Best Ke Menginap Di First World Hotel Genting Highlands


Assalammualaikum

Alhamdulillah sekarang kita dah boleh rentas daerah walaupun rentas negeri masih tak boleh. Agak-agak bila lah dapat rentas negeri ni kan? Eyza dah tahap boring asyik dok berlegar-legar dalam Lembah Kelang je ni. Hihihi

Sejak dua menjak ni pulak asyik rindu kenangan kat Korea je. Sejuknya cuaca kat sana masa tu. Nak pergi sana lambat lagi la jawabnya sebab kita pun tak tahu bila Pandemik Covid-19 ni akan berakhir. Mampu throwback gambar-gambar kat Korea je la buat masa ni. Harap- harap dunia akan kembali pulih macam dulu


Nanti kalau dah reda dan boleh merentas negeri, first Eyza nak pergi Staycation dekat Genting Highlands. Kenapa Genting Highlands? Sebab Genting Highlands cuma 45 minit je dari Rumah Eyza di KL. Lagipun Genting Highlands adalah salah satu tempat percutian sejuk yang popular kat Malaysia ni. Tambah-tambah pulak sekarang ni Musim panas. Memang sesuai la kita pergi Genting Highlands ni

Tanah Tinggi Genting dikenali sebagai salah satu stesen Bukit Malaysia yang terkenal selain Cameron Highlands. Salah satu sebab juga kenapa Eyza nak datang sini adalah sebab Eyza sukakan kesejukan udara gunung yang ada dekat sini. 


Cara datang k Genting Highlands
Cara yang paling popular bila datang berkeluarga ialah dengan bawak kereta sendiri. Tapi, kalau malas nak memandu boleh juga naik bas ke Genting Highlands dari TBS atau di LRT Taman Melati kalau tak silap. Macam Eyza hari tu, Eyza naik bas dekat TBS je senang. Terus je sampai ke Genting Highlands Premium Outlet. Nak shopping pun senang. Tambang pun murah je


Kalau nak naik Cable Car pun dekat sini jugak. Boleh parking dekat sini dengan kadar bayaran RM 3 (weekdays), RM 4 (weekend) dan max RM 18 sehari

Sebelum sampai ke Puncak Genting, kita akan jumpa Strawberry Farm dulu. Boleh la kalau nak merasa pengalaman petik strawberry kat sini.Selain tu ada juga Ladang Lebah dan juga Taman Rama-rama

Genting Highlands Premium Outlet

Satu lagi sebab Eyza nak pergi Genting Highlands adalah sebab Eyza nak shopping! Dah lama mengidam nak shopping kat sini. Apa yang bestnya kat sini bila kita dapat shopping barangan berjenama dengan potongan harga dan lebih murah dari mall. Bestnya la hai. Mesti akan jadi rambang mata bila sampai sini nanti



Skytropolis
Dulu Eyza pergi Genting semata-mata nak main permainan dekat Skytropolis ni je. Tempat  ni buat kita tak dapat beza siang atau malam sebab lampu LED terang benderang kat dalam ni. Ni kiranya Taman Tema dalam bangunan yang paling besar kat Malaysia rasanya. Ada lebih dari 20 jenis permainan dekat sini. 



Masuk sini nak main boleh, nak tengok saja pun boleh. Kalau nak main kena beli tiket dan akan dapat gelang untuk akses nanti. Skytroplis ni terletak dekat Puncak Genting iaitu di Sky Avenue

Makan Lobster


Bestnya kalau dapat makan Lobster dekat Restoran Bunga & Lobster dan ianya merupakan restoran yang akan jadi pilihan penggemar Lobster untuk datang dan makan dekat sini. Tapi kena sabar sikit la sebab beratur panjang sebab viral dekat media sosial

First World Hotel

Dan yang paling Eyza teringin sangat ialah nak menginap dekat First World Hotel sebab Hotel ni antara yang paling dekat dengan theme park. First World Hotel ni pulak banyak je promosi, sebab tu la hotel ni akan selalu penuh dan jadi pilihan kalau sesiapa ke sana


Hotel ni jugak pernah pegang rekod Dunia Guinness sebanyak 2 kali. Hotel First World merupakan hotel terbesar dengan 7351 bilik. Hotel ni menang rekod dunia tahun 2006 dengan jumlah bilik 6118 dan pada tahun 2015, Hotel ni dapat gelaran tu sekali lagi selepas Tower 3 di bina

Kalau nak selesa, boleh pilih untuk menginap di Bilik Wi-Fi, Triple atau World Club. Sebab tu la kalau ada duit lebih, Eyza memang nak spend untuk menginap dekat Bilik Paling Best dekat sini. Berbaloi rasanya

Dari apa yang Eyza baca, untuk parking dekat sini, kita akan kena cas RM 18 sehari. Lebih baik dan selamat kalau kita parking berbayar.Waktu Check in pulak 3.00 Petang dan Check Out 11 Pagi

Check in pun mudah je sebab kita boleh check in dekat Kiosk yang disediakan. Kalau check in dekat kaunter ada cas RM 14. So, baik kita check in sendiri je

Sekarang ni memang berharap sangat dapat rentas negeri supaya dapat pergi bercuti dekat sini. Dah tak sabar rasanya nak rileks-rileks dekat tempat sejuk dengan family. Sesekali dapat bercuti dan lari dari kesibukan kota Kuala Lumpur buat kita rasa nikmatnya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.eyzamiel.com/2021/04/best-ke-menginap-di-first-world-hotel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mereka Yang Selalu Outstation Menginap Di Hotel Amalkan 8 Perkara Berikut Elak Perkara Tak Diingini

Mereka Yang Selalu Outstation Menginap Di Hotel Amalkan 8 Perkara Berikut Elak Perkara Tak Diingini

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 437 hits
Kepada mereka yang selalu ke outstation samada untuk urusan rasmi ataupun bercuti ketika menginap di hotel cuba amalkan perkara perkara yang berikutnya 1 Selepas check in ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik Buka pintu dan bagi salam Kita t...
Hard Rock Hotel Penang Hotel Best Di Tepi Pantai

Hard Rock Hotel Penang Hotel Best Di Tepi Pantai

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 627 hits
Bila duduk sorang sorang bohong lah kata tak de terfikir langsung nak berehat dari kerja kadang terusik juga hati mengenangkan pelbagai soalan kawan kawan di media sosial berbunyi Lepas dah boleh rentas negeri korang nak pergi mana Haish Se...
Qatar Airways To Operate World S First Fully Covid 19 Vaccinated Flight

Qatar Airways To Operate World S First Fully Covid 19 Vaccinated Flight

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 321 hits
QR6421 will be operated by the airline s sustainable A350 1000 and will carry only vaccinated crew and passengers on board with passengers also serviced by fully vaccinated staff at check in Qatar Airways and Hamad International Airport hav...
Artis Jadikan Hotel Sebagai Sarang Pelacuran Bawah Umur Terbongkar

Artis Jadikan Hotel Sebagai Sarang Pelacuran Bawah Umur Terbongkar

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 257 hits
Sebuah hotel yang terkesan dengan pandemik Covid 19 dijadikan sarang pelacuran khusus buat remaja bawah umur Kejadian itu terbongkar selepas polis melakukan serbuan di sebuah hotel milik artis Cynthiara Alona di Tangerang Kota Banten pada 1...
Ruang Makan Hotel Di Pd Terbakar

Ruang Makan Hotel Di Pd Terbakar

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 319 hits
Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI KEADAAN ruang makan di sebuah hotel di Port Dickson yang musnah dalam kebakaran lewat petang tadi FOTO ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZIPORT DICKSON Ruang makan di sebuah hotel di sini terbakar 75 peratus dalam keja...
Kasus Korupsi Asabri Kejagung Sita Mal Hingga Hotel Milik Benny Tjokro

Kasus Korupsi Asabri Kejagung Sita Mal Hingga Hotel Milik Benny Tjokro

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 241 hits
Tim penyidik Jaksa Agung Muda Tindak Pidana Khusus Kejaksaan Agung kembali menyita aset tersangka kasus korupsi di PT Asabri
The Edison Jom Daycation Di Hotel Warisan Ini Pada Rm500 Untuk 5 Orang

The Edison Jom Daycation Di Hotel Warisan Ini Pada Rm500 Untuk 5 Orang

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 258 hits
Sejak pandemik ini melanda negara kita ramai yang duduk menyepi dan mendiamkan diri di rumah masing masing Dan sebenarnya bila duduk lama lama tanpa bersosial boleh membawa mudarat kepada kesihatan mental diri kita Jadi apa kata korang perg...
Seperti Bomba Ramli Ms Dedah 13 Tahun Tinggal Hotel Selepas Bercerai

Seperti Bomba Ramli Ms Dedah 13 Tahun Tinggal Hotel Selepas Bercerai

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 318 hits
Aku tinggal di hotel selamat 13 tahun dan tak pernah tutup aircond sepanjang tempoh itu Buat apa nak malu Selepas aku bercerai aku bagi rumah aku dekat bekas isteri aku keluar bawa baju je aku pergi duduk hotel Kalau pergi rumah orang tak j...
16 Pasangan Bukan Suami Istri Diamankan Petugas Dari Hotel Dan Indekos Di Tangerang

16 Pasangan Bukan Suami Istri Diamankan Petugas Dari Hotel Dan Indekos Di Tangerang

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 204 hits
Dalam operasi yang dilakukan kali ini petugas menyisir 4 Hotel di sepanjang Jalan Anggrek Serat Perumahan Anggrek Loka sektor 2 2 dan Hotel aplikasi di kawasan Rawa Buntu Utara BSD
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi