Gelandangan Nomad Sudah Dapat Rumah


KEMANUSIAAN
Ahmad Nor Nizam menerima kunci daripada
Mohd Isa diperhati Abil Faizal.SEBAIK kebenaran merentasi sempadan (negeri) diberikan bermula kelmarin (11/10), saya sudah mula memanjangkan langkah, dihari pertama mengunjungi kompleks Global Ikhwan Sdn Berhad (GISB), syarikat konglomerat Islam yang menyambung perjuangan Darul Arqam bertempat Country Home, Rawang

Semalam (12/10) lanjutkan langkah  ke Tanjung Malim Perak pula dalam memenuhi tanggungjawab misi kemanusiaan dan melaksanakan amanah sesama manusia, habluminanas

Saya akan membuat sedikit catatan ringkas disini permulaan langkah panjang saya itu, dengan memulakan catatan ke Tanjung Malim, kemudian diikuti catatan ke Country Home yang penuh nostalgik itu di kesempatan yang lain. 
Misi ke Tanjung Malim lebih bererti bagi saya kerana dapat menyempurnakan hajat dan keinginan insan-insan tertentu dalam mengeratkan tali silaturahim dan berbuat kebajikan sesama manusia. 
Walaupun semalam kepala saya berat, pening-pening untuk berjalan, mungkin faktor darah, saya gagahi juga diri untuk melihat peristiwa yang kepada saya penting dan sangat bererti. Jika tidak dijemput Abil Faisal Mohamed dan Mohd Zamany Yaakub mungkin saya tak sempat ke sana kerana tidak larat untuk pandu kereta sendiri.  Sebesar hama.
Sebahagian pemandangan dalam
pangsapuri kediaman baru Nor Nizam. Apa yang berlaku semalam mungkin sehalus hama sahaja kalau hendak dikira dengan projek-projek atau pun kerja orang-orang politik. Tetapi bagi saya dan mereka terlibat, sangat besar ertinya, yang mana peristiwa seperti semalam tidak mudah tersentuh oleh orang politik yang lebih melihat keuntungan yang diraihnya daripada keredhaan Allah. Mungkin mereka (orang politik) sengaja biarkan kerja seperti itu untuk membahagi pintu syurga dengan kami.  
Sudah menjadi kelaziman orang politik setiap apa yang mereka lakukan perlu mendapat pulangan tinggi, jarang ada yang diberi secara gratis. Semua harus berbalas setidak-tidaknya dengan satu undi.  
Sementara kerja dan amalan kami lakukan semalam adalah kebajikan yang tidak akan mendapat apa-apa laba pun dari konteks politik. 
Saya juga percaya apa yang berlaku semalam tidak semudah itu kerana kalau ia membabitkan tangan politik atau kerajaan ia perlu melalui SOP tertentu dan menghadapi kerenah birokrasi yang berbelit-belit. 
Paling cepat selesai pun mungkin enam bulan. Bagaimana alhmadulilah, apa yang diusahakan semalam berhasil tidak sampai setengah bulan

Kerja semalam yang dimaksudkan ialah menyaksikan penyerahan kunci rumah oleh seorang hamba Allah kepada hamba Allah yang lain. Sdr Mohd Isa Jaias dari Kampung Gajah, Perak yang merupa seorang pembaca setia blog ini telah bermurah hati untuk membenarkan unit pangsapurinya yang terletak di Ulu Bernam Selangor bersebelahan di Tanjung Malim untuk kediaman sdr Ahmad Nor Nizam bersama isteri dan anaknya

Kisah Ahmad Nor Nizam bersama isteri Nurfadilla Zakaria dan seorang anak lelakinya Muhammad Firdauz Aman berusia tiga tahun hidup bergelandangan, berpindah randah ke serata tempat kerana mengalami masalah kesulitan hidup gara-gara pandemik dimuatkan dalam blog ini. 
Kisah beliau itu mendapat perhatian sdr Mohd Isa kemudian menghubungi saya menyatakan kepiluan hatinya dan berhajat untuk membantu Nor Nizam. Selepas itu sdr Abil menghubung Mohd Isa bagi tujuan penyerahan rumah itu semalam: https://msomelayu.blogspot.com/2021/10/tiga-beranak-hidup-pindah-randah-macam.html#more
Budi baik dan kemurahan Mohd Isa sangat bererti bukan sahaja kepada Ahmad Nor Azam bersama anak dan isterinya, tetapi turut sama membanggakan saya dan juga sdr Abil Faizal bersama Mohd Zamany ginfakkan makan dan keperluan lain hampir setiap hari

Mungkin apa dilakukan oleh Mohd Isa, serta khidmat menginfak makanan kepada gelandangan oleh Abil dan Zamani (Abel Global) itu usaha kecil dan mudah sahaja dan perkara biasa. Namun jika tidak ada kecelakan dan rasa kemanusiaan yang tinggi dalam diri ia tidak mudah dilaksanakan

Ramai orang kaya raya dan mempunyai berpuloh buah rumah dan banglow, ada yang dibiarkan didiam semak samun dan haiwan atau jadi rumah hantu, tetapi tidak seorang pun terbuka hati untuk membantu keluarga gelandangan seperti Ahmad Nor Nizam itu. Setengah rela membiarkan sahaja harta benda yang boleh dimanfaat oleh mereka memerlukannya itu begitu sahaja. 
Khairy Jamaluddin.
Usahkan rela untuk memberi pinjam rumah, perkara sekecil bantu untuk mendapat vaksin bagi Ahmad Nor Nizam dan Nurfaradilla itu pun sukar. Saya telah memaklum dan mohon jasa baik kepada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi twitter tetapi masih belum berbalas. Khairy telah lantik 13 orang pegawai untuk membantunya bagi memudahakan kerja-kerja tolong rakyat tetapi belum mendapat apa-apa respon sehingga catatan ini dibuat. Disebabkan kerenah birokrasi menyebabkan Nor Azam dan isteri masih belum dapat vaksin

Itu saya katakan budi baik dan keikhlasan hati Mohd Isa bukan sesuatu yang kecil kepada saya. Ia boleh dikatakan satu dalam seribu. Misalnya yang membaca blog saya atau mengetahui kisah Ahmad Nor Nizam bukan sedikit, tetapi hanya beberapa orang sahaja terkedu dan mempedulikan dengan nasib gelandangan nomad ini dan sudi menghubungi saya bertanya khabar. Nilai kemanusiaan kita kian kering

Demikian juga dengan usaha Abil Faisal dan Zamany menerusi Abel Global itu menginfak makanan kepada gelandangan bukan kerja mudah dan sanggup dilakukan semua orang. Lagipun apakah manfaat dari segi politik dengan kerja mulia itu. Saya kagum usaha dua lelaki ini membantu gelandangan di Lembah Pengharapan. Usaha suka rela dan iklhas mereka sepatutnya disokongi kita semua. 
Hanya orang yang mempunyai daya simpati tinggi dan kasihan serta prihatin sesama makhluk sahaja serta tidak mengharap benefit keduniaan sahaja sanggup melakukannya. Sebab itu Allah menyediakan imbuhan dan imbalan tinggi kepada hamba-Nya yang ikhlas menderma, melakukan kerja amal dan kebajikan lain

Kemurahan hati Mohd Isa itu, tentu sekali menggembira saya. Mungkin saya tidak terlibat secara langsung menyediakan atau memberi apa-apa material buat Ahmad Nor Nizam, tetapi sumbangan kecil saya menerusi penulisan yang saya anggap perjuangan ini, sedikit sebanyak telah membantu membuka jalan cerita dan mendedahkan sinopsis kehidupan ini untuk disambung plotnya oleh yang lain. 
Insya-Allah usaha atau misi kemanusiaan menerusi blog ini yang telah bermula sejak lama dahulu akan diteruskan selain daripada melaporkan perkembangan politik yang kian "sinting" dalam negara waktu ini. Misi Kemanusiaan blog ini sebenarnya seakan terhenti sejak enam tahun lalau ketika kebetulan saya uzur kerana kanser Limfoma. Kepada semua pembaca budiman yang ikut membantu dan simpati dengan saya menggerakkan misi kemanusiaan diucapkan berbanyak terima kasih. 
Sebak.
Diupacara penyerahan kunci dan masuk kediaman semalam, bukan sahaja air mata Ahmad Nor Nizam terjun laju dari jendela matanya saat menerima kunci daripada Mohd Isa, tetapi hati saya juga turut bera dan bengkak. Apa yang saya rasa ketika itu ialah betapa ikhlas dan prihatinya Mohd Isa kepada nasib Ahmad Nor Nizam sekeluarga. 
Terbetik dalam fikiran saya kalau kita semua mempunyai sikap prihatin dan kemurahan hati seperti beliau, pasti tidak ada akan manusia susah hidup merempat dalam negara ini. Apa lagi berbagai Ngo yang wujud atas maksud sama dan juga berbagai institusi kebajikan seperti Majlis Agama Islam, Perkim, Ja'miah Islam dan lain-lain merupakan institusi berlandaskan kebajikan yang sememangnya ditubuh untuk membantu sesama insan dan memiliki kewangan yang banyak. 
Ahmad yang datang dengan ditemani ibunya, Sofiah bet Awang di majlis itu, dengan rendah diri menyatakan, apa yang dilakukan itu memberi tempat tinggal kepada Ahmad Nizam adalah sebagai kewajiban sesama manusia seperti mana yang dianjurkan oleh Allah

Ditanya macam mana beliau menyedari kehidupan Nor Nizam yang tidak menentu itu beliau menjelaskan setelah membacanya daripada blog Merah Tinta

"Saya terpanggil untuk membantunya setelah membaca blog Mohd Sayuti Omar (Merah Tinta), dari situ saya hati saya terbuka untuk membantunya. Kebetulan saya ada kediaman yang tidak diduduki, jadi saya fikir, baik rumah ini didiami oleh Ahmad Nor Nizam besama aisteri dan anaknya daripada terbiar begitu sahaja," ceritanya sambil berharap mudah-mudahan dengana ada tempat tinggal yang kekal, Nor Nizam dapat menjalankan kehidupan baru yang selesa

Gambar kenangan berlatar belakangkan
pangsapuri Sri Hormoni kediman Nor Nizam.Kemurahan hati Mohd Isa disambut dengan rasa syukur dan perasaan sebak oleh Ahmad Nor Nizam yang berjanji akan menjaga rumah itu sebaik mungkin dan berazam akan berusaha untuk membaiki kehidupannya sekeluarga. 
"Saya mengucapkan terima kasih banyak kepada Encik Mohd Isa yang bermurah hati membenarkan saya bersama isteri dan anak-anak tinggal disini

"Sebenarhya kalau saya bersendirian saya tidak kisah hidup merempat dan tidur di mana sahaja, tetapi saya bersama isteri dan dianugerahkan pula anak oleh Allah, ini menyebabkan saya jadi tertekan dan rasa bersalah," katanya tidak dapat meneruskan kata-kata.

"Saya juga berterima kasih kepada Encik Abil dan Abem Global yang banyak membantu saya selama ini," sambung Nor Nizam, sekali lagi dia sebabk dan tidak dapat berkata-kata

Beberapa jurus kemudian baru beliau menyambung kata sambil menyapu air mata yang makin lebat turun," saya tidak tahu hendak balas dengan apa jasa tuan tuan, cuma saya berdoa dan minta Allah Swt membantu tuan-tuan semua diberikan keberkatan dan murah rezeki untuk terus membantu orang-orang seperti saya," katanya sambil berjanji akan membina kehidupan baru dengan mendapatkan apa saja kerja

"Saya sedia melakukan apa sahaja kerja untuk keperluan hidup saya anak beranak," ujarnya semacam menawarkan diri untuk berkerja dengan sesiapa dan apa jua jenis kerja bagi memulakan kehidupan baru

Seusai upacara itu Mohd Isa mengajak Nor Nizam dan kami semua makan tengah hari di restoran berdekatan dengan pangsapuri berkenaan. Seperti sakit yang dicabut, sepanjang pulang dari majlis itu kepala saya yang berat tadi menjadi ringan dan dimata terbayang bagaimana gembira dan bahagiannya Ahmad Nor Nizam bersam isteri dan anaknya kerana selepas ini kehidupan mereka sebagai gelandangan nomad itu sudah berakhir. [wm.kl.9:43 am 13/10/2021]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/10/gelandangan-nomad-sudah-dapat-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bunyi Letupan Sangat Kuat Seperti Dipanah Petir Rumah Bergegar

Bunyi Letupan Sangat Kuat Seperti Dipanah Petir Rumah Bergegar

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 221 hits
Lebih 80 penduduk Malaysia memilih penggunaan gas LPG untuk memasak Kes kebakaran banyak dilaporkan terjadi yang berpunca oleh penyimpanan tong gas tidak betul litar pintas dan penggunaan api mancis Siapa sangka hanya dengan kesilapan kecil...
Pemprov Dki Targetkan Penurunan Emisi Gas Rumah Kaca 35 Juta Ton Di 2030

Pemprov Dki Targetkan Penurunan Emisi Gas Rumah Kaca 35 Juta Ton Di 2030

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 165 hits
Yogi mencatat penurunan emisi GRK pada 2018 di DKI Jakarta mencapai sembilan juta ton CO2e atau 26 51 persen Sebagian besar penurunan itu disumbangkan dari efisiensi energi sebesar 82 75 persen dan sektor limbah melalui reduce recycle dan r...
Rumah Cuba Dimasuki Pihak Hometown Cha Cha Cha Beri Notis Buat Pengunjung Set Penggambaran

Rumah Cuba Dimasuki Pihak Hometown Cha Cha Cha Beri Notis Buat Pengunjung Set Penggambaran

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 402 hits
Dek terlalu popular ramai yang mahu melawat kawasan penggambaran drama Hometown Cha Cha Cha Kalau anda perasan banyak video yang dimuat naik di TikTok dan platform media sosial lain yang menunjukkan ramai peminat berada di perkampungan itu ...
T21j07 Mak Su Izati Tandatangan S P Rumah Taman Langat Utama

T21j07 Mak Su Izati Tandatangan S P Rumah Taman Langat Utama

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 304 hits
Hari ini kami ke Setia Alam untuk ke pejabat pemaju kawasan perumahan sebuah rumah yang mahu dibeli oleh Mak Su Izati Master dan Mummy ambil cuti separuh hari manakala Aina dan Aidan tidak ke Taska hari ini Master ada satu mesyuarat pada ja...
Pintu Rumah

Pintu Rumah

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 310 hits
Pintu Rumah Asalamualaikum Salam Sejahtera Salam Blogger Malaysia salam juga kepada pembaca maya yang dikasihi Hari ini tidal banyak perkara menarik Etuza lalui dalam meneruskan kehidupan serba mencabar ini Melainkan bersama keluarga pergi ...
Hiburan Atta Halilintar Sudah Siap Sambut Bayi Sulung Bina Rumah Agam Bak Istana

Hiburan Atta Halilintar Sudah Siap Sambut Bayi Sulung Bina Rumah Agam Bak Istana

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 266 hits
Selebriti sensasi Atta Halilintar dan isteri Aurel Hermansyah sudah siap untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka dengan membina sebuah rumah agam seperti istana ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMemetik laporan dari Gempak rumah yang dibe...
Hiburan Muat Naik Gambar Passport Mk K Clique Nak Mendirikan Rumah Tangga

Hiburan Muat Naik Gambar Passport Mk K Clique Nak Mendirikan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 408 hits
Tindakan pelakon dan juga penyanyi MK K Clique sekali lagi mengundang resah dalam kalangan peminat apabila dia memuat naik foto pasport di Instagram miliknya baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Advertisement MK yang sememangnya digilai ramai pe...
Cara Menanam Bunga Tabebuya Di Halaman Rumah Cantik Serasa Di Jepang

Cara Menanam Bunga Tabebuya Di Halaman Rumah Cantik Serasa Di Jepang

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 365 hits
Meski harus menunggu 4 tahun untuk menyaksikan bunganya mekar kamu pasti bisa sabar
Guna App Maps Senang Nak Tahu Lokasi Pasangan Atau Anak Bila Keluar Rumah

Guna App Maps Senang Nak Tahu Lokasi Pasangan Atau Anak Bila Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 6/10/2021 - jumlah : 357 hits
Teknologi sekarang sebenarnya banyak membantu jika digunakan dengan betul Begitu juga dalam hal melibatkan pengesanan ahli keluarga yang tidak ada bersama dengan kita Ada beberapa aplikasi yang boleh digunakan dan salah satunya teknik track...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation