Belai Kulit Wajah Dengan Kit Istimewa Cs12
Cipta suasana seperti berada di spa kecantikan di rumah anda dengan kit penjagaan wajah istimewa untuk merawat kulit agar lebih lembap dan segar.
Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak Covid-19 telah membataskan pergerakan dan aktiviti seharian kita. Mungkin selama ni setiap bulan anda berkunjung ke pusat kecantikan untuk merawat wajah, namun tidak lagi kini.
Anda masih boleh membelai kulit wajah malah cipta sendiri suasana spa kecantikan di rumah dengan menggunakan kit edisi terhad daripada jenama kecantikan lokal, CS12. Special Facial Kit, terdiri daripada tujuh item yang merangkumi produk terlaris dan menjadi signatur buat CS12 lengkap untuk merawat kulit.
Mulakan menjaga kulit dengan langkah paling penting, membersihkan wajah secara berganda atau double cleansing dengan dua jenis pembersih wajah iaitu Hydro Milk Pre Cleanse (15ml) dan Milky Cleanser (15ml). Jangan anggap apabila anda tidak keluar rumah, anda tidak perlu cuci wajah. Kotoran dan minyak masih boleh melekat pada wajah, dan jika tidak dibersihkan, ia boleh menyumbatkan pori lantas menyebabkan kulit menjadi kusam.
Selepas itu, guna The Calming Ampoule, produk terlaris CS12 untuk merangsang sel kulit lebih aktif agar kekal terhidrat sepanjang hari. Hadir dengan tekstur yang pekat dan berkonsentrasi tinggi, ia meresap dengan pantas dan meninggalkan kesan kulit yang lembut dan licin.
Bila sudah berada di rumah, anda pasti ada banyak masa terluang. Apa kata cuba topeng wajah Miracle Mask (30ml). Berikan ‘kegembiraan’ pada kulit dengan menggunakannya pada waktu malam, setelah seharian anda sibuk dengan tugasan. Efek sejuk dan dinginnya boleh melegakan kulit apatah lagi sekarang cuaca sangat panas di luar sana. Bangun pagi esoknya dengan kulit yang lebih segar dan lembut.
Kemudian, kunci kelembapan kulit dengan aplikasi pelembap wajah. Kit ini menawarkan tiga jenis pelembap yang berbeza mengikut keperluan jenis kulit anda. Pelembap wajah penting bagi memastikan tiada ‘kebocoran’ pada kulit bagi mengekalkan keanjalan dan keserian kulit. Soothing Gel (6ml) untuk kulit berminyak, Infinity Aqua Care (6ml) untuk kulit sensitif dan Emoist Creme (6ml) untuk kulit kering.
Akhir sekali, jangan lupa untuk lindungi kulit wajah daripada selaran matahari. Ya, walaupun anda tidak keluar rumah, cahaya daripada televisyen, telefon pintar dan skrin komputer boleh merosakkan kulit dan menyebabkan munculnya bintik pigmentasi. C-Correct 96 Sun Protect (6ml) ini hadir dengan tekstur yang ringan, ia tidak berminyak dan menyumbatkan liang pori anda. Kompleksi wajah terlihat lebih mulus dan sekata.
Anda kini boleh dapatkan CS12 Special Facial Kit di laman web https://cs12skincare.com.my dengan harga RM99 yang sudah berada di pasaran bermula 6 April 2020. Lebih menarik, CS 12 akan menyalurkan bantuan kepada organisasi terpilih sebanyak RM20 bagi setiap pembelian set ini.
The post Belai Kulit Wajah Dengan Kit Istimewa CS12 appeared first on Her Inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://herinspirasi.com/jelita/belai-kulit-wajah-dengan-kit-istimewa-cs12/