Bekerja Dari Rumah Ubah Trend Pembelian Hartanah


Azzman Abdul Jamal

Pembeli rumah tidak lagi begitu terdorong untuk mencari rumah yang terletak di kawasan bandar.

Kawasan perumahan di sekitar Cyberjaya. Trend pembelian rumah kini bertukar berpunca daripada pandemik Covid-19. Budaya kerja dari rumah yang diamalkan kebanyakan tempat kerja untuk mengekang pandemik Covid-19 menyebabkan perubahan trend pembelian hartanah dari bandar ke luar bandar, menurut kajian dilakukan PropertyGuru.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia Sheldon Fernandez berkata kebanyakan 10 projek perumahan teratas dengan jumlah transaksi tertinggi merupakan kawasan jauh dari pusat bandar iaitu di Bukit Sentosa dan Bandar Bukit Beruntung di Rawang, Selangor serta Bandar Putra di Kulai, Johor.
“Ini juga didorong oleh amalan kerja dari rumah (WFH) ekoran penularan Covid-19 yang mana keutamaan pembeli berubah. Ini bermakna faktor membeli rumah tidak semestinya terletak berhampiran kawasan bandar,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Pembangunan pada masa hadapan disertakan aksesibiliti yang lebih banyak bakal mendatangkan impak yang besar terhadap nilai hartanah sedia ada.”
Kajian yang dijalankan cabang penyelidikan PropertyGuru, PropertyGuru DataSense itu turut mendapati permintaan terhadap pembelian rumah dengan keluasan tanah yang lebih besar di kawasan luar bandar meningkat dan mendorong kenaikan transaksi pembelian di kawasan bandar kecil pada suku pertama (Q1) 2021.
Menurut Fernandez, pembinaan lebih banyak kemudahan dan penghubung pengangkutan awam seperti LRT, MRT atau stesen kereta api mampu melonjakkan nilai hartanah di kawasan tersebut.
“Kebiasaannya, apabila lebih ramai orang berpindah ke sesuatu kawasan, kita akan saksikan pelbagai pembangunan seperti pembinaan pusat beli-belah yang juga akan mendorong kenaikan harga,” katanya.
Mengulas lanjut, Fernandez berkata, antara faktor golongan muda sukar membeli rumah adalah disebabkan ketidakpadanan tawaran dan permintaan terutama di kawasan bandar yang mana harga rumah di kawasan itu disifatkan sebagai terlalu tinggi selain kekurangan minat terhadap produk yang ditawarkan di pasaran.
“Keutamaan golongan muda sudah berubah. Mereka akan mengambil kira lokasi, kemudahan dan harga serta beberapa faktor lain.
“Selain itu, terdapat perbezaan ketara dari segi pendapatan dan harga rumah. Pertumbuhan purata gaji yang lebih perlahan berbanding kenaikan harga rumah yang mendadak amat menyukarkan rakyat Malaysia untuk memiliki kediaman sendiri,” katanya.
Katanya, lonjakan harga komiditi turut memberi kesan terhadap kenaikan kos pembinaan dan pembangunan hartanah dan menambah ini juga termasuk kos tinggi untuk pematuhan beberapa peraturan, pembelian tanah, kekurangan tanah, kos pembinaan dan bahan binaan serta upah buruh.
Menurut Fernandez, tidak mustahil untuk nilai hartanah untuk menyusut dan ini dapat disaksikan ketika penularan Covid-19 bermula pada awal tahun lalu.
“Indeks Permintaan Harga Hartanah PropertyGuru Malaysia telah berada dalam trend menurun sejak Q2 2020 dengan penyusutan tahun-ke-tahun sebanyak 2.16% sejak kes Covid-19 mula direkodkan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Selain itu, laporan Indeks Pasaran Hartanah turut menunjukkan terdapat penurunan suku-ke-suku terhadap permintaan harga di kawasan Mont Kiara (-3.04%) dan KLCC (-6.86%) ekoran selera belian yang lebih rendah,” katanya.
Menjelang pembentangan Belanjawan 2022, Fernandez berkata, pihaknya menyarankan supaya kerajaan pertimbang melaksanakan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) di peringkat Pasaran Sekunder Kediaman selain melanjutkannya sehingga 2022.
“Sekiranya HOC dilanjutkan ke pasaran sekunder, ia mampu melonjakkan pasaran rumah dan menggalakkan pembeli rumah kali pertama untuk pertimbang rumah ‘subsale’, terutama apabila pengecualian duti setem boleh bantu mengurangkan kos pendahuluan.
“Ini adalah selari dengan Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru yang mendapati 84% rakyat Malaysia percaya bahawa kerajaan masih berupaya membantu membuatkan harga rumah lebih mampu milik dengan 58% ingin kerajaan melanjutkan HOC terhadap rumah ‘subsale’,” katanya.
Selain itu, katanya, kerajaan juga diharap untuk memperkenalkan insentif sewa yang dapat memanfaatkan penyewa dan pemilik seperti yang dilakukan kerajaan New South Wales di Australia.
“Insentif itu membolehkan pemilik rumah membuat tuntutan kewangan sekiranya mengurangkan bayaran sewa terhadap penyewa yang terjejas akibat Covid-19.
“Selain itu, kami juga berharap kerajaan sama ada akan melanjutkan atau menyemak turun pengecualian cukai keuntungan harta tanah (RPGT) ketika rakyat Malaysia dan pasaran hartanah sedang menuju ke arah pemulihan,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/bekerja-dari-rumah-ubah-trend-pembelian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suri Rumah Didenda Rm5 000 Sebar Berita Palsu Berhubung Covid 19

Suri Rumah Didenda Rm5 000 Sebar Berita Palsu Berhubung Covid 19

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 418 hits
BERNAMA Suri rumah yang memiliki tiga anak itu berdepan hukuman penjara selama lima bulan jika gagal membayar denda Pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan di atas perbuatannya sebagai pengajaran kerana memuat naik berita yang tidak s...
Video Ibu Terduduk Menangis Anak Tergamak Bakar Rumah Hanya Kerana Tidak Dapat Wang

Video Ibu Terduduk Menangis Anak Tergamak Bakar Rumah Hanya Kerana Tidak Dapat Wang

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 235 hits
Siapa sangka anak yang ditatang bagai minyak yang penuh sewaktu kecil sanggup membuat khianat pada ibunya sendiri ketika meningkat dewasa Terbaru kira kira jam 3 30 petang semalam seorang anak sanggup membakar rumah ibunya sendiri di di Kam...
Marah Kerana Tak Dapat Wang Lelaki Bakar Rumah Ibu

Marah Kerana Tak Dapat Wang Lelaki Bakar Rumah Ibu

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 229 hits
KLANG Seorang lelaki ditahan apabila disyaki membakar rumah ibunya selepas tidak mendapat wang di Jalan Iskandar Kampung Bukit Kapar di sini petang semalam
Gelandangan Nomad Sudah Dapat Rumah

Gelandangan Nomad Sudah Dapat Rumah

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 236 hits
KEMANUSIAANAhmad Nor Nizam menerima kunci daripadaMohd Isa diperhati Abil Faizal SEBAIK kebenaran merentasi sempadan diberikan bermula kelmarin saya sudah mula memanjangkan langkah dihari pertama mengunjungi kompleks Global Ikhwan Sdn Berha...
Dap Bantah Bina Rumah Mampu Milik Menteri Jangan Tunduk

Dap Bantah Bina Rumah Mampu Milik Menteri Jangan Tunduk

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Mereka tidak mahu DBKL bangunankan Rumah Mampu Milik di situ sebab Rumah Mampu Milik akan diduduki majoriti oleh orang Melayu Alasan mereka bahawa ianya akan membuatkan kawasan itu padat dan sesak tidak masuk akal Syed Hassan S...
Suri Rumah Didakwa Peras Ugut Ambil Duit Suami Rm13 000

Suri Rumah Didakwa Peras Ugut Ambil Duit Suami Rm13 000

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 385 hits
KOTA BHARU Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan melakukan pemerasan terhadap suaminya sendiri dengan mengambil wang tunai mangsa berjumlah RM13 000 di sebuah hotel dekat sini bu...
Merem4ng Frontl1ners Dapat Panggilan Dari Rumah Kosong Rupanya Pes4kit Dah Men1nggal 3 Tahun Lalu

Merem4ng Frontl1ners Dapat Panggilan Dari Rumah Kosong Rupanya Pes4kit Dah Men1nggal 3 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 165 hits
Tugas sebagai frontliners ini sememangnya tidak mengira waktu siang ataupun malam Di mana pes4kit memerlukan mereka di situlah mereka ada datang memberi perkhidmatan Walau bagaimanapun bagi mereka yang bertugas di bidang perub4tan sudah sem...
Masalah Rumah Tangga Dipercayai Jadi Punca Askar Mengamuk Maut Tembak Diri Sendiri

Masalah Rumah Tangga Dipercayai Jadi Punca Askar Mengamuk Maut Tembak Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 14/10/2021 - jumlah : 365 hits
Masalah rumah tangga dikenal pasti punca seorang anggota tentera mengamuk dan menembak diri sendiri di Kampung Kolong 1 Sungai Tengah Jalan Matang di sini hari ini Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ber...
Selama Ni Bayar Kat Isteri Sendiri Dah 5 Bulan Kahwin Baru Tahu Owner Rumah Sewa Rupanya Isteri Sendiri

Selama Ni Bayar Kat Isteri Sendiri Dah 5 Bulan Kahwin Baru Tahu Owner Rumah Sewa Rupanya Isteri Sendiri

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 332 hits
Selepas setiap pasangan mendirikan rumah tangga sudah menjadi satu kewajipan dan keperluan untuk mencari rumah sebagai tempat tinggal bersama Tambah pula dengan keadaan negara yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini mem...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi