Bekas Pemimpin Bersatu Umum Tanding Bebas Parlimen Pekan Dun Peramu Jaya


 


PEKAN - Seorang bekas pemimpin bahagian BERSATU, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin, hari ini mengumumkan dia bakal bertanding di kerusi parlimen Pekan dan DUN Peramu Jaya.
Dia yang pernah menjadi timbalan ketua bahagian BERSATU Pekan mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di sini hari ini.
Tengku Zainul yang juga kerabat diraja Pahang berkata, dia dipecat daripada Bersatu pada 22 Jun 2020 susulan tindakannya bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil Chini.
"Saya lebih selesa bergerak sebagai calon bebas kerana kebanyakan parti berkelahi. Jika jadi calon bebas, saya lebih mudah didampingi serta berkhidmat untuk rakyat," katanya.
Dia turut memberitahu akan menggunakan logo rumah jika pencalonannya pada Sabtu ini diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Mungkin saya pakai logo 'rumah' kerana seperti semua tahu, rumah adalah tempat kita semua berteduh, tempat berlindung hujan dan panas.
"Sebab itulah pilih logo 'rumah' supaya rakyat dan pengundi di parlimen dan DUN dapat perlindungan," katanya lagi.
Pernah hilang deposit
Ditanya mengenai kenapa memilih untuk bertanding di Pekan, Tengku Zainul berkata, UMNO dan BN sedang berdepan masalah untuk mengekalkan kerusi berkenaan.
"Seperti yang kita tahu, (bekas) ahli parlimen, Najib Razak, tak boleh bertanding dan kalau mereka (BN) nak letak calon bukannya penduduk yang tinggal di Pekan, mereka akan bermasalah.
"Begitu juga dengan calon daripada parti lain, saya dengar PH pun nak letak calon, PN pun ada calon dan GTA (Gerakan Tanah Air) melalui Pejuang pun nak bertanding.
"Jadi, saya rasa mereka (BN) juga ada masalah untuk pilih calon sesuai untuk diletakkan di sini," katanya.
Tengku Zainul yang bertanding dalam PRK Chini dua tahun lalu tewas dan hilang deposit.
PRK Chini menyaksikan calon BN, Mohd Sharim Md Zain mendapat 13,872 undi, menewaskan Tengku Zainul dan seorang lagi calon bebas, Mohd Shukri Mohd Ramli.
Tengku Zainul meraih 1,222 undi dan Shukri mendapat 137 undi sekali gus menyaksikan kedua-duanya hilang wang deposit. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/10/bekas-pemimpin-bersatu-umum-jadi-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Di Gugur Dap Wong Tack Umum Tanding Bebas Kerusi Parlimen Bentong

Selepas Di Gugur Dap Wong Tack Umum Tanding Bebas Kerusi Parlimen Bentong

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 241 hits
BENTONG Dalam satu langkah penuh dramatik bekas Ahli Parlimen Bentong Wong Tack yang digugurkan oleh DAP sebagai calon di kerusi parlimen itu berkata dia akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke 15 bu...
Amanah Umum Tanding Di Empat Kerusi Parlimen Dan 16 Kerusi Dun Di Pahang

Amanah Umum Tanding Di Empat Kerusi Parlimen Dan 16 Kerusi Dun Di Pahang

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 236 hits
KUANTAN Parti Amanah Negara akan bertanding 16 kerusi Dewan Undangan Negeri dan empat Parlimen di Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Pengerusi AMANAH Pahang Zulkifli Mohamed berkata parti itu menampilkan dua calon wanita di DUN Tanjung Lum...
Naib Ketua Umno Jerantut Umum Mahu Tanding Calon Bebas Di Dun Pulau Tawar

Naib Ketua Umno Jerantut Umum Mahu Tanding Calon Bebas Di Dun Pulau Tawar

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 163 hits
JERANTUT Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut Datuk Ridzuan Mansor 48 melakukan kejutan apabila memilih untuk bertanding sebagai calon Bebas di Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Ridzuan yang juga memangku Timbalan ...
Lima Penjuru Di Parlimen Pekan Calon Pejuang Di Dun Pulau Manis Di Tolak

Lima Penjuru Di Parlimen Pekan Calon Pejuang Di Dun Pulau Manis Di Tolak

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 141 hits
PEKAN Kerusi parlimen Pekan menyaksikan pertandingan lima penjuru dalam PRU 15 Mereka ialah Dato Sri Sh Mohamed Puzi Sh Ali Mohd Fadhil Noor Abdul Karim Mohd Naim Zainal Abidin Dato Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohammad Radhi Abdu...
Perikatan Perak Umum Tanding Semua Dun

Perikatan Perak Umum Tanding Semua Dun

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 174 hits
PERIKATAN Nasional Perak hari ini mengumumkan akan bertanding di kesemua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke 15 Setiausaha PN Perak Fadzi Paharudin berkata Bersatu akan bertanding di 26 kerusi manakala PAS dan Ge
Pru 15 Rara Kecewa Wong Tuck Umum Tanding Bebas Lawan Beliau Di Bentong

Pru 15 Rara Kecewa Wong Tuck Umum Tanding Bebas Lawan Beliau Di Bentong

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 222 hits
KUALA LUMPUR Bakal calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Bentong Young Syefura Othman kecewa apabila penyandang Parlimen itu Wong Tack mahu menentangnya pada Pilihan Raya Umum ke 15 sebagai calon Bebas Bagaimanapun Young Syefura yang juga pen...
Dap Tanding 8 Kerusi Parlimen 19 Dun Di Perak

Dap Tanding 8 Kerusi Parlimen 19 Dun Di Perak

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 193 hits
freemalaysiatoday comPada pilihan raya umum 2018 DAP hanya bertanding tujuh kerusi Parlimen di Perak PETALING JAYA DAP akan bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN di Perak pada pilihan raya umum ke 15 Pengerusi DAP Perak Nga ...
Bn Perak Umum 4 Lagi Calon Dun Makkal Sakti Tanding Di Jelapang

Bn Perak Umum 4 Lagi Calon Dun Makkal Sakti Tanding Di Jelapang

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 180 hits
malaysiakini comBarisan Nasional akhirnya mengumumkan calon bagi empat kerusi DUN Aulong Jelapang Sungkai dan Buntong di Perak Ini selepas Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad Saarani pada awal hari ini hanya mengumumkan 55 calon daripada 59 ...
Pkr Umum Nik Omar Tanding Di Perak

Pkr Umum Nik Omar Tanding Di Perak

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 205 hits
Alyaa Alhadjri Hariz MohdPKR hari ini mengumumkan anak Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Omar sebagai calon parti itu dalam PRU15 kali ini dan akan diletakkan di Perak Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Anwar IBrahim dalam s...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah