Bekas Pengarah Kemas Didakwa Luluskan Kertas Kerja Palsu



KOTA BHARU - Bekas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kelantan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meluluskan borang permohonan kertas kerja palsu berjumlah RM15,450 tahun lalu.

Tertuduh, Anuar Mat Zin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Mengikut pertuduhan, tertuduh ketika itu sebagai Pengarah Kemas negeri Kelantan didakwa meluluskan borang permohonan dan justifikasi yang mengandungi butiran palsu berhubung kertas kerja Bengkel Penyelarasan Desa Harapan Kemas Kelantan 2019 berjumlah RM15,450 selama tiga hari bermula 24 hingga 26 Julai 2019 di sebuah hotel di Gua Musang.

Anuar didakwa dengan niat memperdayakan Ketua Pengarah Kemas sedangkan bengkel tersebut dijalankan selama sehari iaitu pada 25 Julai.

Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Pengarah Kemas, Wisma Persekutuan Kota Bharu di sini pada Julai tahun lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Nor Hamizah Ghazali Nor Hamizah mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan pasportnya ditahan selain melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Peguambela tertuduh, Shahidah Muslimah Roslan bagaimanapun memohon ikat jamin sebanyak RM3,000 kerana masih menanggung dua orang anak berusia 19 dan 17 tahun yang masih belajar dan menjaga ibunya berusia 78 tahun yang sudah uzur.

Hakim menetapkan ikat jamin sebanyak RM 7,000 dan mengarahkan pasportnya diserahkan kepada mahkamah serta perlu melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM terdekat.

Tertuduh membayar wang jaminan dan mahkamah menetapkan 7 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes.

#Sumber :  SH  

   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/bekas-pengarah-kemas-didakwa-luluskan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rizal Mansor Rosmah Teima Wang Tunai Rm6 5 Juta Daripada Bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings

Rizal Mansor Rosmah Teima Wang Tunai Rm6 5 Juta Daripada Bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 404 hits
KUALA LUMPUR Datuk Rizal Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menerima wang tunai RM6 5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin sebagai upah memban...
Itu Bukan Syarikat Musa Saya Tak Lulus Permohonan Tanah 20 000 Ekar Kata Bekas Pengarah

Itu Bukan Syarikat Musa Saya Tak Lulus Permohonan Tanah 20 000 Ekar Kata Bekas Pengarah

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 506 hits
Surat permohonan tanah seluas 20 000 ekar di Tongod yang didakwa dimohon syarikat milik Musa Aman pada 1997 yang tersebar di media sosial KOTA KINABALU Bekas pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal menafikan beliau pernah melulusk...
Zahidi Harus Didakwa Sebar Berita Palsu Di Dewan Negara

Zahidi Harus Didakwa Sebar Berita Palsu Di Dewan Negara

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 218 hits
Tak pasti jangan kongsi jadilah pengguna internet yang bijak inilah ayat yang pernah diperingatkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin berhubung penyebaran berita berita di alam maya Malangnya sebagai seoran...
Ketua Pengarah Kesihatan M 039 Sia Dedah Gambarnya Sebagai Coo Syarikat Perlombongan Palsu

Ketua Pengarah Kesihatan M 039 Sia Dedah Gambarnya Sebagai Coo Syarikat Perlombongan Palsu

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 271 hits
Images KONGSI ARTIKEL KUALA LUMPUR Sebuah laman sesawang syarikat perlombongan telah menggunakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi Bagaimanapun Dr Noor Hisham
Trik Menata Ruang Kerja Di Rumah Yang Bikin Wfh Makin Semangat

Trik Menata Ruang Kerja Di Rumah Yang Bikin Wfh Makin Semangat

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 258 hits
Berniat menciptakan ruang kerja di rumah yang senyaman coworking space Ini trik yang bisa dilakukan
Nak Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dapatkan Panduan Ini

Nak Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Dapatkan Panduan Ini

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 467 hits
Habis sahaja belajar perkara utama dalam pemikiran ialah mencari perkerjaan dan sebelum dapat perkerjaan tu perlu melalui proses temuduga terlebih dahulu dan yang paling penting bagaimana hendak lulus temuduga tersebut Ok baik pada kali ini...
Peluang Kerja Di Mekah

Peluang Kerja Di Mekah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 463 hits
Kuala Lumpur Bukan mudah bergelar pemandu tren monorel Tambahan pula perkhidmatan pengangkutan awam itu masih menggunakan 100 peratus khidmat pemandu dari segi kawalan Berkongsi pengalaman seorang pemandu tren monorel Ramli Masdar berkata d...
Kmc Tutup Operasi 2 Warga Kerja Positif Covid 19

Kmc Tutup Operasi 2 Warga Kerja Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 420 hits
Pusat perubatan Kedah Medical Centre menutup operasi selama 3 hari bermula esok bagi membolehkan sesi pembersihan dan sanitasi dilakukan selepas 2 warga kerja hospital disahkan positif Covid 19 Dalam kenyataan hari ini KMC berkata pembersih...
Graduan Perubatan Beralih Kerja Lain Akibat Penangguhan Latihan Amali

Graduan Perubatan Beralih Kerja Lain Akibat Penangguhan Latihan Amali

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 253 hits
Kementerian Kesihatan meningkatkan jumlah peluang latihan amali bagi graduan perubatan daripada 10 835 kepada 12 153 PETALING JAYA Selepas 5 tahun belajar di sekolah perubatan Pang Kah Junn akhirnya mendapat ijazah sarjana muda dalam bidang...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Importance Of Domain Valuation

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan