Belajar Matematik Di Calculators Org Games Sangat Mudah Dan Best
Belajar Matematik di calculators.org games.. sangat mudah dan best! | Main games sememangnya dapat hilangkan stress dan rasa relax je.. tapi yang kita risaukan zaman sekarang anak-anak main games yang bukan-bukan.. Ibu bapa diluar sana boleh carikan games yang sesuai untuk anak dan dapat memberi manfaat kepada mereka.. Semalam, aku buka satu website games ni untuk anak sedara aku yang berumur 6 tahun. Nak dijadikan cerita dia memang minat dengan nombor. Math games di calculators.org memang tersangatlah sesuai untuk dia.
Animasi dalam games ni pun menarik pandangan mata dan tak bosan. Bukan hanya satu games yang melibatkan math, tapi ada pelbagai jenis math games yang korang boleh buka untuk anak-anak korang.. daripada bahagian tambah, tolak, darab dan bahagi.. contohnya korang tengok games dibawah..
1. Educational Math For Kids
Korang juga boleh pilih tahap kesukaran games tersebut.. dari 1 hinggalah 10.. Kalau anak-anak baru nak belajar, pilihlah games yang rating 5 kebawah. Jangan pulak korang ambil tahap kesukarannya 10.. haha.. mau pening anak-anak nak belajar. Comel kan animasi games ni? haaa pastinya anak-anak pun akan tertarik..
Banyak lagi tau math games yang menarik.. Korang kalau tengok sendiri mesti rambang mata sampai tak tau nak pilih yang mana.. dengan cara ni, anak-anak pun dapat bermain sambil belajar..
2. Math Speed
Games ni pula ada kiraan masa.. so kena cepat.. tapi best! sebab kita nak kejar masa tu.. hehe.. tahap kesukarannya pun 1 je.. so tersangatlah mudah.. kira-kira dan terus pilih jawapan.. eeee geram lah kartun kucing tu.. eh kucing ke serigala entah.. hahahha..
3. Grocery Cashier
haaaa games ni paling best.. hehe.. boleh rasa jadi cashier kejap! tekan-tekan eh siappp.. tahap kesukaran 4.. games yang relax dan tak la susah mana.. asalkan anak-anak korang dapat tengok nombor dan faham cara nak tambah, tolak, bahagi dan darab.
Banyak lagi games yang ada dalam calculators.org ni.. yang penting korang kena try je semua..baru lah tau mana yang paling best.. aku hanya bagitau korang math games je, walhalnya ada banyak lagi bahagian lain yang berasaskan pendidikan.. Antaranya adalah:
Word Games
Games for Preschoolers
Quiz Games
Puzzle Games
Logic Games
Memory Games
Health Games
Physics Games
Music Games
Aku ambil satu lagi games.. terpalinggg best adalah games cari perkataan.. boleh hilang kusut dikepala kalau tengah stress.. orang dewasa pun boleh main..
Word Search
Klik Sini untuk terus ke Word Search Game
Okay korang, itu saja perkongsian aku untuk kali ni.. Harap dapat membantu ibu bapa diluar sana yang inginkan pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak.. Zaman sekarang memang zaman games, tapi kita sebagai orang tua perlulah beri yang terbaik untuk mereka. Korang boleh terus Klik Sini untuk ke Math Games!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.busyratakiyudin.com/2022/08/belajar-matematik-di-calculatorsorg.html