Bekas Pegawai Wisma Putra Bidas Duta As Ke Malaysia


Oleh MOHD FADHLI MOHD SULAIMAN BRIAN MCFEETERSKUALA LUMPUR: Seorang bekas pegawai kanan Wisma Putra mempersoalkan kenyataan dikeluarkan oleh Duta Amerika Syarikat (AS) ke negara ini, Brian McFeeters mengenai peranan Kementerian Luar dalam satu temubual dengan media tempatan baru-baru ini.
Ia berkenaan kenyataan McFeeters bahawa hubungan Washington-Kuala Lumpur menerusi Kementerian Luar Negeri adalah ‘jauh lebih baik berbanding 10 tahun lalu’.
Pada masa sama, Duta itu membangkitkan `kesibukan’ Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang katanya perlu dibantu oleh orang sekeliling untuk menjalankan tugasnya sebagai menteri.
Bercakap kepada Utusan Online, bekas pegawai yang enggan dinamakan itu turut menyifatkan kenyataan sedemikian berniat untuk `mencari publisiti’ dan menghantar isyarat kepada negara lain yang mengikuti jalinan hubungan antarabangsa secara rapat antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
“Duta ini perlu menjelaskan apa yang beliau maksudkan. Pelbagai inisiatif telah diusahakan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (selama ini) termasuklah dalam ekonomi dan pelaburan serta pendidikan.
“Adakah beliau bermaksud bahawa hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat sebelum ini tidak baik dan adakah beliau juga bermaksud pendahulunya (menteri sebelum Hishammuddin) gagal menjalankan tugas mereka?
“Selain itu, nampaknya beliau cuba menunjukkan bahawa Menteri Kanan Luar Negeri kita tidak mempunyai pegawai berkebolehan dan kakitangan untuk menyokongnya,” soalnya hari ini.
McFeeters dalam satu temubual bersama media tempatan baru-baru ini menyentuh mengenai prestasi Hishammuddin yang kini bertanggungjawab dalam kluster keselamatan, sekali gus akan membantu Perdana Menteri dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Dalam temubual itu, Duta Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur dipetik sebagai berkata: “Kami sedang menunggu untuk mempelajari bagaimana ia (Kementerian Luar Malaysia) berfungsi. Kami mempunyai hubungan baik dengan Kementerian Luar Negeri berbanding 10 tahun yang lalu. Kami dahulunya tidak mempunyai hubungan yang lebih rapat.
“Saya mengharapkan perkara itu berterusan. Seseorang seperti Menteri Hishammudin sudah sibuk dan sekarang dia akan menjadi lebih sibuk. Mudah-mudahan, dia mempunyai orang di sekelilingnya yang dapat menolong semua tugas tersebut.”
Menyorot semasa pentadbiran bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan Donald Trump, bekas pegawai kanan itu berkata pentadbiran kedua-dua pemimpin dengan Kuala Lumpur berjalan dengan baik.
Ini dibuktikan semasa sesi lawatan Obama ke Malaysia dan semasa menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur pada tahun 2014 dan 2015, malah Kuala Lumpur ketika itu menerima tiga Setiausaha Negara Amerika Syarikat berbeza iaitu Hillary Clinton, John Kerry and Rex Tillerson.
“Jadi, di mana dan bila ia lebih baik sekarang? Pada masa itu juga pelbagai inisiatif dan kerjasama antara pentadbiran Najib dengan Amerika Syarikat di bawah kedua-dua pentadbiran Obama dan Trump.
Antara lain, katanya, Donald Trump turut menjemput Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri pada masa itu untuk satu sidang mesyuarat di White House.
“Kunjungan ini hanya satu daripada kebanyakan contoh dan sudah cukup membuktikan hubungan dua hala antara negara sangat baik pada masa itu.
“Kedua-dua negara menghargai dan mengalu-alukan peningkatan interaksi antara dua negara termasuk pelbagai pertukaran lawatan di peringkat Kabinet malah mendorong dialog berterusan di pelbagai peringkat.
“Kedua-dua pihak juga bertekad untuk meneruskan pelaksanaan perkongsian secara komprehensif melalui rundingan berkala,” katanya.
Selain itu, kata bekas pegawai kanan Wisma Putra itu lagi, Obama turut memuji peranan utama Malaysia dalam memudahkan proses perdamaian Bangsamoro di selatan Filipina yang membawa kepada pemeteraian perjanjian komprehensif di wilayah autonomi Islam negara itu baru-baru ini.
Jelasnya, terdapat hubungan ekonomi yang kuat antara Malaysia dan Amerika Syarikat termasuk hubungan bilateral selain Amerika Syarikat sendiri merupakan sumber pelaburan asing terbesar ketika itu.
Jelasnya lagi, Obama dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut meraihkan kejayaan program Fulbright English Teaching Assistant (ETA) yang merupakan program kerjasama Malaysia dan Amerika Syarikat dengan penyertaan seramai 14 orang guru didatangkan khas dari Amerika Syarikat.
“Kedua-dua pemimpin menyamakan program ini dengan program Peace Corps yang berjalan selama dua dekad di Malaysia malah bersetuju supaya program ini dipanjangkan selama tiga tahun tetapi dihentikan secara tiba-tiba kepada program pada bulan Mac tahun lalu akibat pandemik Covid-19,” katanya.
Bekas pegawai kanan itu turut mengulas mengenai inisiatif bersama lain iaitu lapan pusat Lincoln Corners di enam negeri di Malaysia, dan Kuala Lumpur berperanan sebagai tuan rumah bagi ratusan program pendidikan dan mempromosikan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
Katanya lagi, Malaysia juga mempunyai hubungan di peringkat universiti dan kedua-dua pihak negara komited untuk meningkatkan kerjasama penyelidikan dan kajian antara institusi pengajian tinggi di negara ini dan Amerika Syarikat.
“Mereka juga menekankan pentingnya meningkatkan keupayaan belia terutama dalam mempromosikan keusahawanan, perlindungan alam sekitar, pendidikan, dan penyertaan sivik di Malaysia dan di seluruh wilayah, termasuk melalui program seperti Pusat Inovasi dan Kreativiti Malaysia (MaGIC) dan kegiatan di bawah Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI).
“Selain itu, kekayaan warisan budaya negara juga dipamerkan melalui pertukaran pameran di muzium dan galeri seni di kedua-dua negara selain penubuhan Yayasan Malaysia-Amerika (MAF),” katanya.
Dalam pada itu, bekas pegawai kanan Wisma Putra itu berharap hubungan dua hala yang baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat berterusan dalam keadaan yang sangat mencabar akibat pandemik Covid-19 waktu ini.
“Bagaimanapun, untuk mengatakan hubungan dua hala antara negara adalah lebih baik berbanding 10 tahun lalu adalah mengelirukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/bekas-pegawai-wisma-putra-bidas-duta-as.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Foto Pesona Kohinoor Bekas Ratu Cantik Malaysia Yang Ditahan Polis Kerana Dadah

5 Foto Pesona Kohinoor Bekas Ratu Cantik Malaysia Yang Ditahan Polis Kerana Dadah

papar berkaitan - pada 14/7/2021 - jumlah : 323 hits
Akhirnya teka teki siapkah bekas ratu cantik Malaysia yang ditahan polis semalam terjawab Kohinoor Damodaran Kaittiani 29 juga dikenali dengan nama Kohinoor Kaur didakwa di mahkamah majistret Petaling Jaya hari ini dengan menumbuk seorang p...
Misi Bantuan Kemanusiaan Umno Lakar Kebanggaan Buat Negara Duta Malaysia Di Jordan Video

Misi Bantuan Kemanusiaan Umno Lakar Kebanggaan Buat Negara Duta Malaysia Di Jordan Video

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 359 hits
Misi Bantuan Kemanusiaan UMNO Lakar Kebanggaan Buat Negara Duta Malaysia Di Jordan VIDEO AMMAN 18 Julai Kejayaan Misi Bantuan Kemanusiaan Palestin yang diterajui oleh Biro Kebajikan UMNO Malaysia dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat...
Iran Rancang Tingkatkan Import Minyak Sawit Dari Malaysia

Iran Rancang Tingkatkan Import Minyak Sawit Dari Malaysia

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 284 hits
Iran merancang untuk meningkatkan import minyak sawit dari Malaysia sehingga mencecah satu juta tan dan ke atas setiap tahun dalam usahanya memenuhi permintaan yang dijangkakan semakin bertambah dalam beberapa tahun akan datang Kedutaan Ira...
3 Cara Belajar Menjalankan Bisnes Ais Krim Di Malaysia

3 Cara Belajar Menjalankan Bisnes Ais Krim Di Malaysia

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 421 hits
Artikel ni ditulis sebagai jawapan balas kepada komen yang ditinggalkan oleh pembaca untuk artikel bertajuk yang pernah diterbitkan dalam blog ini sebelum ini Kebiasaannya saya memang akan abaikan sahaja sebarang komen komen yang lebih kepa...
Malaysia Bakal Lahirkan Generasi Buta Sosial

Malaysia Bakal Lahirkan Generasi Buta Sosial

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 339 hits
PETALING JAYA Malaysia berisiko menghadapi generasi hilang apabila golongan muda kini hanya mengikuti pembelajaran secara dalam talian yang turut dikhuatiri membentuk generasi buta sosial pada masa hadapan Sehubungan itu tokoh pendidikan Tu...
T21g10 Aiskrim Malaysia Bubur Kacang Versi Mummy

T21g10 Aiskrim Malaysia Bubur Kacang Versi Mummy

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 425 hits
Semalam Mummy buat bubur kacang durian Banyak juga yang Mummy buat sehinggakan banyak yang berbaki Memandangkan masih ada banyak baki bubur kacang durian tersebut Mummy mengambil keputusan untuk menjadikannya aiskrim Malaysia Kolaj gambar A...
Bukan Malaysia Sahaja Negara Lain Turut Catat Peningkatan

Bukan Malaysia Sahaja Negara Lain Turut Catat Peningkatan

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 228 hits
Oleh MOHD RASDAN AHMAD Ismail SabriPETALING JAYA Trend peningkatan kes positif Covid 19 bukan sahaja berlaku di Malaysia malah turut berlaku di negara negara jiran termasuk Indonesia dan Thailand Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail S...
Doakanlah Kesejahteraan Malaysia

Doakanlah Kesejahteraan Malaysia

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 132 hits
Oleh AMREE AHMAD TANGKAP layar memaparkan Zulkifli Mohamad al Bakri memimpin bacaan doa ketika sesi bersama bakal jemaah haji Malaysia di Arab Saudi secara maya hari ini PUTRAJAYA Kesemua 263 orang bakal jemaah haji Malaysia di Arab Saudi d...
Malaysia Diramal Cecah 24 000 Kes Covid 19 Sehari Pada September Ini

Malaysia Diramal Cecah 24 000 Kes Covid 19 Sehari Pada September Ini

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 340 hits
July 16 2021 Malaysia diramal akan mencapai tahap kemuncak penularan Covid 19 pada pertengahan September dengan 24 000 kes positif sehari Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan unjuran kadar kebolehjang...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean