Setia Kepada Perjuangan Bukan Kepada Parti Isyarat Tun M Mahu Menukar Bersatu Kepada Umno 2 0




Semalam, ketika berucap di Pesta Demokrasi di Petaling Jaya,  Tun Mahathir Mohamad menyeru mereka yang bergelar penyokong agar tidak buta-buta menjadi setia kepada mana-mana parti.


Mereka sebaliknya, kata Perdana Menteri, hendaklah setia kepada perjuangan sesebuah parti itu.


Walaupun tidak meyebut secara khusus, kata-kata Tun Mahathir itu dipercayai sebagai merujuk dan mengalu-alukan kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam Bersatu.


Bagaimanapun, jika diimbas kembali ketika bersama UMNO dahulu, apa yang kerap disebut oleh Tun Mahathir ialah seseorang itu mesti setia kepada parti dan bukan taksub kepada pemimpin.


Dengan beliau sendiri akhirnya terbukti tidak setia kepada UMNO yang pernah menjadikannya Perdana Menteri selama 22 tahun, tetapi sanggup keluar parti itu sebanyak dua kali dan kemudian mengalahkannya pada PRU14 lalu, nada Tun Mahathir jelas berbeza ketika ini.


Yang diminta sekarang oleh beliau bukan setia kepada parti dan bukan  juga setia kepada pemimpin, tetapi hanya kepada perjuangan.


Apakah pendirian Tun Mahathir sudah tidak sama antara dulu dan sekarang serta apakah bentuk serta jenis perjuangan yang mesti seseorang itu curahkan kesetiaannya?


Taksub dan setia kepada pemimpin memang tidak digalakkan, tetapi kenapakah tiba-tiba Tun Mahathir juga menyeru disisihkan sama sekali kesetiaan kepada parti?


Kalau diperhalusi, pendirian Tun Mahathir sebenarnya tidak jauh berbeza. Dahulu ketika meminta mesti setia kepada parti, beliau ketika itu adalah Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang punya kelebihan untuk membeli kesetiaan sesiapa saja.


Sekarang, apabila meminta hanya setia kepada perjuangan dan bukan lagi kepada parti, maksudnya tidak lain semua orang harus bersama-sama dengan apa yang diperjuangkannya dalam Bersatu.


Semua ini bermula apabila beliau agak kecewa kerana Bersatu hanya menang 13 kerusi Parlimen saja dalam PRU14 lalu berbanding 52 kerusi yang ditandingi.


Ia jelas suatu keadaan yang memalukan berbanding PKR yang menang 47 kerusi dan DAP 42 kerusi.


Ia dengan sendirinya menjadikan Tun Mahathir dipilih sebagai Perdana Menteri hanya kerana persefahaman serta restu rakan-rakan dalam PH, bukan disebabkan kekuatan parti yang dipimpinnya.


Untuk menjadikannya lebih kuat, Tun Mahathir tiada pilihan lain selain menarik seberapa ramai bekas pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO menyeberang ke Bersatu.


Sebab itu, dalam dua perjumpaan awal beliau dengan Presiden UMNO Zahid Hamidi, permintaan Tun Mahathir ialah agar UMNO segera dibubarkan dan ahlinya beramai-ramai menyertai Bersatu.


Idea itu bagaimanapun ditolak oleh Zahid Hamidi, malah tidak dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin UMNO peringkat tertinggi yang lain.


Lalu, agenda Tun Mahathir seterusnya ialah berusaha menarik Ahli-Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu di mana sehingga ini 9 Ahli Parlimen UMNO sudah berbuat demikian serta akan disusuli oleh Ketua Bahagian, Ahli Parlimen dan Adun UMNO Sabah selepas ini.


Masalah baru yang timbul dengan trend kemasukan gerombolan demi gerombolan pemimpin UMNO ke dalam Bersatu ialah parti itu dibimbangi akan bertukar menjadi UMNO 2.0.


Dalam Bersatu sendiri ternampak wujudnya  kebimbangan yang semakin ketara mengenai perkara itu kerana kemasukan pemimpin UMNO yang rata-ratanya banyak wang dan kaya-raya, meski dikhabarkan mereka tidak akan dibenarkan memegang jawatan dalam tempoh tertentu, lama-kelamaan nanti pasti merekalah yang akan menguasai barisan kepimpinan parti itu.


Dalam hal ini, apabila Tun Mahathir menyeru agar dibuangkan kesetiaan kepada parti, tetapi hanya kepada perjuangan, tujuannya ialah di samping usaha berterusan yang beliau akan lakukan untuk menarik keluar pemimpin-pemimpin UMNO, beliau juga mahukan ahli-ahli Bersatu menerima dengan lapang dada kemasukan mereka itu.


Maknanya, dengan tidak setia kepada parti, ahli dan pemimpin UMNO mesti meninggalkan parti itu, manakala ahli dan penyokong Bersatu pula jangan terlalu taksub kepada Bersatu sehingga enggan menerima bekas ahli-ahli UMNO.


Kesetiaan sebenar yang dimahukan oleh Tun Mahathir apabila kedua-dua kumpulan itu bergabung dalam Bersatu ialah mesti setia kepada perjuangan semata-mata.


Tetapi, apakah jenis perjuangan yang sebenarnya dimahukan oleh Tun Mahathir agar semua orang setia itu?


Sekurang-kurangnya ada tiga perjuangan yang sedang diusahakan oleh Tun Mahathir sekarang - satu, mengukuhkan kedudukannya; kedua, mengukuhkan kedudukannya; dan ketiga, mengukuhkan kedudukannya.


Dengan sokongan majoriti, kalau pun tidak mutlak kepada perjuangannya itu, Tun Mahathir akan mencatur negara ini sesuka hatinya sebagaimana beliau berkuasa selama 22 tahun sebelum ini. (ShahbudinHusin 17/02/2019).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/setia-kepada-perjuangan-bukan-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu

Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 340 hits
Terkini Lihat Tun Mahathir Merasmikan Sidang Media 7 Bekas Ahli Umno Masuk Bersatu
Tun Mahathir Sedia Tukar Parti Jika Ada Pemimpin Ph Belot Tidak Setia Pada Negara

Tun Mahathir Sedia Tukar Parti Jika Ada Pemimpin Ph Belot Tidak Setia Pada Negara

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 269 hits
Foto oleh Berita HarianPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berseloroh bersedia tukar parti lain sekiranya mendapati ada anggota parti gabungan dalam Pakatan Harapan membelot Saya dahulu parti UMNO Kini saya bersama DAP PKR serta Parti A...
Psm Pilihan Terbaik Lepas Bersatu Terima Bekas Mp Umno Kata Arul

Psm Pilihan Terbaik Lepas Bersatu Terima Bekas Mp Umno Kata Arul

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 353 hits
S Arutchelvan berkata ramai tidak berpuas hati dengan PH malah beranggapan Umno dan Bersatu sama sahaja Foto oleh Choo Choy MaySEMENYIH 16 Feb Parti Sosialis Malaysia percaya mereka pilihan terbaik pengundi di Pilihan Raya Kecil Dewan
Bekas Ahli Umno Tidak Mampu Membantu Bersatu

Bekas Ahli Umno Tidak Mampu Membantu Bersatu

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 296 hits
Hanya beberapa ketika selepas Bersatu mengumumkan calonnya untuk bertanding di Semenyih pada PRK 2 Mac depan sosek sosek tidak enak mula kedengaran di merata rata Dalam pengumuman yang dibuat oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin semalam p...
Terkini Tun M Tukar Parti Kalau Dap Pkr Dan Amanah Belot

Terkini Tun M Tukar Parti Kalau Dap Pkr Dan Amanah Belot

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 305 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebagai sebuah parti perkauman yang mewakili kaum Melayu dan bumiputera di negara ini Beliau melihat kaum tersebut masih merasakan tidak selamat jika tidak mempunyai ...
Tun M Terima Sampah Masuk Bersatu

Tun M Terima Sampah Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 483 hits
Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu KUALA LUMPUR Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menerima tujuh bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia dianggap sangat memalukan Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu berkata apa yang d...
Report Ex Sabah Umno Members Flocking To Bersatu

Report Ex Sabah Umno Members Flocking To Bersatu

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 404 hits
Five MPs and eight state assemblypersons in Sabah who had quit Umno last year have submitted membership forms to join Bersatu according to a report by Berita Harian today One of them former Sabah Umno chief Hajiji Mohd Noor reportedly claim...
Cubaan Tun M Pecahbelah Parti Melayu Terbesar Mursyidul Am

Cubaan Tun M Pecahbelah Parti Melayu Terbesar Mursyidul Am

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 306 hits
PAS Tidak Akan Lakukan Sesuatu Yang Merugikan Islam Mursyidul Am PasARAU 17 Feb Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin mengingatkan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu sama sekali tidak akan melakukan sesuatu yang merugikan Islam Malah Ha...
Pemuda Umno Anggap Pemergian Arwah Ahli Umno Kuala Terengganu Sebagai Pengorbanan Terbesar Kepada Parti

Pemuda Umno Anggap Pemergian Arwah Ahli Umno Kuala Terengganu Sebagai Pengorbanan Terbesar Kepada Parti

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 406 hits
Naib Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak Saudara Mohd Riziqin Hillan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak saudara Mohd Riziqin Hillan Bin Md Hasbullah hari ini dengan penuh dukacita mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah ...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan

Diet If Yang Berkesan Menurut Pakar

Lirik Lagu Raya Mana Nabila Razali

Sesi Tukar Duit Raya Di Maybank



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Restoran Rebung 2 Di Putrajaya

Effective Email Marketing Strategies

Konsert Melly Friends Kuala Lumpur 2024

Terbukti Pasukan Terengganu Berkualiti

Asan Lembu The Movie

Flavour Mushroom Dadah Baru Kegilaan Remaja Ini Kesan Buruknya