Belalai Hilang Gajah Ada



Sandakan: Pembunuhan kejam seekor gajah pygmy Borneo di Tongod, Kinabatangan bulan lepas mengejutkan seluruh Sabah.
Keadaan bangkai gajah itu melukakan hati ramai orang apabila ‘gergasi lembut Borneo’ itu disiat kulitnya dengan anggota badannya dipotong dan dihamparkan, terlalu mengerikan untuk mereka yang berhati lemah.
Apa yang lebih aneh ialah belalainya hilang namun gading yang dikenali sebagai komoditi bernilai sejak zaman purba masih ada.

Tidak dinafikan, ia kes terburuk dalam sejarah kematian haiwan yang direkodkan di Sabah.
Pengarah Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata, sementara tiada tangkapan dibuat, jabatannya komited menyiasat kematian gajah itu sehingga berjaya menangkap pelaku dan membawa mereka ke mahkamah.
Langit cerah menyambut pekerja sebuah ladang kelapa sawit dekat Kampung Imbak, Tongod pada pagi 20 Januari 2021 selepas berhari-hari hujan lebat.
Waktu menunjukkan jam 8 pagi apabila beberapa orang pekerja memulakan tugas mereka di estet itu. Ketika itulah mereka terhidu bau busuk yang kuat.
Menurut Tuuga, gajah itu dianggarkan mati selama empat atau lima hari sebelum bangkainya ditemukan. Unit Penyelamat Hidupan Liar daripada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah dihubungi dengan segera.
Beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat yang boleh membawa kepada penangkapan pihak yang bertanggungjawab di atas kematian gajah pygmy Borneo itu.
“Saya ada dengar gajah memakan tanaman dan kelapa sawit orang kampung, tetapi membunuh bukan caranya untuk menghukum haiwan ini.
“Cara terbaik menghalau gajah ialah dengan menghubungi Unit Penyelamat Hidupan Liar daripada JHL. Itu yang penduduk di kampung saya lakukan,” kata Hidzwah Ahmet, 32 dari Kampung Abai, Kinabatangan.
Beliau pernah melihat sekawan gajah pygmy Borneo beberapa kali di kampungnya dan sering menceroboh tanah perkuburan kampung dan merosakkan kuburan.
“Saya tidak ingat jika ada gajah menyebabkan bahaya terhadap manusia kecuali diprovokasi dan ini yang sering berlaku. Walaupun saiznya menakutkan, gajah sangat unik, ” katanya.
Pertama kali gajah muncul di tanah keluarga Poliana Sidom, 30-an dari Kampung Gambaron, Telupid ialah pada tengah malam hinggakan kehadiran mereka secara tiba-tiba walaupun dalam keadaan senyap, masih menakutkan keluarganya sehingga mereka melarikan diri dan terus ke balai polis untuk meminta pertolongan.
“Penduduk kampung marah kerana kelapa sawit mereka dirosakkan dan dimakan.
“Tetapi kerana beberapa dialog diadakan di kampung saya oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Forever Sabah dan Seratu Aatai serta agensi kerajaan, penduduk kampung belajar memasang pagar dan membuat bunyi menakutkan seperti membunyikan hon kereta menghalau gajah,” katanya.
“Saya rasa setiap kali (ada penemuan gajah yang dibunuh kejam), JHL atau mana-mana agensi kerajaan akan menawarkan ganjaran,” kata pengerusi penaja Badan Amanah Konservasi Gajah Bertanggungjawab (Respect), Alexander Yee.
Beliau mengakui, rasa takut menyelubungi masyarakat tempatan untuk membuat laporan berkenaan maklumat kesalahan atau individu berhubung kematian sesuatu haiwan terancam seperti gajah pygmy Borneo.
“Duit (wang ganjaran) boleh menghapuskan perasaan takut itu dan menggalakkan masyarakat untuk membuat laporan.
“Tetapi itu terpulang kepada JHL (untuk memutuskan tawaran ganjaran). Saya ingat ada NGO pernah tawarkan ganjaran,” katanya.
Yee juga mencadangkan JHL mewujudkan satu laman sesawang berkaitan insiden kematian gajah bagi membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan kes membabitkan spesies terancam itu di Sabah.
Poliana mengakui penduduk kampung takut untuk memberi maklumat kepada pihak berkuasa mengenai pembunuh gajah.
Beliau berkata, bukan setakat risau nyawa mereka dalam bahaya jika pembunuh terbabit mengetahui tindakan mereka, tetapi mereka merasakan berkongsi maklumat penting dengan pihak berkuasa tidak memanfaatkan masa serta susah payah mereka.
“Jika ada tawaran ganjaran, saya rasa itu akan lebih berkesan dalam menarik masyarakat membuat laporan.
“Kadang kala orang takut mahu membuat laporan, biarpun mereka ada maklumat mengenai pembunuh, tetapi mereka tidak peduli kerana tiada apa-apa manfaat kepada mereka,” katanya.
Hidzwah pula berpandangan, pemberian wang ganjaran menggalakkan penduduk setempat berusaha mencari maklumat mengenai kejadian pembunuhan gajah.
Menurut beliau, wang ganjaran memudahkan siasatan dijalankan dengan lancar sehingga membawa kepada penangkapan pembunuh mamalia itu.
“Pelaksanaan undang- undang pemeliharaan hidupan liar perlu tegas supaya tidak ada pihak yang akan memandang remeh usaha kerajaan dalam melindungi hidupan liar seperti gajah,” katanya.
Kali terakhir kerajaan negeri melalui JHL menawarkan wang ganjaran untuk maklumat pembunuh gajah ialah pada Oktober 2019 susulan penemuan satu bangkai dengan 70 kesan tembakan dalam keadaan terduduk berhampiran tebing Sungai Udin, Kalabakan pada 25 Sept, 2019.
Difahamkan, janji wang ganjaran itu RM10,000, yang ditingkatkan kepada RM30,000 berikutan ikrar/janji penderma yang enggan dikenali dan Orangutan Appeal UK, ditunaikan kepada seeorang pemberi maklumat selepas tertangkapnya enam lelaki dikaitkan dengan kes itu.
Namun selepas polis ke mahkamah dua kali untuk mendapatkan perintah reman terhadap suspek, mereka dibebaskan tanpa didakwa.
 
Penolong Pengurus Unit Penyelamat Hidupan Liar Sabah Jibius Dausip memeriksa keadaan gajah yang cedera sebelum dipindahkan ke Santuari Gajah Borneo (BES) untuk rawatan. FOTO BERNAMA  
The post Belalai hilang, gajah ada appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/17/belalai-hilang-gajah-ada/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=belalai-hilang-gajah-ada

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Hilang Keluarga Sempat Minta Jenazah Korban Covid Di Ntt Dipindah

Sebelum Hilang Keluarga Sempat Minta Jenazah Korban Covid Di Ntt Dipindah

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 171 hits
Kasus ini diawali adanya permohonan lisan dari keluarga kepada pihak Polres Permohonan keluarga untuk memindahkan jenazah HUL yang meninggal akibat terpapar covid 19 Permohonan lisan tersebut disampaikan salah seorang anak dari almarhumah H...
5 Cara Atasi Bau Mulut Dengan Baking Soda Rawat Sebelum Anda Hilang Kawan

5 Cara Atasi Bau Mulut Dengan Baking Soda Rawat Sebelum Anda Hilang Kawan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 212 hits
Bau mulut sememangnya mengganggu Cuba bayangkan kalau mulut anda berbau tentunya orang sekeliling tidak selesa mahu berbicara dengan anda Akhirnya anda akan keseorangan tanpa anda sendiri ketahui sebabnya yang sebenar Kadangkala seseorang i...
Umno Hilang Kawan

Umno Hilang Kawan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 207 hits
Dhalan MaamorNo DAP no anwar Umno juga tolak Bersatu Siapa yang Umno nak PAS kah Jangan hidung tak mancung PAS sudah jadi isteri orang Ya Umno yakin boleh menang sendirian Jangan lupa Umno dan BN sudah tak ramai rakan kongsi Takut tak terca...
Mana Hilang P Walaun

Mana Hilang P Walaun

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 364 hits
RINA HAMZAHAda bran abang besaq MCA Kasi satu warning terus buat pusingan tajam Kalau zaman PH la kaaaa DAP yang bersuara habis sawan lebai lebai pas buat report polis kata cina DAP memerintah negara Tak ker bahalol umpas punya troopers wak...
Sejuta Orang Hilang Kerja Di Korea Selatan

Sejuta Orang Hilang Kerja Di Korea Selatan

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 184 hits
SEOUL Kadar pengangguran di Korea Selatan melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih dua dekad sekali gus meningkatkan kebimbangan bahawa pemulihan ekonomi yang dipacu eksport adalah sukar Kadar pengangguran meningkat kepada 5 4 peratus...
Warga Agam Yang Hilang Ditemukan Tewas Diduga Diserang Buaya

Warga Agam Yang Hilang Ditemukan Tewas Diduga Diserang Buaya

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 200 hits
Korban ditemukan di Sungai Batang Masang Dia diduga diserang buaya karena kaki kiri dan bagian tubuh lainnya hilang
Kemaskini Ke Macos Big Sur Tanpa Storan Mencukupi Mungkin Membuatkan Sebahagian Data Anda Hilang

Kemaskini Ke Macos Big Sur Tanpa Storan Mencukupi Mungkin Membuatkan Sebahagian Data Anda Hilang

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 138 hits
Terbaru sebuah masalah melibatkan naik taraf sistem operasi macOS dikenal pasti dimana apabila pengguna sistem operasi versi sebelumnya naik taraf ke macOS Big Sur tanpa storan yang mencukupi sistem mungkin akan membuatkan sebahagian data t...
Bocah 9 Tahun Hilang Terseret Arus Sungai Ciliwung Di Bogor

Bocah 9 Tahun Hilang Terseret Arus Sungai Ciliwung Di Bogor

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 226 hits
Bocah 9 tahun berinisial SF dilaporkan hanyut terseret aliran Sungai Ciliwung Kecamatan Bogor Timur Kota Bogor Rabu sekitar pukul 14 30 WIB
Dompet Hilang 53 Tahun Lalu Ditemui Semula

Dompet Hilang 53 Tahun Lalu Ditemui Semula

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 204 hits
BH ONLINE Grisham kehilangan dompet ketika bertugas di Antartika dari Oktober 1967 hingga November 1968 FOTO AFP WASHINGTON Seorang ahli meteorologi yang pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Amerika Syarikat menerima kejutan manis apabila m...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa