Lagu Paling Popular Tahun 1995 Di Malaysia
GALAKSI VIRAL - Tahun 1995 merupakan tahun kegemilangan Diva Pop Malaysia Ziana Zain kerana banyak kejayaan beliau telah kecapi pada tahun ini. Komposer Saari Amri pula merupakan komposer paling popular pada tahun ini. Tahun ini juga boleh dikatakan tahun kegemilangan irama muzik Melayu Malaysia kerana banyak album terjual lebih 20,000 unit ke atas tidak kira artis solo mahupun berkumpulan. Irama muzik pada tahun ini juga masih variasi sejak tahun 1992 di mana pelbagai genre muzik telah muncul daripada pelbagai artis tempatan. Namun, yang paling ketara ialah irama Dangdut yang mula menunjukkan pengguasaannya di pasaran muzik tempatan pada tahun ini. Jom kita lihat lagu manakah yang dinobatkan sebagai Lagu Paling Popular Tahun 1995 di Malaysia.
TOP 12LAGU MALAYSIA PALING POPULARTAHUN 1995
01. RINDU Artis : AmelinaKomposer : DarwisPenulis Lirik : DarwisAlbum : AmelinaTahun : 14 Disember 1994Catatan :
Amelina adalah Artis Baru Paling Popular tahun 1995. Ini adalah disebabkan fenomena lagu Rindu Ah Ah yang menjadi kegilaan ramai peminat pada tahun itu. Album pertama Amelina telah booommm di pasaran tempatan dan banyak lagu dalam album ini menjadi popular sehingga ianya terjual lebih 200,000 unit di pasaran tempatan. Lagu ini tidak pernah dicalonkan di dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995. Namun yang pastinya, lagu Rindu Ah Ah adalah lagu Amelina paling meletop pada tahun itu dan seterusnya menjadi lagu paling popular tahun 1995. Sungguhku tak mampu, menahan rindu.. Aahh.. Aahh..
02. LAMUNAN TERHENTIArtis : Aris AriwatanKomposer : Saari AmriPenulis Lirik : Saari AmriAlbum : Aris Tahun : 1994 (Single)Catatan :
Lagu ini mencatat rekod tersendiri di dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995 apabila berjaya menjadi juara carta selama 17 minggu tidak berturutan dan berada di dalam carta selama 32 minggu. Lagu irama Balada ini sememangnya calon kegemaran untuk menang Anugerah Juara Lagu 1995. Namun ianya kalah kepada lagu Aishah Cinta Beralih Arah. Album ini juga terjual lebih 200,000 unit di pasaran tempatan pada tahun itu. Ku singkap... kenangan dulu.. sewaktu.. cinta berputik..
03. BERSAMA AKHIRNYAArtis : Ziana ZainKomposer : Johari TehPenulis Lirik : Johari TehAlbum : Setia Ku Di Sini Tahun : 09 Jun 1995Catatan :
Lagu ini merupakan salah satu lagu tema di dalam filem Sembilu 2. Lagu ini juga merupakan lagu Balada Ziana yang sangat popular pada tahun 1995 sehingga album ini telah berjaya terjual lebih 150,000 unit. Menerusi album ini juga, Ziana telah diangkat sebagai Artis Paling Popular tahun 1995 dan bermulalah siri kehidupan Ziana sebagai salah seorang Legenda Muzik Tanah Air yang sangat mashyur dan terkenal di Malaysia sehingga kini. Jika lagu ini dicalonkan awal dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995, berkemungkinan lagu ini boleh ke final Anugerah Juara Lagu 1995. Lagu ini berada di dalam Carta Muzik Muzik 1995/1996 selama 30 minggu dan pernah menjuarai carta selama 6 minggu tidak berturutan. Dalam rindu... ku genggami warkah... cinta itu.. yang penuh duka...
04. TRAGEDI OKTOBERArtis : AwieKomposer : Boon TanPenulis Lirik : AwieAlbum : AwieTahun : 1994Catatan :
Lagu Tragedi Oktober adalah lagu pertama Awie yang menjadikan beliau sebagai Artis Lelaki No.1 Malaysia tahun 1995. Album pertama beliau ini merupakan album lelaki paling laris sepanjang masa di Malaysia iaitu terjual lebih 220,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam carta lagu Muzik Muzik 1994/1995 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 18 minggu. Lagu ini juga unik kerana menggunakan nama bulan Oktober sebagai tajuk dan lirik lagu. Sesalan aku hanya.. untukmu sayang...
05. YANG TERINDAH HANYA SEMENTARAArtis : Erra FaziraKomposer : RizaPenulis Lirik : Habsah HassanAlbum : Aku Dan DiaTahun : 1995Catatan :
Lagu ini adalah lagu Balada Terbaik di sepanjang karier Erra Fazira. Malah ia juga merupakan lagu Erra paling popular dan disukai sehingga kini. Kewujudan lagu ini telah membuktikan yang Erra sangat berbakat besar di dalam bidang nyanyian dan mempunyai tone suara yang tersendiri. Album ini telah terjual lebih 50,000 unit pada tahun itu. Lagu pernah menjadi juara Carta Muzik Muzik 1995/1996 selama 5 minggu dan berada di dalam carta selama 29 minggu. Tak rela ku turutkan hati... menyesali apa terjadi....
06. ENGGANArtis : Fauziah LatiffKomposer : Asmin MudinPenulis Lirik : Asmin MudinAlbum : Tahun : 1995Catatan :
Lagu Enggan ini telah membuktikan yang Fauziah Latiff adalah artis paling konsisten mengeluarkan lagu Hits No.1 di sepanjang era 90 an. Lagu ini sangat popular di radio dan kerap diminta oleh peminat rancangan Pilihan Bersama Radio Muzik pada tahun itu. Sebutan nyanyian Fauziah Latiff di dalam lagu ini juga sangat jelas dan terang. Album ini telah terjual lebih 50,000 di pasaran tempatan. Selain itu, lagu ini juga pernah menjadi juara Carta Muzik Muzik 1994/1995 selama 5 minggu dan berada di dalam carta selama 15 minggu. Enggan berterusan.. dalam penasaran... dalam kegelapan ku tercari...
07. DI PINTU MAHLIGAIArtis : IklimKomposer : IklimPenulis Lirik :S.Amin ShahabAlbum : IklimTahun : 19 Ogos 1994Catatan :
Populariti lagu ini telah membuktikan yang kumpulan Iklim adalah salah satu kumpulan Pop Rock Malaysia yang sangat hebat dan sentiasa mempunyai lagu hits untuk setiap album baru mereka terbitkan ketika itu. Antara kejayaan lagu ini ialah berjaya masuk ke peringkat akhir Konsert Pujaan 10 Nescafe 1995 dan menjadi finalis Anugerah Juara Lagu 1995. Album ini juga telah berjaya terjual lebih 200,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 25 minggu. Puteri di pintu mahligai....
08. PASTIArtis : Ning BaizuraKomposer : Jari Penulis Lirik : Ning Baizura Album : NingTahun : 1994Catatan :Lagu ini diingati kerana video muziknya yang stylo dan lagu berentak R&B moden untuk tahun itu. Ditambah dengan kelunakan vokal Ning yang hebat itu, ianya telah menjadikan lagu ini sebagai salah satu lagu R&B paling popular tahun 1995 dan juga di sepanjang era 90 an. Album kedua Ning ini terjual lebih 100,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 21 minggu. Sayang... kehadiranmu sisi.... Pastiiii
09. SEBAK Artis : U.K'sKomposer : Saari AmriPenulis Lirik : Lukhman.SAlbum : Tajam MenikamTahun : 1994Catatan :
Lagu Sebak ini cuba mengulangi kehebatan lagu Seksa Ukays. Lagu ini memang sangat popular tapi masih tidak dapat menyaingi populariti lagu Seksa. Album ini mempunyai banyak lagu malar segar yang masih popular sehingga kini seperti lagu Pahit Manis Akhirnya, Si Rthym Jantung Hati, Kekasihku dan banyak lagi. Album ini terjual lebih 250,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 18 minggu. Menangiisssss.. sebak...
10. KERANA TERLUKAArtis : Nurul WahabKomposer : Toyak Penulis Lirik : JuwieAlbum : NurulTahun : 1995Catatan :
Pada awal kemunculan Nurul, beliau dikatakan kembar kepada Diva Pop Ziana Zain. Ianya mungkin kerana kedua-duanya mempunyai vokal nada tinggi yang sangat hebat dan mampu menyanyikan sesuatu lagu secara live dengan baik sekali. Lagu Kerana Terluka sememangnya menguji vokal Nurul kerana banyak bahagian lagu ini yang bernada tinggi. Di tambah dengan melodi lagu yang baik dan lirik yang shahdu, jadi tidak menghairankanlah apabila lagu ini menjadi fenomena dan sangat popular di kalangan muzik tempatan ketika itu. Album Nurul juga berjaya terjual lebih 25,000 unit di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995 ialah No.3 dan berada di dalam carta selama 3 minggu. Kiranya tempias... membahasi jendelamu... itulah airmata yang jatuh ke pipiku...
11. TAK MUNGKIN BERPALINGArtis : SlamKomposer : Saari AmriPenulis Lirik : Azam DungunAlbum : Kesan TerbuktiTahun : 1995Catatan :
Lagu ini merupakan single ketiga kumpulan Slam yang betul-betul meletop di pasaran muzik tempatan ketika itu. Sebelum itu, lagu Kembali Terjalin dan Nur Kasih sudah sangat popular di kalangan peminat tempatan. Namun kehadiran lagu Tak Mungkin Berpaling ini telah menambah perisa kehangatan fenomena kumpulan Slam pada tahun itu dan menyebabkan album ini laris sehingga lebih 200,000 unit terjual di pasaran tempatan. Kedudukan terbaik lagu ini di dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 16 minggu. Tak mungkin ku berpaling... padamu yang meracuni...
12. KINI
Artis : FemininKomposer : Edry & YusryPenulis Lirik : YusryAlbum : KiniTahun : 1994Catatan :Lagu ini sememangnya sangat popular pada tahun 1995. Boleh dikatakan hampir sepanjang tahun video muzik lagu ini dimainkan di saluran TV tempatan ketika itu. Album ini telah berjaya terjual lebih 100,000 unit di pasaran muzik tempatan. Kedudukan terbaik lagu dalam Carta Muzik Muzik 1994/1995 ialah No.2 dan berada di dalam carta selama 6 minggu. Kini hanyalah... tinggal kenangan... tiada ku rasa... dalam genggaman..
-----------------------------------------------------------------------------------------------TRIVIA GV : Pada tahun ini juga terdapat empat lagi lagu yang turut menjadi evergreen dan menjadi lebih popular daripada tahun asal lagu ini diterbitkan. Lagu itu adalah lagu Seribu Impian (Casey), Kau Ilhamku (Man Bai), Bagaikan Puteri (Farra) dan Mengapa (Nicky Astria).
Antara artis baru tahun ini yang masih popular sehingga kini ialah Sheeda (Angkat Kaki/ Gegar Vaganza 2015), Haiza (Dag Dig Dug/ Gegar Vaganza 2015), Ayie Illusi (album solo pertama/Juara Gegar Vaganza 2014), Zarul Umbrella (Bukalah Hatimu/Gegar Vaganza 2017), Maya (Matahari/Gegar Vaganza 2018), Noryn Aziz (ahli kumpulan Sister Sister/ Juara Gegar Vaganza 2018), Mazleela (Tabah/Gegar Vaganza 2019), Kool (Bebas/Gegar Vaganza 2019), A To Z (Berdendang), Shades (Malam), Shajiry (Orang Kita), Haida (Manis Masa Bercinta), Min Malik (Flora Cinta), Wan Hardiah (Tertutup Buatmu), Hawa (Bisa Semalam), Hasnita (Menyesal), Siti Musliha (Hujan Airmata), Zaid (Menjulang Kasih), Kumpulan Stings, Kumpulan EYE, Kumpulan Legacy, Kumpulan Slash dan Kumpulan Leon.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
LAGU INDONESIAPALING POPULAR DI MALAYSIA
DINDA DI MANA
Artis: Katon Bagaskara
Ciptaan : Katon BagaskaraAlbum : Katon BagaskaraTahun : 1993 (Indonesia) Catatan :Walaupun Nicky Astria (penyanyi Indonesia) telah mengeluarkan single debut meletop beliau di Malaysia berjudul Mengapa pada tahun 1995. Namun lagu itu adalah ciptaan komposer Malaysia iaitu Ly dan Baiduri. Untuk lagu yang originalnya ciptaan Indonesia, lagu Dinda Di Mana (ciptaan Katon sendiri) merupakan lagu Indonesia paling popular di Malaysia pada tahun itu. Selain itu, antara penyanyi Indonesia yang lain turut popular di Malaysia pada tahun itu ialah Nike Ardilla, Ruth Sahanaya, Broery Marantika (Hati Yang Terluka) dan Poppy Mercury (Satukan Kita Berdua).
----------------------------------------------------------------------------------------------------
LAGU ANTARABANGSAPALING POPULAR DI MALAYSIA
ZOMBIE
Artis: The CranberriesAlbum : No Need To ArgueTahun : 1994Catatan :Lagu Zombie ini adalah merupakan lagu antarabangsa paling popular di Malaysia tahun 1995. Boleh dikatakan saban hari lagu ini dimainkan di corong-corong radio ketika itu. Teknik nyanyian vokal Dolores di dalam lagu ini juga menjadi ikutan untuk penyanyi alternatif tanah air pada tahun seterusnya iaitu Abot, Alfira dan Noryn Aziz. Lagu Zombie ini sebenarnya menceritakan kisah perang yang pernah berlaku suatu ketika dahulu di Eropah. Namun ianya telah disalah anggap oleh segelintir pihak bahawa lagu ini memuja hantu pada ketika itu. Kini lagu Zombie masih lagi popular di seluruh dunia dan kerap dinyanyikan oleh peserta di pertandingan antarabangsa seperti The Voice dan X-Factors. What's in your head... zombieee....
GALAKSI VIRALBlog Hiburan Informasi Kababoomhttps://galaksiviral.blogspot.my/
Sumber : Google Image
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://galaksiviral.blogspot.com/2019/11/lagu-paling-popular-tahun-1995-di.html