Belajar Sambil Bermain Dengan My First Book Mommy Hana
Assalamualaikum
Belajar Sambil Bermain Dengan My First Book Mommy Hana | Bersesuaian dengan tajuk, 'my first book' iaitu 'buku pertamaku', ianya amat sesuai untuk anak kecil yang baru mengenal bahan bacaan. Ini secara tidak langsung membantu ibu bapa dalam mengajar anak-anak. Malah ia amat menghiburkan anak-anak agar mereka tidak cepat bosan.
Buku ini saya beli bila kawan saya kata ada promo kita jaga anak kita tempoh hari. Harga ketika promo tu RM69 sahaja dan terus saya grab sebab ianya amat menarik dan berbaloi bagi saya.
Apa yang menarik buku ni?
📖 Mempunyai 20 mukasurat penuh warna- warni. 10 Berbunyi dan 10 untuk kemahiran menulis dan membaca
🔊Ada muzik dan bunyi
🔖warranty 30hari - Boleh scan barcode di belakang kotak
👩🎓👨🎓Anak-anak akan belajar:-
✔Belajar huruf ABC✔Belajar menulis✔Mengenal kenderaan dan bunyi✔Belajar menulis jawi✔Mengenal Huruf HIJAIYAH✔Belajar mengira✔Mengenal buah-buahan,✔Belajar Mengira✔Mengenal nama haiwan dan bunyi✔Kenali nama Anggota Badan✔Belajar nombor, ✔Belajar meniru bentuk✔Mengenal warna dan bentuk✔Rukun Islam dan Rukun Iman✔Belajar wudhu' dan pergerakan solat✔Belajar niat solat 5 waktu✔Belajar Bersolat✔25 nama rasul✔Mengenal doa-doa harian✔Mengandungi surah lazim dan ayat kursi
🎶Lagu dari Mommyhana dan lagu kanak-kanak.
Tengoklah dua beradik ni seronok mengadap buku Mommy Hana. Buku ni saya beli masa PKP 2.0. Faham-faham sahajalah situasi ketika itu. Dengan saya WFH secara bergilir dan anak-anak pula PDPR, kadang tak menang tangan melayan pertanyaan mereka
Dengan buku ni, mereka boleh tekan dan dengar sendiri apa yang mereka mahu tahu. Tak perlu ibubapa terpaksa ulang berpuluh kali.
Anak yang bersekolah tadika pun sesuai belajar dengan buku ni tau. Sebab buku ni untuk belajar asas-asas pembelajaran. Tengoklah tu kusyuk dia bermain teka-teki.
Banyak sangat benda menarik dalam satu buku ni. Parents yang ada anak 7 tahun ke bawah sudah ramai grab
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jnjikita.blogspot.com/2021/03/belajar-sambil-bermain-dengan-my-first.html