Bekas Pesakit Bangga Derma Plasma Rawat Covid 19


Soon Li Wei
Diterbitkan Hari ini 1:36 pm

Bekas pesakit Covid-19 Chester Chang Chin Nam menderma plasma darah untuk dijadikan serum

“Ada hikmah di sebalik wabak ini, walaupun diuji dengan Covid-19 sebelum ini namun saya bersyukur dapat menyumbang untuk merawat pesakit-pesakit yang sedang berjuang di hospital".

Demikian menurut Chester Chang Chin Nam, 32, pesakit kes ke-18 Covid-19 yang sembuh dan menjadi penyumbang kedua plasma darah selepas plasma darahnya didapati sihat, sesuai serta memenuhi kriteria untuk dijadikan serum untuk merawat penyakit itu.

Pengurus pemasaran kasino itu menyifatkan dirinya cukup bertuah dan bangga kerana dapat menyumbang sesuatu kepada masyarakat meskipun dirinya bukan seorang petugas barisan hadapan, ketika negara sedang dilanda jumlah kes yang semakin meningkat.

"Selepas saya sembuh dan discaj daripada hospital pada 19 Feb lepas, saya dikehendaki kembali ke hospital dua minggu kemudian untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan ketika itu, doktor mengambil sampel darah saya.

"Apabila saya mendapat panggilan daripada pihak hospital pada 6 April bahawa plasma darah saya sesuai untuk didermakan, tanpa berfikir panjang saya terus ke Pusat Darah Negara untuk tujuan itu keesokkan harinya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya bukan semua bekas pesakit Covid-19 yang dapat menyumbang plasma, iaitu cecair kuning dalam darah yang mengandungi antibodi dan akan diproses sebelum diberikan kepada pesakit lain sebagai vaksin.

"Saya hanya boleh menderma maksimum 500 ml sahaja pada satu-satu masa dengan berat badan saya 75 kilogram. Selepas proses pendermaan, saya menerima sepucuk surat seolah-olah 'sijil penghargaan'. Saya dibenarkan untuk kembali ke Pusat Darah Negara dua minggu akan datang untuk pendermaan kali kedua," katanya.

Berikutan itu, beliau berharap agar lebih ramai bekas pesakit Covid-19 yang telah sembuh dan mempunyai kesihatan yang baik untuk tampil mendermakan darah, sekiranya memenuhi kriteria, untuk membantu merawat lebih ramai pesakit.

Berkongsi pengalamannya sebagai bekas pesakit Covid-19, Chang berkata beliau mula mengalami gejala demam pada 3 Feb selepas pulang ke Banting, Selangor daripada bertugas di Macau, China untuk menyambut Tahun Baharu Cina pada 1 Feb.

"Selepas empat hari, demam, selesema dan batuk saya masih tidak baik, saya pergi ke klinik kesihatan dan doktor memberi bayangan bahawa saya dijangkiti Covid-19 setelah memberitahu sejarah perjalanan saya,” katanya.

Chang berkata beliau dibawa ke Hospital Banting untuk menjalani saringan dan terus dikuarantin di hospital itu dan selepas keputusan didapati positif, dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) pada 9 Feb.

"Empat hari pertama di HSB, saya sukar bernafas sehinggakan perlu diberi bantuan pernafasan, namun pada hari kelima kesihatan saya kembali normal namun saya masih diuji positif Covid-19 setelah dua kali saringan.

"Syukur pada hari ke-11 iaitu 19 Feb, saya disahkan bebas Covid-10 dan dibenarkan discaj," katanya.

Katanya meskipun ramai yang memandang serong terhadapnya yang dijangkiti Covid-19, beliau tetap berfikiran positif.

"Ada yang bertindak 'viral' kan gambar saya dalam media sosial sehinggakan ahli keluarga saya pun tertekan. Saya ingin menasihatkan (pesakit) jangan ambil kisah akan perkara-perkara negatif di media sosial.

“Sentiasa berfikiran positif dan dengar cakap doktor jika mahu sembuh," katanya.
- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/04/bekas-pesakit-bangga-derma-plasma-rawat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pesakit Covid 19 Derma Darah Plasma Untuk Rawat Pesakit Lain

Bekas Pesakit Covid 19 Derma Darah Plasma Untuk Rawat Pesakit Lain

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 326 hits
April 7 2020 8 00 AMReza Huzairi ketika menjalani proses pendermaan plasma darah pada 2 April lalu di Pusat Darah Negara Walaupun vaksin Covid 19 masih lagi dalam kajian para saintis namun ada berita gembira menanti semua rakyat Malaysia bu...
Pm Bangga Bekas Pesakit Covid 19 Tampil Bantu Pesakit Lain

Pm Bangga Bekas Pesakit Covid 19 Tampil Bantu Pesakit Lain

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 180 hits
Ahli lembaga UDA Holdings Berhad Rosli Dahlan yang dikenali sebagai pesakit 33 Covid 19 menyerahkan sumbangan sebanyak RM150 000 kepada kerajaan sebagai bantuan kepada keluarga mangsa wabak berkenaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang me...
Allah Ganti Sedih Saya Dengan Berita Gembira Bekas Pesakit Covid 19 Derma Plasma Darah Untuk Bantu Rawatan

Allah Ganti Sedih Saya Dengan Berita Gembira Bekas Pesakit Covid 19 Derma Plasma Darah Untuk Bantu Rawatan

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 396 hits
TIADA yang lebih menggembirakan seorang bekas pesakit Covid 19 apabila mengetahui plasma darahnya boleh membantu merawat pesakit lain yang dijangkiti pandemik yang mencetuskan keresahan masyarakat di seluruh dunia Bagi Reza Huzairi Zainudin...
Bekas Ratu Cantik Jadi Doktor Rawat Covid 19 Turut Beri Bantuan Guna Duit Sendiri

Bekas Ratu Cantik Jadi Doktor Rawat Covid 19 Turut Beri Bantuan Guna Duit Sendiri

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 367 hits
Gelaran peserta Miss World Malaysia 2019 nbsp yang disandang oleh Dr Nisha Thayananthan sememangnya layak diterima berikutan baktinya ketika ini apabila menjadi salah seorang frontliner yang bertugas melawan Covid 19 di Hospital Putrajaya D...
India Sedia Jual Ubat Anti Malaria Kepada Malaysia Rawat Pesakit Covid 19

India Sedia Jual Ubat Anti Malaria Kepada Malaysia Rawat Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 428 hits
NEW DELHI India bersetuju menjual tablet hydroxychloroquine kepada Malaysia untuk digunakan dalam rawatan pesakit Covid 19 kata seorang menteri kepada Reuters hari ini selepas New Delhi menarik balik larangan mengeksport ubat anti malaria i...
Lebih 100 Bekas Pesakit Covid 19 Di Korea Selatan Dilaporkan Positif Semula

Lebih 100 Bekas Pesakit Covid 19 Di Korea Selatan Dilaporkan Positif Semula

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 312 hits
Korea Selatan pada hari ini melaporkan bahawa sekurang kurangnya 116 orang yang disahkan bebas daripada virus Covid 19 sebelum ini didakwa telah diuji positif semula lapor Daily Mail Korea Selatan pada Isnin baru sahaja melaporkan bahawa te...
Harapan Baharu Plasma Darah Pesakit Pulih Selamatkan Mangsa Covid 19

Harapan Baharu Plasma Darah Pesakit Pulih Selamatkan Mangsa Covid 19

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 262 hits
Dr Jeffery Henderson Profesor Perubatan dan Mikrobiologi Molekul di Washington Universiti Perubatan di Saint Louis Amerika Syarikat mengaku teknik transfusi plasma darah berjaya digunakan sewaktu pandemik selesema 1918 Pandemik ketika itu d...
Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 334 hits
KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wad isolasi dan wad unit rawatan rapi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang merawat pesakit positif COVID 19 adalah tempat yang paling selamat Menurutnya daripada 181 kes...
Covid 19 Bilangan Pesakit Sembuh Terkini

Covid 19 Bilangan Pesakit Sembuh Terkini

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 320 hits
TERKINI COVID19Malaysia 11 April 2020 Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 184 kes Jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1 995 kes bersamaan dengan 44 04 dari jumlah keseluruhan kes positif Terima kasih kepad...
Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Tragic Test Drive Salesman S Negligence And Substance Use Lead To Fatal Crash

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

The Lykov Family 42 Years In Siberian Isolation

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Many More Journalists Must Die Rsf

Singgah Makan Di Food Court Larut Matang Taiping

Bersarapan Di Warung Santai Santai Padu Ahak

Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

Homemade Ayam Percik Resepi Mudah Tapi Sedap

Tabung Emosi Aku Penuh