Belajar Dari Rumah


 
KOMUNIKASI DUA HALA GURU, IBU BAPA BANTU JAYAKAN PdPR
Oleh Norhidayyu Zainal
KUALA LUMPUR, 20 Jan -- Komunikasi dua hala antara warga pendidik dan ibu bapa perlu lebih mesra dan telus bagi mewujudkan ekosistem pembelajaran yang berkesan untuk anak-anak di rumah, demikian menurut pakar Pendidikan dan Pengembangan Prof Dr Ismi Arif Ismail.
Beliau berkata hubungan yang akrab antara guru dan ibu bapa akan membawa kepada keberkesanan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan lebih menyeronokkan kepada pelajar.
“Buat masa ini, dalam keadaan normal baharu, PdPR adalah kaedah terbaik untuk meneruskan pembelajaran. Oleh itu, perlu ada komunikasi yang lebih kerap antara guru dan ibu bapa," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, beliau berkata selain berkongsi perkara yang diajar dan kerja rumah kepada pelajar, setiap tenaga pengajar perlu membantu ibu bapa dalam memberi sokongan kepada pembelajaran anak-anak di rumah.
Jelasnya, komunikasi tersebut bukan hanya bersandarkan kepada tugasan pembelajaran semata-mata tetapi perlu lebih holistik supaya seimbang dalam menunaikan tanggungjawab mendidik anak-anak secara bersama.
“Komunikasi lebih efektif ini akan membantu menyelesaikan segala permasalahan timbul sekali gus anak-anak dapat belajar mengikut persekitaran sesuai dengan keadaan di rumah berdasarkan kepada kemampuan masing-masing," kata Ismi Arif yang juga Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Putra Infoport, Universiti Putra Malaysia.
Pada 16 Jan lepas, Kementerian Pendidikan memaklumkan sesi persekolahan secara bersemuka bermula hari ini di seluruh negara, dengan hanya melibatkan calon yang akan menduduki peperiksaan utama bagi 2020.
Berikutan itu, semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2021 akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah PdPR mengikut kesesuaian guru dan murid mulai tarikh berkenaan.
Bagaimanapun, keadaan itu menimbulkan rasa gelisah pelbagai pihak terutama ibu bapa sehingga tular di media sosial.
Turut senada, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan yang menyifatkan kerjasama guru dan ibu bapa adalah penting terutama dalam mendisiplinkan anak-anak untuk terus mengikuti PdPR.
Tambahan pula, beliau berkata pendekatan PdPR masih baharu di Malaysia dan perlu diperkukuh serta diperkasakan dengan komitmen jitu semua pihak.
“Anak-anak perlukan arahan dan ketegasan ibu bapa dalam memastikan mereka mengikuti kelas selain ibu bapa juga perlu terus memantau pembelajaran anak-anak mereka agar tidak disalah guna. Pada masa sama, guru juga perlu memahami situasi ibu bapa itu sendiri yang walaupun ada di rumah, mereka sebenarnya juga menjalankan tugas kerana bekerja dari rumah,” katanya.
Beliau turut mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menubuhkan pusat rujukan PdPR di setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
"Ia berfungsi sebagai pusat sehenti bagi menangani sebarang masalah dan cabaran dihadapi oleh pihak yang menjalankan PdPR di rumah. Oleh itu, seorang pegawai khas akan ditugaskan sebagai koordinator atau perancang untuk menyelaras PdPR," katanya
Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) Mohd Azizee Hasan berkata semua guru, ibu bapa dan anak-anak seharusnya memanfaatkan platform pelantar pembelajaran digital sedia ada antaranya Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Google Classroom, Akademi Youtuber Malaysia dan Sophia.my.
Tidak cukup dengan itu, beliau berkata Kementerian Pendidikan juga giat menerbitkan video pengajaran untuk slot TV Pendidikan yang disiarkan menerusi saluran TV Okey (RTM), Tutor TV (Astro) dan DIDIKTV@NTV7 di saluran NTV7 selain EduWebTV.
“Ia sekali gus menjadi platform pemudah cara yang sangat baik buat ibu bapa, guru dan anak-anak untuk terus mengadakan PdPR terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini,” katanya.
-- BERNAMA





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mimbarkata.blogspot.com/2021/01/belajar-dari-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Lagi Berjemur Tm Bantu Dua Beradik Belajar Di Rumah

Tidak Lagi Berjemur Tm Bantu Dua Beradik Belajar Di Rumah

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 208 hits
TM setuju memasang kabel internet selepas gambar dua beradik belajar di luar rumah tular di media sosial Foto ReutersSHAH ALAM 29 Jan Dua beradik murid Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau Seksyen 31 di sini akhirnya menarik nafas lega apabila ti...
Banyak Gangguan Di Rumah Awal Ashaari Kesian Tengok Budak2 Belajar Online

Banyak Gangguan Di Rumah Awal Ashaari Kesian Tengok Budak2 Belajar Online

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 528 hits
Isu mengenai insitusi pendidikan termasuk sekolah yang kini masih ditutup semakin hangat dibicarakan dalam kalangan ibu bapa Sebelum ini aktres Nabila Huda meluahkan pendapatnya berkenaan isu tersebut Kini giliran aktor dan pengacara Awal A...
Ngecas Hp Di Atas Kasur Satu Rumah Di Pontianak Terbakar

Ngecas Hp Di Atas Kasur Satu Rumah Di Pontianak Terbakar

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 221 hits
Kebakaran terjadi di Komplek Batara Indah 1 Blok N Jalan dr Wahidin Pontianak Kota pada Jumat sekira pukul 06 27 WIB Satu rumah ludes terbakar Dugaan sementara api berasal dari aliran listrik saat anak dari pemilik rumah mengecas handphone ...
Bupati Bogor Sebut Penanganan Banjir Terkendali Warga Dibolehkan Kembali Ke Rumah

Bupati Bogor Sebut Penanganan Banjir Terkendali Warga Dibolehkan Kembali Ke Rumah

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 285 hits
Bupati Bogor Ade Yasin memastikan kawasan Gunung Mas Kecamatan Cisarua Kabupaten Bogor mulai kondusif usai banjir bandang yang terjadi pada Selasa Ade pun membuka peluang bagi para pengungsi untuk kembali ke rumahnya
Ubah Suai Rumah Awal Ashaari Fail Tuntutan Balas Rm750 000 Terhadap Naz Empire

Ubah Suai Rumah Awal Ashaari Fail Tuntutan Balas Rm750 000 Terhadap Naz Empire

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Selepas disaman RM3 juta oleh sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai rumah atas dakwaan memfitnah personaliti televisyen Awal Ashaari pula memfailkan tuntutan balas menuntut ganti rugi RM750 000 daripada syarikat itu berhub...
Mimpi Ngeri Kami Di Rumah Kebajikan

Mimpi Ngeri Kami Di Rumah Kebajikan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 435 hits
Penghuni mendakwa mereka dibuli sebelum diselamatkan dari sebuah rumah kebajikan di Buntong IPOH Diana yang berusia 19 tahun dan Dorothy 15 hanya mendiamkan diri di sudut bilik tidur baru mereka merenung ke arah pintu dan berdoa tiada lelak...
Dr M Tak Setuju Kuarantin Di Rumah

Dr M Tak Setuju Kuarantin Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 254 hits
197 total views 197 views today PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah Kementerian Kesihatan melaksanakan kuarantin di rumah bagi pesakit Covid 19 tidak sesuai walaupun keadaan pesakit itu tidak membimbangkan Perkara itu berdasar...
Rakyat Hong Kong Diarah Duduk Di Rumah Dua Hari Kekang Covid 19

Rakyat Hong Kong Diarah Duduk Di Rumah Dua Hari Kekang Covid 19

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 224 hits
Rakyat Hong Kong diarah duduk di rumah dua hari kekang Covid 19 Dikemas kini 39 saat yang lalu Diterbitkan pada 23 Jan 2021
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm