Menu Berpantang 44 Hari Untuk Ibu Bersalin Versi Mudah


Menu Berpantang 44 Hari Untuk Ibu Bersalin Versi Mudah | Salam semua, untuk ibu - ibu, tempoh berpantang selepas bersalin adalah masa untuk badan melalui proses pemulihan. Bila dalam tempoh berpantang ni, makanan dan minuman kena jaga. 
Lauk pantang ni kadang - kadang gantung atas badan masing - masing boleh terima atau tidak. 
Tapi sebaiknya elakkan makan sekiranya makanan tersebut tak sesuai untuk badan dalam tempoh berpantang

Selepas melahirkan anak ni keadaan dalaman badan ibu pun lemah. 
Si ibu kena banyak berehat selain makan makanan yang sesuai untuk membantu pemulihan dan memberi tenaga dalam badan. 
Panduan Untuk Ibu Pantang BersalinUntuk makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng, contoh ayam goreng, ikan goreng

Jenis Masakan Yang Dicadangkan
1. Sup
2. Bakar
3. Rebus
Jenis Minuman Yang Dicadangkan 
Jus oren manis - bagus untuk lukaAir milo panasTeh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab anginAir rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batuAir rebusan kunyitAir sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal. 
Untuk ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun

Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana. 
Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber. 
Kerapkan minum air, minum air tidak menyebabkan miss v kita basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. 
Tapi kalau ibu kurang minum air, nanti akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas

Bagi ibu bersalin secara pembedahan elakkan pengambilan ikan haruan 3 minggu pertama pantang

Bagi mengelakkan luka bercantum mengejut. Amalkan buah sunkist manis sudah mencukupi

Sebelum cuba menu yang baru. Cuba dahulu. 
Kalau badan tak tolak, tak ada gatal-gatal dan sebagainya. 
Boleh teruskan. Sebab badan kita tak sama. Ada yang sesuai ada yang tidak

*Tips dan resepi boleh diubahsuai mengikut kesesuain masing-masing. 
Dicadangkan penggunaan minyak zaitun untuk gantikan minyak masak biasa

Kredit: Faezah Ismail MAHN
Resepi Makanan Pantang Untuk Ibu Bersalin Selalunya, memang buntu nak masak lauk orang pantang ni. Ini adalah 20 resepi menu berpantang versi mudah dan sedap untuk ibu - ibu pantang bersalin. 
Lauk berpantang ni memang biasanya pun ringkas jer tapi sedap. 
Bab ikan ni tak semua badan boleh terima. Kalau boleh makan ikan tenggiri dan ikan siakap makan je la yang tu. 
Nanti makan ikan yang tak sesuai dengan badan, risau, simptom yang lain pulak datang. 
1. Resepi Ikan Tenggiri Lada Hitam Kukus 
Bahan - Bahan 
3-4 ketul isi ikan tenggiri
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit jus lemon
Garam secukup rasa

Cara - Cara 
1. Bersih isi ikan , mayang semua bawang , halia dan taburkan dalam pinggan yang sesuai . 2. Susun semua isi ikan dan taburkan lagi bawang serta halia di atas isi ikan. 3. Masukkan sos tiram , garam dan serbuk lada hitam
4. Kukus selama 10-15 minit atau sampai ikan masak 
Nota : 
* Tidak perlu ditambah air sebab bila dalam proses kukus isi ikan ni akan mengeluarkan jus

2. Resepi Sup Ikan Merah 
Bahan - Bahan
Ikan merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
Sup bunjut ikan Adabi

Cara - Cara
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.3.  Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. 4. Taburkan daun sup dan bawang goreng. 5. Tutup api dan sedia dihidangkan
3. Resepi Ayam Panggang Selera Pantang 
Bahan - Bahan500gm ayam
1/2 cawan air
1 batang serai (diketuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 1/2 sudu kecil jintan putih
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan - Bahan Kisar
20gm halia
10gm kunyit hidup
10gm lengkuas
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara - Cara
1. Perap ayam dengan garam bersama setengah bahagian bahan yang dikisar selama 1 jam.
2. Panggang sehingga masak.
3. Panaskan sedikit minyak.
4. Tumis bahan kisar selebihnya hingga naik bau.
5. Masukkan serai,jintan manis,jintan putih,air asam jawa dan garam.
6) Tambah air dan biarkan mendidih.Curahkan ke atas ayam tadi.

Nota :
Resepi ini membantu memecahkan angin dalam badan dan meningkatkan selera makan
4. Resepi Singgang Ikan Tenggiri 
Bahan - Bahan Ikan tenggiri 3 keping besar
3 ulas bawang putih - dimayang
7 ulas cili api
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit hidup - dihiris nipis
3 keping asam gelugur
4 cawan air
garam secukup rasa

Cara - Cara 
1. Ikan dipotong kecil dan dibersihkan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
3. Masakkan hingga kuah mendidih.
4. Sedia untuk dihidang. 5. Sedap makan dengan nasi agak lembut dan masih panas

5. Resepi Sup Ayam / Daging Berempah 
Bahan - Bahan
2 ketul ayam
Sekeping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 ulas bawang kecil dihiris
Sebatang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sekuntum bunga lawang
Sesudu teh lada hitam ditumbuk
Sesudu teh biji ketumbar
Sedikit lobak merah didadu
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sesudu besar rempah kurma dicampur sedikit air
Air Garam
Sup bunjut Adabi

Cara - Cara
1. Didihkan air di dalam periuk bersama sup bunjut adabi.2.  Masukkan halia, bawang kecil, bawang putih dan kesemua rempah. 3. Masukkan rempah kurma dan kacau seketika. 4. Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga rempah sebati dengan isi ayam. 5. Biarkan air mendidih
6.  Masukkan lobak merah dan biarkan merenih sehingga lobak empuk. 7. Perasakan dengan lada hitam dan garam. 8. Masukkan daun sup dan daun bawang. 9. Biarkan merenih seketika dan hidangkan
6. Resepi Sup Lobak Putih 
Bahan - Bahan 
1/2 ekor rangka ayam
1 batang lobak putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa

Cara - Cara 
1. Hiris bawang merah ,bawang putih dan halia.
2. Tumis dalam minyak yang sedikit.
3. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
4. Biar ia mendidih selama 15 minit kemudian masukkan serbuk pati ayam dan garam.
5. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
6. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
7. Boleh dihias dengan daun bawang,daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

Nota : 
Lobak putih dikatakan berkhasiat utk merawat darah tinggi, masalah kencing tidak lawas, masalah sistem penghadaman dan dapat juga membantu membanyakkan susu bagi ibu-ibu yang menyusu.
7. Resepi Ayam Kukus Cendawan Hitam 
Bahan - Bahan 
2 ketul dada ayam
3 keping cendawan hitam (direndam dan dipotong nipis)
1/2 sudu besar cuka
Garam secukup rasa

Bahan - Bahan Ditumbuk A 
20gm halia
4 ulas bawang putih

Bahan - Bahan Ditumbuk B 
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Cara - Cara 
1) Lumurkan ayam dengan halia,bawang putih dan garam.
2) Perap selama 30 minit.
3) Kukus ayam sehingga masak.
4) Tuangkan cuka, masukkan cendawan hitam dan bahan tumbuk B.
5) Kukus lagi selama 5 minit
8. Resepi Ikan Panggang Halia Muda 
Bahan A 
2 ketul ikan tenggiri
1 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

Bahan B ( Dihiris )
30gm halia muda
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara - Cara 
1) Lumurkan bahan A pada ikan.
2) Perapkan selama 30 minit.
3) Panggang ikan hingga masak.
4) Panaskan sedikit minyak.
5) Tumis bahan B hingga naik bau.
6) Angkat dan taburkan di atas ikan panggang.
9. Resepi Sup Kurma Merah 
Bahan - Bahan 
500ml air
100gm dada ayam (dipotong kiub)
50gm ikan bilis
20gm kacang hitam
20gm kurma merah
Garam secukup rasa

Bahan - Bahan Dihiris Halus 
10gm halia
10gm bawang putih

Cara - Cara 
1. Panaskan air dan masukkan bahan-bahan yang dihiris halus.
2. Rebus kesemua bahan hingga mendidih.
3. Tunggu sehingga ayam empuk sebelum dihidangkan.

Nota : 
Resepi ini masakan orang cina.Gabungan kacang hitam dan kurma merah membekalkan mineral untuk memperbaiki struktur kulit daripada luka dan parut

Baik untuk buah pinggang dan sistem paru-paru
10. Resepi Ikan Siakap Bakar 
Bahan - Bahan 
Seekor ikan siakap
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk) atau sesudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara - Cara 
1. Bersihkan ikan siakap.
2. Perapkan dengan semua bahan selama setengah jam.
3. Panggang sehingga masak.
4. Ikan siakap boleh digantikan dengan ayam atau daging.
11. Resepi Ayam Masak Halia Bahan - Bahan Isi ayam dipotongHalia dimayang Rencah lada hitam bergaram 
Cara - Cara 1. Masukkan semua bahan dengan sedikit air
2. Rebuskan hingga ayam masak dan kuah pekat dan kering. 
12. Resepi Ikan Merah Stim Halia Bahan - Bahan Ikan merah Bawang merah dan bawang putih Hirisan halia Garam 
Cara - Cara 1. Letak ke semua bahan dalam pengukus. 2. Kukus hingga masak 3. Siap dihidang 
13. Resepi Ayam Percik Chinese Style Bahan - Bahan 1 ekor ayam Daun salam dan daun kunyit 
Bahan - Bahan ABunga lawang Bunga cengkih Kulit kayu manis Jintan manis Lada hitam Serai dan haliaGula melaka dicincang halus Lemon diperahSantan Garam Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus Cili padi ( optional ) 
Cara - Cara 1. Masukkan daun salam dan daun kunyit ke dalam ayam
2. Panggang atau goreng dalam minyak penuh
3. Tumis bawang merah dan putih
4. Masukkan bahan - bahan A, perahan lemon, gula melaka dan garam
5. Masukkan santan cair, biarkan mendidih di atas api perlahan
6. Bila dah pekat masukkan santan pekat. 7. Kuah dah pekat, boleh siram ke atas ayam panggang. 
14. Resepi Ikan Cencaru Bakar Berempah Bahan Bahan 
1 ekor ikan cencaru
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
½ inci halia
½ inci kunyit
2 sudu besar serbuk kari

Cara - Cara 
1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit.
2. Campurkan kesemua bahan yang ditumbuk bersama serbuk kari dan lumurkan pada ikan.
3. Bakar ikan sehingga masak.
15. Resepi Serunding Halia Bahan - Bahan 
Halia
Lada hitam ditumbuk halus
Ikan bilis segenggam digoreng
Bawang putih digoreng
Garam

Cara - Cara 
1. Halia disagat halus, diperah dan ditapis airnya.
2. Goreng halia dengan api sederhana sehingga garing. Toskan minyak.
3. Setelah itu, gaul sekali dengan ikan bilis goreng, bawang goreng, lada hitam dan perasakan dengan garam.
4. Serunding halia boleh dihasilkan dengan banyak dan disimpan dalam bekas kedap udara.
16. Resepi Kari Ikan Tanpa SantanBahan - Bahan 
2 keping isi ikan merah/jenahak
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
2 sudu besar serbuk kari ikan
Air asam jawa
Halba
Daun kari
Air

Cara - Cara 
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sehingga lumat. 2. Tumiskan bersama kayu manis, bunga lawang dan pelaga, halba dan daun kari.
3. Masukkan serbuk kari ikan dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air, isi ikan dan air asam jawa.
5. Perasakan dengan garam

17. Resepi Lempeng Oat Tanpa Gula Bahan - Bahan 
1 cawan oat yang dikisar halus
1 cawan tepung gandum
Air

Cara - Cara
1. Campurkan oat dan tepung gandum serta sebatikan dengan air sedikit demi sedikit.
2. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair.
3. Panaskan non-stick pan dan letak sedikit butter.
4. Sendukkan adunan ke dalam non-stick pan dan masak sehingga kekuningan.
5. Boleh dimakan bersama madu dan buah-buahan seperti strawberi atau epal.
Minuman Dalam Pantang Bersalin18. Resepi Air Halia Madu Panas Bahan - Bahan
50gm halia – buang kulit dan potong kecil
3 sudu besar madu
3 cawan air

Cara - Cara 
1. Kisar halus halia bersama air.
2. Tapis bahan yang dikisar dan ambil airnya sahaja.
3. Kemudian masak di dalam periuk kecil sehingga air mendidih.
4. Untuk diminum, letakkan 3 sudu madu

19. Resepi Susu Kacang BadamBahan - Bahan 
Segelas susu segar
7 biji kacang badam (disangai terlebih dahulu)
21 biji kismis
1 biji kurma

Cara - Cara 
1. Ke semua bahan dikisar dan ditapis untuk diambil airnya.

Nota
Menu berpantang ini sesuai untuk membantu memperbanyakkan air susu ibu.
20. Resepi Jus Pegaga Dan MaduBahan - Bahan 
2 ikat ulam pegaga
2 sudu madu
3 cawan air

Cara - Cara 
1. Ke semua bahan direbus.
2. Apabila mendidih, tapis bahan-bahan tadi dan diambil airnya.
3. Boleh diletakkan sedikit madu.
4. Sesuai diminum sama ada sejuk atau panas

Terima kasih penyumbang resepi. Semoga ini dapat membantu memberi idea untuk masak menu pantang bersalin ketika berpantang nanti. 

Kredit : 1. https://pantangplus.com/menu-berpantang-44-hari/2. Facebook page Resepi Enak 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2022/08/lauk-pantang-mudah-masak-untuk-ibu-bersalin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Ibu Berpantang Bersalin Czer Sendiri Di Rumah

Pengalaman Ibu Berpantang Bersalin Czer Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 194 hits
Pengalaman Ibu Berpantang Bersalin Czer Sendiri Di RumahPengalaman Ibu Berpantang Bersalin Czer Sendiri Di Rumah Setiap ibu ingin melahirkan bayi tersayang dengan selamat dan mudah Begitu juga dengan proses berpantang selepas bersalin yang ...
Pengusaha Restoran Ini Kongsi 6 Resipi Menu Makan Tengahari Mudah Masak Setiap Hari

Pengusaha Restoran Ini Kongsi 6 Resipi Menu Makan Tengahari Mudah Masak Setiap Hari

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 207 hits
Bila tiba waktu makan tengahari pasti ada ibu ibu yang pening memikirkan menu lauk yang mahu dimasak Walaupun memang setiap hari menyediakan sajian di dapur pasti akan ada harinya dimana tiba tiba jadi buntu Jangan risau saudari pemilik Sha...
Jangan Hanya Tunggu Hari Raya Ustazah Ini Kongsi 7 Tips Dapatkan Redha Ibu Bapa Ketika Berhijrah

Jangan Hanya Tunggu Hari Raya Ustazah Ini Kongsi 7 Tips Dapatkan Redha Ibu Bapa Ketika Berhijrah

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 215 hits
8220 Ayah dan ibu itulah permulaan kami dapat melihat bulan dan matahari yang dikurniakan dari Ilahi ayah dan ibulah mesti dihormati 8221 Itu antara lirik lagu klasik malar segar berjudul 8220 Ayah Dan Ibu 8221 nyanyian biduan A Rahman pa
Menu Bekal Hari Ini

Menu Bekal Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 140 hits
Assalamualaikum Hi korang Semalam SA ada beli sardin macam biasa la sardin cap ayam tapi semalam yang ikan sardin sahaja takde yang ada ikan makerel boleh la sebab dah set kat otak nak masak sambal sardin kan untuk bekal hari ni Dania pun n...
Comelnya Makin Berseri Alami Plasenta Previa Tahap 2 Intan Saleh Tunggu Hari Bersalin

Comelnya Makin Berseri Alami Plasenta Previa Tahap 2 Intan Saleh Tunggu Hari Bersalin

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 152 hits
Diam tak diam personaliti media sosial Intan Saleh kini menghitung hari untuk menjalani pembedahan kelahiran anak pertamanya bersama suami selepas mengalami masalah Plasenta Previa Tahap 2 Plasenta Previa Tahap 2 yang dialami ibu anak dua i...
Koyak Teruk Hari Ni Ibu Kecewa Tunggu Turn Naik Lif Dengan Stroller Langsung Tak Diendah

Koyak Teruk Hari Ni Ibu Kecewa Tunggu Turn Naik Lif Dengan Stroller Langsung Tak Diendah

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 192 hits
Bagi yang sudah berkeluarga lebih lebih lagi yang punya anak kecil penggunaan lif sememangnya amat membantu Ditambah pula dengan penggunaan stroller yang kurang sesuai menggunakan eskalator Namun malangnya ada yang tidak prihatin dengan ibu...
Ibu Kongsi Menu Tambat Selera Makan Anak Sesuai Untuk 1 Tahun Ke Atas

Ibu Kongsi Menu Tambat Selera Makan Anak Sesuai Untuk 1 Tahun Ke Atas

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 151 hits
Ada pelbagai jenis menu yang sesuai untuk anak anak berusia 1 tahun ke atas Mama perlu lebih kreatif untuk tarik minat anak terhadap makanan Kalau mama buntu nak sediakan menu berkhasiat untuk anak boleh ikuti resepi yang dikongsi ini Selam...
Sedapnya Kita Pula Teringin Dayana Roza Kongsi Resipi Menu Anaknya Untuk Inspirasi Ibu Lain Memasak

Sedapnya Kita Pula Teringin Dayana Roza Kongsi Resipi Menu Anaknya Untuk Inspirasi Ibu Lain Memasak

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 156 hits
Bila ada anak semua ibu automatik jadi pandai masak menu untuk si kecil Seawal usia enam bulan bila anak sudah mula makan makanan pejal semua ibu berusaha gigih untuk mencari info pemakanan terbaik untuk si manja Tak kiralah ibu bekerja sur...
Menu Cheesekut Coklat Nestum Yang Mudah Hanya Masuk Peti Sejuk Saja

Menu Cheesekut Coklat Nestum Yang Mudah Hanya Masuk Peti Sejuk Saja

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 148 hits
Kadang kadang bila nak memikir idea tentang dessert atau makan petang ni boleh pecah kepala Nah tidak perlu nak susah susah Boleh buat saja menu mudah ini Cheesekut Coklat Nestum hasil perkongsian saudari Izanizawati Ismail Hanya menggunaka...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Orimilk Susu Awal Lembu Kolostrum Dan Kalsium Terbaik Di Malaysia Buka Cawangan Di Kuantan