Belajar Perubatan Jadi Pereka Fesyen


Pengasas Fifa Rasol Group, Nur Afifah Rasol  BIARPUN berkelulusan dalam bidang perubatan di luar negara, tetapi hatinya lebih terarah ke dunia fesyen disebabkan minat mendalam dalam bidang tersebut.
Menurut Nur Afifah Rasol, minat dalam dunia fesyen timbul selepas dia diperkenalkan oleh keluarga dengan kelas jahitan sejak kecil.
“Saya menghadiri kelas jahitan sejak kecil dan sewaktu berumur 13 tahun, saya telah menjahit baju sendiri,” ujarnya.
Nur Afifah, 27, yang juga pengasas jenama Fifarasol berkata, semua itu sedikit sebanyak membentuk minatnya dalam bidang fesyen untuk menghasilkan pakaian dengan jenama sendiri.
Sebaik tamat persekolahan dan memperoleh keputusan cemerlang, membolehkannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Jordan.
Ujarnya, dia menyambung pelajaran dalam bidang perubatan bukan kerana minat dan tidak pernah bercita-cita untuk menjadi seorang doktor.
“Saya mendapat tawaran tersebut dan mengikutinya, sekurang-kurangnya dapat menguasai satu ilmu baharu,” katanya.
Menjadi kebiasaan buat Nuf Afifah ketika pulang ke Malaysia sewaktu cuti semester, dia akan menghasilkan baju kurung untuk dijual.
Malah, pada ketika itu, dia pernah menjual 45 pasang baju kurung dalam tempoh dua minggu sahaja.
BIARPUN bergelar graduan perubatan, gadis ini tertarik dengan dunia fesyen. Pada ketika itu juga, abang sulungnya bercadang untuk menjadi rakan perniagaannya dan bersama-sama mengusahakan bidang tersebut.
“Ketika itu, saya hanya boleh pantau dari jauh kerana masih di Jordan. Saya akan menghasilkan rekaan dan abang akan membantu menghasilkan baju tersebut di Malaysia.
“Pada 2019 setelah tamat pelajaran, saya mengambil peluang untuk mengusahakan perniagaan tersebut secara sepenuh masa,” jelasnya.
Tambahnya, dia juga telah membuka sebuah butik di Kajang, Selangor pada waktu itu.
Dalam pada itu, Nuf Afifah menjelaskan, tidak lama selepas itu dunia dilanda pandemik Covid-19 dan ini memberi cabaran buatnya.
Sebelum itu, dia ke China untuk mendapatkan fabrik tertentu bagi menghasilkan fesyen terkini sempena hari raya.
“Semasa pandemik, apa yang saya lakukan adalah menghentikan separuh daripada pengeluaran terlebih dahulu.
“Kemudian kami fokus untuk menjual baju-baju yang telah dihasilkan itu. Alhamdulillah, pada tahun 2020 kita telah berjaya menjual pengeluaran tersebut,” katanya.
Nur Afifah menjelaskan, hasil bimbingan RichWorks, dia berjaya melalui detik-detik sukar disebabkan pandemik Covid-19.
“Pada tahun 2020, saya berjaya meraih jualan sebanyak RM3.1 juta, manakala pada 2021 pula, dapat meraih jualan sebanyak RM7.1 juta.
“Hasil jualan itu setelah ditolak komisen ejen-ejen kami,” ujarnya.
Nur Afifah ternyata gembira kerana usaha yang dilakukannya itu turut memberi manfaat kepada orang lain untuk menjana pendapatan.
Kini katanya, dia mempunyai lebih 2,800 ejen yang membantunya dari segi jualan, malah ada ejen secara purata meraih komisen bersih RM8,000 sebulan.
“Pada tahun ini, sasaran jualan adalah RM16 juta dan sebolehnya mahu menambah jumlah ejen kepada 10,000 orang bagi mencapai sasaran itu.
“Ejen di bawah bisnes saya tidak perlu menyimpan sebarang stok, hanya perlu melakukan pemasaran. Barangan akan dihantar kepada mereka,” ujarnya.
Mengenai perancangan masa depan, Nur Afifah berkata, dia berhasrat untuk memasuki ke pasaran peruncitan dan membuka lebih banyak butik.
Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, dia mahu membuka butik di pasar raya di seluruh Malaysia.
“Saya rasa tindakan ini perlu dilakukan memandangkan negara kita sudah memasuki fasa endemik.
“Sebelum ini orang ramai lebih memilih untuk membeli secara online.
“Kini setelah SOP (prosedur operasi standard) dilonggarkan, mungkin pengguna lebih selesa untuk melihat dan mencuba terlebih dahulu sebelum membeli setiap produk,” ujarnya.
Sumber Kosmo
 
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya… Pencemaran bau diesel: Premis terima perintah tahan operasi Mawi dibidas Pakar Buah Pinggang, kenyataan menipu dan menunggang agama Sherry Ibrahim berusaha untuk kahwin Pusat tahfiz impian Janna Nick bakal jadi kenyataan Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni Lelaki ditahan larikan isteri orang, rempuh kereta polis Polis ‘jemput’ 2 remaja di rumah selepas pamer aksi ‘wheelie’, ‘scorpion’ Penduduk arak kekasih berzina di bulan Ramadan Siapa pakai baju Melayu dengan sneakers gua rembat – Joe Flizzow Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

The post Belajar perubatan, jadi pereka fesyen appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/05/06/belajar-perubatan-jadi-pereka-fesyen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
25 Fesyen Selebriti Ternama Di Pentas Met Gala 2022 Yang Mencuri Tumpuan Media

25 Fesyen Selebriti Ternama Di Pentas Met Gala 2022 Yang Mencuri Tumpuan Media

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 252 hits
Lihatlah selebriti berkumpul di pentas Met Gala 2022 dengan fesyen yang menjadi tumpuan media Bertemakan gilded glamour para selebriti bergaya sakan memperagakan busana daripada pereka ternama di dunia Jadi jom kita selongkar antara yang me...
Koleksi Raya Aeon 2022 Trend Fesyen Raya Penuh Makna

Koleksi Raya Aeon 2022 Trend Fesyen Raya Penuh Makna

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 248 hits
Koleksi Raya AEON 2022 Trend Fesyen Raya Penuh Makna Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidifitri yang tidak berapa lama lagi AEON turut mengambil kesempatan memperagakan Koleksi Raya AEON 2022 bertemakan trend fesyen untuk Raya Penuh Mak...
Bertudung Fesyen Nampak Telinga Haram Kerna Aurat

Bertudung Fesyen Nampak Telinga Haram Kerna Aurat

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 262 hits
Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua sahabat sahabat blogger Pada malam ini rasa terpanggil untuk berkongsi nasihat kepada sahabat sahabat semua tentang aurat Pada mutahir ini ramai wanita mengenakan tudung kerana fesyen semata ma...
Ganja Perubatan Haram Rasuah Halal

Ganja Perubatan Haram Rasuah Halal

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 371 hits
Ganja perubatan di Malaysia perlu dibenarkan segera dan tidak menjadi jenayah demi menyelamatkan pengguna daripada hukuman gantung kata Adun Kebun Bunga PKR Jason Ong Mengulas perbincangan positif mengenai perkara itu antara Kaukus Ganja Pe...
Pengeluar Sarung Tangan Disaran Fokus Industri Bukan Perubatan

Pengeluar Sarung Tangan Disaran Fokus Industri Bukan Perubatan

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 133 hits
Zuraida Kamaruddin berkata sarung tangan juga digunakan dalam industri elektronik semikonduktor makmal dan pusat jagaan kanak kanak PETALING JAYA Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin menyarankan pengeluar sarung ta...
Startup Ini Sediakan Aplikasi Belajar Berbasis Game

Startup Ini Sediakan Aplikasi Belajar Berbasis Game

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 142 hits
Startup edtech asal Indonesia ICANDO terus berupaya meningkatkan kualitas produknya yang merupakan aplikasi pembelajaran berbasis game untuk pendidikan anak usia dini Salah satunya dengan menggandeng Universitas Negeri Jakarta
Ini 7 Perangai Anak Belajar Dari Tingkah Laku Ibu Bapa Tapi Ramai Tak Perasan

Ini 7 Perangai Anak Belajar Dari Tingkah Laku Ibu Bapa Tapi Ramai Tak Perasan

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 316 hits
Biasanya perangai anak berdasarkan apa yang dilihat melalui ibu bapanya sendiri Ibu bapa adalah orang yang diperhatikan setiap hari oleh anak anak Bukan setakat perhati tapi juga meniru tingkah laku ibu bapa Lebih lebih lagi jika ada anak y...
Simple Tapi Sedap Puding Roti Karamel Ikut Resipi Ini Yang Baru Belajar Masak Boleh Cuba

Simple Tapi Sedap Puding Roti Karamel Ikut Resipi Ini Yang Baru Belajar Masak Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 220 hits
Mungkin ada yang baru sahaja berjinak jinak dalam dunia masakan Bagi anda yang masih tercari cari menu mudah untuk dicuba bolehlah masak Puding Roti Karamel seperti yang dikongsikan oleh ini Untuk permulaan masak dulu resipi yang mudah muda...
Jangan Pandang Sebelah Mata Belajar Cara Rangsang Anak Autisme Dekati Mereka

Jangan Pandang Sebelah Mata Belajar Cara Rangsang Anak Autisme Dekati Mereka

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 155 hits
Anak autisme kita sememangnya cukup istimewa Istimewa di sisi Allah dan satu anugerah untuk kita Maka belajarlah untuk memahami dan berusahalah untuk mendekati mereka sebaiknya Bukan saja kita sebagai mak ayah orang orang sekeliling juga pe...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik