Pakatan Longgar Untuk Mengetatkan Hubungan Bersatu Dengan Pas


ANALISA
SELPAS diadakan gerakan untuk menurunkan Anwar Ibrahim (Turun Anwar) 26 Julai lalu, dan Anwar tidak juga turun, pembangkang terus bergerak mengatur langkah seterusnya. Kali ini diadakan satu pertemuan untuk membentuk apa dinamakan "pakatan longgar" dalam kalangan pembangkang. 
Gagasan itu dinyatakan dalam satu pertemuan di kalangan mereka pada 18 Ogos.

Antara parti-parti dijemput dan hadir dalam pertemuan itu ialah, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putera, Berjasa, Urimai, Parti Melayu Malaysia, Perikatan Muslim India Nasional (Iman). Parti ini dipelawa untuk bergabung dengan PN – (Bersatu, Pas, Gerakan). Sebuah parti yang masih belum disahkan pendaftaran juga dikatakan akan bersama gabungan itu.

Tanggal 18 Julai lalu sudah diadakan pertemuan dengan parti-parti ini, atas maksud sama untuk merangka agenda itu, tetapi ketika itu tanpa kehadiran Pas. Pas tidak menghatar wakil atas alasan kerana pemimpin Pas tiada di Kuala Lumpur. Ketidak-hadiran Pas menyebabkan timbul pertanyaan apa sebenarnya yang berlaku?

Pemerhati melihat usaha itu seperti ikhtiar global pihak pembangkang dan parti-parti yang ketuanya ada menyimpan dendam dan geram serta membenci Anwar untuk jatuhkan perdana menteri ke 10 itu. Setengah kecewa apabila Anwar gagal untuk melayani mereka untuk bertemu dengannya. Ada yang menjaja syok sendiri, kononnya Anwar sudah memanggil mereka, tetapi mereka tolak atas nama prinsip. Ehwah. 

Pakatan atau muafakat parti pembangkang untuk tumbangkan kerajaan Madani bukan perkara baru dan memelikkan. Dari hemat politik saya disebalik apa yang diusahakan Mahiaddin itu kerana ada hambatan lain yang tidak terfikir oleh banyak orang. Mahiaddin sebenarnya terdesak disebalik agenda itu

Yang dapat ditafsirkan, pakatan itu memberi petunjuk dan gambaran pakatan dicadang itu lebih untuk menyelesaikan masalah Bersatu dengan Pas. Itu tujuan dan maksudnya, bukan sangat atas keyakinan parti-parti itu berenergi untuk tumbangkan kerajaan Madani yang ditunggaki PKR, DAP, Amanah dan UMNO. Mahiaddin tahu parti-parti nyamuk lain tidak boleh membantu perkuatkan pembangkang PN, sebaliknya mungkin meributkan keadaan apabila saat hendak membahagikan kerusi nanti. 
Lantaran itu saya melihat penggilan dan jemputan itu untuk dijadikan penawar bagi mengubati masalah Besatu dengan Pas. Umum tahu bahawa hubungan Bersatu dengan Pas kini retak yang menanti belah sahaja. Kekompakan mereka tidak seperti sebelum ini. Masing-masing ada hala tuju tersendiri, ada agenda dalam agenda. Ada kilau dalam kilat.

Tidak menjadi rahsia lagi hubungan atau pertelingkahan Abdul Hadi Awang dengan Mahiaddin walaupun tidak serius, tetapi ia belum sendek. Pertelingkahan itu umpama kudis yang akan membawa kepada kanser. Jiwa Hadi belum tenang dengan Mahiaddin. Bagi Pas pula, kata Hadi adalah kata Tuhan, yang tidak boleh dibantah. Selagi Hadi tidak memaafkan Mahiaddin maka hubungan itu tidak sendik.

Disebut ringkas puncanya ialah kerana perebutan jawatan dan kuasa. 
Justeru bagi saya, cadangan dan hasrat Mahiaddin untuk membentuk pakatan longgar itu sekadar dijadikan denak atau umpan bagi mendamaikan hati Hadi terhadap Mahiaddin. Pertelingkahan beliau dengan Hadi perlu dibaik pulihkan. Beliau mahu menyejuk hati Hadi yang tersinggung dengan suatu keputusan dibuat Mahiaddin. Kesimpulannya pakatan longgar itu tidak lebih dari hendak mengetatkan hubungan Bersatu dengan Pas yang sudah relai.

Rahsia yang belum terungkap, dan masih diperhitungkan secara mendalam, khabarnya dalam pilihan raya umum akan datang Pas sedang merancang dan berkira-kira untuk bertanding secara solo dengan mengekalkan kerusi yang dimilikinya kini dengan harapan selepas itu akan bergabung dengan parti-parti lain yang dikira tidak akan memperolehi kerusi lebih daripadanya untuk tubuh kerajaan. Formula atau teori itu Pas akan guna untuk memimpin kerajaan selepas Piraum ke16 kelak. Langkah ini bijaksana

Bagaimanapun rancangan Pas ini sudah dapat dibaca dan terhidu oleh Mahiaddins sebab itulah beliau perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan Pas bertanding bersendirian dan meninggalkan Bersatu dalam pilihan raya kelak. Mahiaddin sangat faham bahawa partinya tidak mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan PH dan BN. Selam ini pun Mahiaddin atau Bersatu menjadikan Pas sebagai alat, tak ubah seperti Kancil menjadikan buaya untuk menyeberang sungai semata-mata

Manakala bagi Pas pula mereka sudah mula berfikir dan merasa bodoh, sampai bila mereka perlu dijadikan buaya dengan menahan belaang untuk memboleh Kancil menyeberang sungai. Pas kini sudah tahu bahawa perintah Nabi Sulaiman itu adalah rekaan semata-mata. [wm.kl. 11:15 am 20/08/2025]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/08/pakatan-longgar-untuk-mengetatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Dan Bersatu Pahang Perkukuhkan Taawun Siyasi Antara Kedua Dua Parti Bagi Menghadapi Pru 16

Pas Dan Bersatu Pahang Perkukuhkan Taawun Siyasi Antara Kedua Dua Parti Bagi Menghadapi Pru 16

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 307 hits
KUANTAN Parti Islam SeMalaysia dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pahang memperkukuhkan taawun siyasi antara kedua dua parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 16 Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan bersama susulan pertemuan pimpi...
Pemuda Pas Armada Bersatu Komited Untuk Perkukuh Kerjasama Strategik Menjayakan Misi Pn Teraju Pahang

Pemuda Pas Armada Bersatu Komited Untuk Perkukuh Kerjasama Strategik Menjayakan Misi Pn Teraju Pahang

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 635 hits
KUANTAN Pemuda PAS Pahang dan Bersatu Armada Pahang komited untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam menjayakan Misi Teraju Pahang menjelang Pilihan Raya Umum ke 16 Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pahang Zulfadli Zakariah berkata gabungan ...
Fadhlina Unfit For The Job Pas Youth Chief Moots Asyraf As Education Minister

Fadhlina Unfit For The Job Pas Youth Chief Moots Asyraf As Education Minister

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 598 hits
Mara chairperson Asyraf Wajdi Dusuki should take over Education Minister Fadhlina Sidek s post as the latter has failed to address bullying issues in schools adequately said PAS Youth chief Afnan Hamimi Taib Azamudden Putting forth Asyraf a...
Dahsyat Banggang Dia Makcik Mona Ni Ya Last La Aku Bawa Pasai Bodo Dia Pas Ni Soh Polis Tangkap Ja Lokap

Dahsyat Banggang Dia Makcik Mona Ni Ya Last La Aku Bawa Pasai Bodo Dia Pas Ni Soh Polis Tangkap Ja Lokap

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 297 hits
De De PMX BUKAN HAKIM TAK DAK KUASA NAK ARAH MAHKAMAH Mai sini nak habaq sat kat hangpa semua Jangan dok tuding jari tak tentu hala PMX Anwar Ibrahim tu bukan tok hakim bukan doktor forensik bukan polis penyiasat Dia PERDANA MENTERI bukan s...
Ahli Parlimen Pas Tarik Balik Dakwaan Kait Rayer Dengan Rusuhan 13 Mei

Ahli Parlimen Pas Tarik Balik Dakwaan Kait Rayer Dengan Rusuhan 13 Mei

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 234 hits
Minderjeet KaurKUALA LUMPUR Awang Hashim menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat berhubung dakwaan RSN Rayer terlibat dalam rusuhan kaum 13 Mei Rayer sebelum itu bertanya kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul sama ada tindakan akan di...
Isham Jalil Backs Pas Leader For Pm Citing Clean Record On Corruption

Isham Jalil Backs Pas Leader For Pm Citing Clean Record On Corruption

papar berkaitan - pada 11/8/2025 - jumlah : 379 hits
FORMER UMNO Supreme Council member Isham Jalil says he wants to work with PAS to help one of its leaders become the next prime minister praising the party s relatively clean record on corruption In a Facebook video he claimed kickbacks for ...
Wedding Of The Year Kisah Cinta Amira Othman Amp Fattah Amin

Cuti Sekolah Bertukar Tragedi Murid Tahun Enam Maut Dibaham Buaya

Remember When Muhyiddin Gave Umno Rm10m For Sabah Polls

Dasar Kecuali Bayaran Balik Pinjaman Kekal Kuat Kuasa Jelas Ptptn

Foto Sekitar Majlis Perkahwinan Fattah Amin Amp Amira Othman

Breaking News Syria Israel Peace Pact

Teh Firdaus Berkongsi Kisah Disebalik Busana Nikah Amira Othman

Gaya Glamor Selebriti Di Anugerah Industri Muzik Ke 24


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Permulaan Menjual Servis Penulisan Ghostwriter

Flavorful Healthy Recipes With Meat

Mengapa Perlu Motivasi Pagi Jumaat

Aktiviti Ppim Adakan Kunjungan Ke Ibu Pejabat Dermags International 18 09 2025

Rezeki Mak Dah Sampai

Kenapa Rindu Tercipta