Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun


Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun dan dikenakan sebatan sebanyak 146 kali. Agak mengejutkan apabila kita membaca tajuk berita ini bukan. Tapi inilah realitinya. Dan ia memang berlaku di Malaysia.
Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun Bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dihukum penjara selama 584 tahun dan dikenakan 146 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Melaka hari ini terhadap 146 pertuduhan membabitkan kes pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta.
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap Mohd Hanafi Ismail, 31, sebaik tertuduh membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membacakan semua pertuduhan dan fakta kes terhadapnya yang mengambil masa kira-kira dua jam.
Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun dari tarikh jatuh hukum bagi setiap pertuduhan dan kesemua hukuman itu berjalan serentak dan satu sebatan bagi setiap 146 pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan yang ketika itu bertugas sebagai pembantu tadbir dan mempunyai penguasaan harta iaitu peruntukan biasiswa pelajar sekolah di negeri terbabit melakukan pecah amanah jenayah berkaitan harta berkenaan apabila dengan curang menyalahgunakannya.
Kesalahan itu dilakukan secara berperingkat antara 23 Januari 2017 hingga 21 Disember tahun lalu, membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM2.404 juta.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Unit Kewangan TAPEM di Bangunan Kota Cemerlang, Ayer Keroh.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irwan Shah Abdul Samat manakala tertuduh diwakili peguam Emirul Sarifudin Nor Azmi.
Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan turut memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan jumlah direkodkan tinggi, yang sepatutnya disalurkan kepada pelajar golongan asnaf lebih layak.
Irwan turut menyatakan bahawa tiada sebarang baki daripada akaun itu dapat dipulangkan atau berjaya dirampas oleh SPRM.
Mengikut fakta kes, Mohd Hanafi yang ketika itu bertugas sebagai kerani dengan lantikan kontrak perjawatan pembantu tadbir menyalahgunakan harta dengan memasukkan peruntukan biasiswa pelajar ke dalam pelbagai akaun bank miliknya, perniagaannya, rakan dan keluarga sepanjang tempoh berkenaan.
Sementara itu, Mohd Nasir dalam penghakimannya menegur tertuduh supaya bertaubat dengan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan dan memulangkan wang yang diseleweng itu kepada kerajaan Malaysia jika ada, kerana dalam al-Quran ada menyebut, mengambil harta anak yatim adalah haram dan berdosa besar.
Tertuduh ditahan reman oleh SPRM pada 12 Januari lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan dan didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan sama, 28 Oktober lalu. -Metro Online-
The post Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun appeared first on Berita Viral Terkini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://beritaviralterkini.com/bekas-pembantu-tadbir-dipenjara-584-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rembat Dana Biasiswa Pelajar Sekolah Rm2 4 Juta Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun 146 Sebatan

Rembat Dana Biasiswa Pelajar Sekolah Rm2 4 Juta Bekas Pembantu Tadbir Dipenjara 584 Tahun 146 Sebatan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 545 hits
The ReporterMahkamah Sesyen Melaka hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama 584 tahun dan 146 sebatan terhadap bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka atas pertuduhan kes pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah be...
Lelaki Pecah Amanah Dipenjara Selama 584 Tahun Dan Sebat 146 Kali Sebatan

Lelaki Pecah Amanah Dipenjara Selama 584 Tahun Dan Sebat 146 Kali Sebatan

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 967 hits
Mengambil harta orang tanpa keizinan adalah satu perbuatan yang berdosa dan lebih lebih lagi harta anak anak yatim Sebagai orang Islam si pelaku yang melakukan perbuatan sewajar dihukum mengikut kesalahnnya Itulah yang berlaku terhadap seor...
Lelaki Setia Menunggu 13 Tahun Untuk Bekas Isteri Sedia Kahwin Semula

Lelaki Setia Menunggu 13 Tahun Untuk Bekas Isteri Sedia Kahwin Semula

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 600 hits
Penantian 13 Tahun Untuk Disatukan Semula Dengan Bekas isteri Akhirnya Tercapai Lelaki Setia Menunggu 13 Tahun Untuk Bekas Isteri Sedia Kahwin Semula Semuanya ketentuan Tuhan Setelah 13 tahun berpisah pasangan petani Shamsuddin Kasdi dan Ma...
Lelaki Pedo Dipenjara 17 Tahun Ditemui Mati Dalam Penjara

Lelaki Pedo Dipenjara 17 Tahun Ditemui Mati Dalam Penjara

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 565 hits
Lelaki pedo dipenjara 17 tahun ditemui mati dalam penjaraSeorang lelaki pedofilia yang dihukum penjara 17 tahun kerana mendera bayi dan kanak kanak ditemui mati dalam penjara Jared Perry ditemui mati pada 3 November ketika ditahan di Parc P...
Baru Keluar Penjara Jun Lalu Pengasuh Sumbat Cili Hijau Ke Dalam Mulut Budak Sehingga Mati Dipenjara Semula 10 Tahun

Baru Keluar Penjara Jun Lalu Pengasuh Sumbat Cili Hijau Ke Dalam Mulut Budak Sehingga Mati Dipenjara Semula 10 Tahun

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 589 hits
Seorang pengasuh yang baru selesai menjalani hukuman penjara Jun lepas atas kesalahan menyumbat cili hijau ke dalam mulut seorang kanak kanak sehingga mati tercekik dihantar semula ke penjara selepas Mahkamah Rayuan di sini menambah hukuman...
Sabah Senarai Enam Spesies Ikan Baru Terancam Tahun Ini

Sabah Senarai Enam Spesies Ikan Baru Terancam Tahun Ini

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 408 hits
Jabatan Perikanan Sabah memaklumkan spesies ikan terancam terbaru itu melibatkan empat spesies ikan yu dan dua spesies ikan pari Foto oleh Julia ChanSANDAKAN 8 Nov Jabatan Perikanan Sabah menyenaraikan enam spesies ikan terancam terbaharu d...
Budak 7 Tahun Meninggal Didera Senior Sekolah Tahfiz Tak Berlesen

Budak 7 Tahun Meninggal Didera Senior Sekolah Tahfiz Tak Berlesen

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 665 hits
Baru je dua hari lepas kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah dikejarkan ke hospital gara gara disimbah air panas dan dipaksa makan tahi kucing Semalam seorang pelajar Maahad Tahfiz di Lanchang Pah...
Tak Terasa Udah Menikah 11 Tahun Begini Perjalanan Cinta Ashraf Dan Bunga Citra Lestari

Tak Terasa Udah Menikah 11 Tahun Begini Perjalanan Cinta Ashraf Dan Bunga Citra Lestari

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 455 hits
Berawal dari salah sebut nama pasangan ini sukses membangun rumah tangga bahagia dan tanpa desas desus miring
Lagu Paling Popular Tahun 1995 Di Malaysia

Lagu Paling Popular Tahun 1995 Di Malaysia

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 1009 hits
GALAKSI VIRAL Tahun 1995 merupakan tahun kegemilangan Diva Pop Malaysia Ziana Zain kerana banyak kejayaan beliau telah kecapi pada tahun ini Komposer Saari Amri pula merupakan komposer paling popular pada tahun ini Tahun ini juga boleh dika...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Hiburan Orang Ketiga Pinned Gambar Anak Anak Isteri Nubhan Luah Rasa Hati Tak Perlu Beria Sangat Wahai Orang Luar

Kari Daging Peria Goreng Berlada Untuk Lunch Hari Ini

Benarkah Konvensyen Amanah Hari Ini Tegang

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham