Belajar Daripada Pmx







Sama ada awak penahan diri atau pembenci PMX, ini 17 perkara yang kita boleh belajar dari PMX dalam aktiviti kehidupan harian.


1. Anwar suka bergurau dan menyakat kanak-kanak. Jika berpeluang semasa bersalaman, dia akan memegang tangan kanak-kanak dalam dukungan ibu bapa. Setiap kali ada majlis, dia tidak akan lepaskan peluang untuk mengusap kepala anak-anak yatim. Tak kisahlah kalau ada pembenci kata ini semua lakonan. Hakikatnya, mengusap kepala anak yatim adalah cara untuk melembutkan hati yang keras, sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadis sahih. 


2. Anwar akan hulur tangan terlebih dahulu untuk bersalam. Dalam satu video yang viral, beliau melencong dari laluan karpet, pergi ke belakang/tepi dewan untuk menyapa semua pemandu dan pegawai pengiring. Dari atas pentas, beliau akan turun untuk terlebih dahulu menyapa orang ramai dan bersalaman. Anwar sanggup turun dari pentas untuk bersalam dengan mufti.


3. Anwar akan memegang bahu orang apabila bersalaman dan kadang-kadang akan memegang tangan sehingga ke siku. Sesiapa yang pernah ada pengalaman ini, akan terasa betapa akrab dan mengalirnya rasa ukhwah antara dua pihak (personalization).


4. Anwar suka memuji secara khusus dan terbuka bagi menaikkan self esteem rakyat Malaysia. Bila depan penjawat awam, Anwar secara terbuka berbangga dengan prestasi dan khidmat penjawat awam. Bila dalam majlis anak muda, dia akan puji kegigihan dan kreativiti orang muda. Bila dalam majlis bernama wanita, dia memuji-muji sumbangan wanita dalam negara. Dia tidak sekali-kali menuduh orang Melayu malas sebab dia tahu itu semua propaganda penjajah.


5. Jika orang beri hadiah di booth jualan atau pameran, Anwar akan menerimanya untuk menjaga hati pemberi hadiah, tapi beliau akan mengaggap barang itu dibeli/dibayar supaya tidak terhutang budi. Setpol beliau akan cepat-cepat selit duit dalam tangan atau poket si pemberi hadiah sambil menyebut "Dato' Seri beli barang ni". Ini sudah tentulah atas arahan Anwar sendiri. 


6. Dalam sela masa program rasmi, Anwar akan ambil kesempatan untuk ziarah rakan-rakan lamanya semasa zaman sekolah. Kita akan dapat tengok gesture Anwar semasa ziarah adalah sebagai sahabat lama, bukan sebagai PM. 


7. Anwar langsung tak kelihatan berkecil hati kalau orang ramai menjerit panggil dari jauh, tarik tangan untuk bersalam, tepuk dan sentuh badan dia, atau tak panggil dengan gelaran-gelaran istana. Pernah ada sorang budak datang dan kata, "Anwar, nak ambik gambar". Selamba dia panggil nama je padahal beza umur 70 tahun. Hakikatnya benda-benda ini tak manis dalam adat Melayu. Tapi seorang pemimpin kena sedar bahawa tak semestinya semua orang faham pasal manner/adab. Biasanya Anwar tak akan ambil hati dan jadikan semua ini sebagai bahan senda gurau.


8. Apabila tiba di masjid untuk solat, Anwar akan berdiri di atas separuh sejarah, bukan di tengah-tengah sejadah mengikut protokol. Dia mahu saf antara rakyat biasa dan orang kenamaan dirapatkan tanpa mengira kedudukan sejadah. 


9. Anwar pandai memulakan humor. Apabila dia menyapa pemimpin atau pihak lain, pasti diakhiri dengan gelak ketawa. Contohnya bila turun dari flight dan menyapa pemimpin negeri. Pendekatan beliau ini telah memecahkan tembok protokol. Kemahiran Anwar dalam bergurau senda ialah dengan cara segitiga perbualan. Anwar akan mengadu tentang orang B kepada orang C untuk mencetuskan reaksi lebih dari 1 pihak, dan biasanya akan diakhiri dengan gelak ketawa.


10. Anwar bijak mengalih hubungan rasmi dan berprotokol kepada semangat kekeluargaan, terutamanya dengan MB/KM/Premier negeri. Bukan itu saja, dia membawa semangat kekeluargaan dan bangsa serumpun antara negara-negara Asean apabila berdiplomasi dengan Jokowi, Lee Hsien, Marcos Jr, Hun Sen dan Prayut. 


11. Cara Anwar close gap dengan semua pihak termasuk wartawan, penjawat awam dan rakyat adalah dengan menggunakan kata ganti "saudara" dan "rakan-rakan".






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/belajar-daripada-pmx-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pmx Selamat Sampai

Pmx Selamat Sampai

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 185 hits
Sebenarnya saya ada benda sikit nak ulas tentang lawatan PMX ke Thailand nih Dan ianya ada terkait dgn isu Sempadan Selatan Thai dan Rundingan Malaysia Thai ke 7 serta beberapa hal lain yg mungkin akan berlaku dalam penggal ini Tapi saya te...
Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 254 hits
THERE are some interesting exchanges between the pro Madani camp and the opposition faction over how incarcerated former premier Datuk Seri Najib Razak was able to pay his to his late predecessor Tun Abdullah Ahmad Badawi at the latter s st...
Xi Jinping Visits Malaysia Pmx Praised For His Mandarin Efforts While Siti Nurhaliza Captivates Guests At State Banquet

Xi Jinping Visits Malaysia Pmx Praised For His Mandarin Efforts While Siti Nurhaliza Captivates Guests At State Banquet

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 253 hits
Today marks the last day Chinese President Xi Jinping will be in Malaysia He arrived in Kuala Lumpur on 15 April for a three day state visit at the invitation of His Majesty Sultan Ibrahim King of Malaysia It s Xi s second official trip to ...
Bangkok Sambut Pmx

Bangkok Sambut Pmx

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 141 hits
Alif Jamil Lewat petang semalam kota Bangkok bukan sekadar ibu negara Thailand tapi menjadi medan penting diplomasi ASEAN PMX disambut mesra oleh pegawai kanan kerajaan Thailand ini mengukuhkan isyarat bahawa hubungan dua hala Malaysia Thai...
Tergamak Tuduh Pmx Begitu Rupanya Lebai Ini Boleh Percaya Fitnah Papagomo

Tergamak Tuduh Pmx Begitu Rupanya Lebai Ini Boleh Percaya Fitnah Papagomo

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 140 hits
HarapandailyApril 16 2025Seorang lelaki berkopiah dipercayai berusia lebih separuh abad menjadi bualan di media sosial selepas begitu yakin menuduh Perdana Menteri menghidap HIV Pengguna Facebook atas nama akaun Ku Shaharuzaman Zaman yang m...
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Cara Buat Link Whatsapp

Menu Kering Kering Je Hari Ni

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Tips Set Up Akuarium Goldfish Filter Murah Efektif Untuk Tangki Kecil Produk Penjagaan Dan Makanan Terbaik Ikan Emas

Pmx Gets All Round Grilling After His Rm8 13b Potential Investments From Italy Unveiling


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb

Salam Maal Hijrah 1447

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Rania Main Air Masak Masak

Sambal Nasi Lemak