak Cap Timah Kerajaan Perlu Sekat Penggunaan Nama Harian Metro 18 10 2021


Kuala Lumpur: Kelemahan penguatkuasaan menjadi punca isu penjualan arak yang mengelirukan umat Islam semakin berleluasa.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu menyekat pengunaan nama Timah serta imej lelaki berkopiah itu berikutan ia tidak sesuai digunakan dan sememangnya boleh mengelirukan umat Islam.
"Tidak kira apapun makna disebalik imej serta nama Timah itu, ini tidak sepatutnya dibiarkan.
"Kerajaan perlu lebih tegas dan ada kesungguhan untuk membanteras isu ini dengan mengawal pengeluaran dan penjualan arak ini kerana akan memberi implikasi buruk selain mengelirukan pengguna khususnya anak muda beragama Islam," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Beliau mengulas isu penjualan arak keluaran tempatan, jenama Timah yang dilancarkan di media sosial, 7 Oktober lalu.
Mengulas lanjut katanya, penjualan arak itu jika dibiarkan akan mengelirukan pengguna khususnya umat Islam.
"Ia akan menjadikan masyarakat tidak sensitif kerana tiada kawalan dan penjualan ini seolah-olah dibenarkan.
"Jadi, pengguna juga perlu bijak membuat pilihan dan membuat semakan terlebih dulu dengan pihak bertauliah tentang setiap apa yang ingin dibeli di pasaran," katanya.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya sudah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, menurut perkongsian di media sosial, tiada sebarang teori konspirasi membabitkan Whisky Timah kerana imej lelaki berjanggut panjang itu dipercayai bernama Tristram Charles Sawyer Speedy atau lebih dikenali sebagai Captain Speedy.
Berdasarkan laman sukarelawan Museum Negara (https://museumvolunteersjmm.com/2020/11/05/captain-speedy/), Captain Speedy yang bukan Muslim dan tiada darah Melayu itu pernah berkhidmat di Straits Settlement dan ditugaskan untuk membawa keamanan di kawasan perlombongan Timah di Larut sekitar Taiping selepas Perjanjian Pangkor mengakhiri Perang Larut.
Sebagai Pembantu Residen di Larut, beliau bekerjasama dengan pembesar Melayu seperti Orang Kaya Mantari Ngah Ibrahim.
Sementara itu, pengeluar produk arak berkenaan di laman rasmi Facebook mereka 15 Oktober lalu menjelaskan kekeliruan yang timbul dan pemilihan nama dan imej berkenaan berkait rapat dengan sejarah arak pada zaman British memerintah Tanah Melayu.
"Kami tidak berniat mencetuskan kontroversi. Lelaki pada label botol arak kami itu ialah Captain Speedy yang pernah memperkenalkan budaya wiski ketika itu.
"Oleh kerana beliau berkait rapat dengan sejarah perlombongan bijih timah, kami menggunakan nama Timah. Jadi, Timah dimaksudnya ialah (arak) untuk dinikmati orang bukan Islam berdasarkan pembelian alkohol had usia yang dibenarkan," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro
ARAK CAP TIMAH: KERAJAAN PERLU SEKAT PENGGUNAAN NAMA
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/767593/arak-cap-timah-kerajaan-perlu-sekat-penggunaan-nama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2021/10/5990-arak-cap-timah-kerajaan-perlu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arak Timah Kerajaan Harus Menjaga Nama Baik Islam

Arak Timah Kerajaan Harus Menjaga Nama Baik Islam

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 299 hits
1 Persoalan arak dalam kerangka sebuah pemerintahan perlu dilihat dari sudut hukum Syara dan panduan Siyasah Syari eyah Siyasah Syarieyah adalah dasar pemerintahan yang digerakkan mengikut keadaan semasa dan peruntukan perundangan terkini d...
Keh Keh Menteri Agama Mula Berlembut Kini Hanya Minta Syarikat Pengeluar Arak Tukar Nama Timah

Keh Keh Menteri Agama Mula Berlembut Kini Hanya Minta Syarikat Pengeluar Arak Tukar Nama Timah

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 219 hits
October 20 2021 Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Idris Ahmad menggesa syarikat pengeluar arak tempatan jenama Timah menukar kepada nama lain Menurutnya nama yang boleh menimbulkan kekeliruan tidak seharusnya berlaku dan mendatangk...
5991 Arak Timah Signal Orang Islam Harus Bersatu Ppim Getaran 19 10 2021

5991 Arak Timah Signal Orang Islam Harus Bersatu Ppim Getaran 19 10 2021

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 436 hits
KUALA LUMPUR Tindakan sebuah syarikat tempatan menjenamakan arak dengan nama Timah adalah petunjuk bahawa umat Islam di negara ini harus bersama agar sensitiviti agama itu tidak dicabar pada masa akan datang Ketua Aktivitis Persatuan Penggu...
Arak Timah Dulu Pas Sedap Tibai Kerajaan Sekarang Terdiam

Arak Timah Dulu Pas Sedap Tibai Kerajaan Sekarang Terdiam

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 486 hits
Kontroversi arak buatan Malaysia berjenama Timah yang popular di luar negara dan dianggap memalukan kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional boleh dielakkan sekiranya parti agama yang menjadi tunjang kerajaan itu berusaha mengurangkan aktiv...
Benarkah Arak Timah Diluluskan Oleh Kerajaan Pakatan Harapan

Benarkah Arak Timah Diluluskan Oleh Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 513 hits
Isu arak berjenama TIMAH terus menjadi polemik di media sosial Terbaru cybertroopers penyokong kerajaan khususnya Pas mendakwa arak keluaran tempatan itu diluluskan di zaman Pakatan Harapan Benarkah dakwaan ini pakatanharapan
6002 Arak Kerajaan Tidak Boleh Dipersalahkan Malaysia Dateline 22 10 2021

6002 Arak Kerajaan Tidak Boleh Dipersalahkan Malaysia Dateline 22 10 2021

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 339 hits
Sepatutnya isu yang berlegar sejak minggu lalu itu ditangani dan dipandang serius oleh pihak kerajaan Walaupun ia bukan soal politik tetapi ia melibatkan soal sensitiviti yang serius Sebagaimana diketahui kerajaan yang bertemakan Keluarga M...
Pemuda Pas Desak Kerajaan Hentikan Operasi Kilang Arak Jenama Timah Malapetaka Negara

Pemuda Pas Desak Kerajaan Hentikan Operasi Kilang Arak Jenama Timah Malapetaka Negara

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 795 hits
KUALA LUMPUR Pemuda PAS mendesak kerajaan supaya menutup operasi kilang arak jenama tempatan Timah yang disifatkan sebagai malapetaka dan penghinaan kepada Malaysia Ketua Penerangannya Nazir Helmi berkata kewujudan kilang arak terbabit yang...
Arak Timah Lulus Semasa Pas Dalam Kabinet Kerajaan

Arak Timah Lulus Semasa Pas Dalam Kabinet Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 870 hits
Pengeluaran arak jenama Timah difahamkan telah diluluskan pada Jun 2020 iaitu semasa Pas di dalam kerajaan Perikatan Nasional Menurut satu poster yang disebarkan produk arak tersebut dilihat mula mendaftarkan nama dan memohon kelulusan pada...
Kerajaan Pakatan Harapan Yang Luluskan Arak Jenama Timah

Kerajaan Pakatan Harapan Yang Luluskan Arak Jenama Timah

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 462 hits
Wanita UMNO hari ini meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk memanggil dan menyiasat tentang isu penjenamaan dengan mengguna pakai nama Timah dan ianya jelas memang di bawah kuasa KPDNHEP Ketua Penera...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid