Bekas Komando Hilang Ditemukan Mati Di Kebun Kelapa Sawit


 
Mayat bekas komando yang dilaporkan hilang pada Khamis lepas, Ab Manan Keri, 73, dibawa keluar dari kebun kelapa sawit di Kampung Palembang hari ini. (Gambar Bernama)KLUANG: Bekas komando Grup Gerak Khas (GGK) yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas, Ab Manan Keri, 73, ditemukan mati di dalam kebun kelapa sawit di Kampung Palembang, di sini, kira-kira 5 petang tadi.
Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata mayat warga emas itu dijumpai oleh seorang penternak lembu yang sedang menguruskan ternakannya di kawasan itu.
Beliau berkata penemuan mayat terbabit masih dalam radius pencarian iaitu kira-kira 500 meter dari Sungai Melantai, yang juga merupakan rangkaian kepada Sungai Mengkibol.
“Pengesahan juga sudah dilakukan oleh anak mangsa, Mohamad Shahfullah, 29, yang turut hadir ke lokasi penemuan mayat ayahnya sebaik dimaklumkan.
“Mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Palembang, di sini, hari ini.
Bahrin berkata dengan penemuan terbabit, PKTK ditutup secara rasmi pada 6 petang tadi.
Sementara itu, Norsam Kasbi, 56, yang menemui mayat bekas komando itu, berkata dia sedang menghalau lembu miliknya untuk ke kandang lalu terhidu bau busuk.
Beliau berkata setelah didekati, dia ternampak satu mayat terdampar di tepi parit dalam kebun itu, menyerupai ciri-ciri orang hilang yang digambarkan sebelum ini.
“Saya kemudiannya terus ke PKTK untuk memaklumkan kepada pasukan penyelamat,” katanya.
Terdahulu, mangsa telah dilaporkan hilang oleh keluarganya setelah menghadiri majlis Jamuan Teh Bersama Rakyat Batu Pahat dan Kluang, yang diadakan di Dataran Tasik, di sini Khamis lepas. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/bekas-komando-hilang-ditemukan-mati-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banjir Kilat Bekas Komando Dikhuatiri Hilang

Banjir Kilat Bekas Komando Dikhuatiri Hilang

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 212 hits
Mohamad Fahd Rahmatam hmetro com myKluang Bekas komando dikhuatiri hilang selepas banjir kilat melanda lokasi Majlis Jamuan Teh Daerah Batu Pahat dan Kluang yang dihadirinya di Dataran Tasik Kluang di sini petang tadi Ab Manan Keri 73 kali ...
Budak Hilang 6 Tahun Lalu Ditemukan Di Gunung

Budak Hilang 6 Tahun Lalu Ditemukan Di Gunung

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 201 hits
AFPALEX Batty FOTO ReutersParis Kanak kanak United Kingdom yang hilang di Sepanyol enam tahun lalu ketika dia berusia 11 tahun ditemukan di kawasan pergunungan di Perancis Pendakwa raya Toulouse mengesahkan Alex Batty kini 17 tahun ditemuka...
Dua Korban Meninggal Banjir Bandang Di Humbahas Ditemukan 10 Orang Masih Hilang

Dua Korban Meninggal Banjir Bandang Di Humbahas Ditemukan 10 Orang Masih Hilang

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 215 hits
Tim SAR menemukan seorang lagi korban banjir bandang yang menerjang pemukiman di Desa Simangulampe Bakti Raja Humbahas
3 Penjenayah Ditembak Mati Di Selayang

3 Penjenayah Ditembak Mati Di Selayang

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 189 hits
BernamaBeberapa anggota polis menjalankan siasatan di lokasi tiga penjenayah yang ditembak mati di Selayang awal pagi tadi KUALA LUMPUR Polis menembak mati tiga penjenayah dipercayai warga asing di Selayang awal pagi tadi Pemangku Ketua Pol...
Lelaki Gigit Ular Sawa Sepanjang 3 Meter Hingga Mati

Lelaki Gigit Ular Sawa Sepanjang 3 Meter Hingga Mati

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 356 hits
Seorang lelaki berjaya menyelamatkan diri daripada belitan ular sawa sepanjang 3 04 meter apabila dia menggigit ular itu sehingga mati Boljulio Aleria 48 sebelum kejadian sedang menunggang motosikal di wilayah Bohol Filipina apabila ular it...
3 Penjenayah Rohingya Ditembak Mati Terlibat Lebih 50 Kes Pecah Rumah Samun

3 Penjenayah Rohingya Ditembak Mati Terlibat Lebih 50 Kes Pecah Rumah Samun

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 285 hits
Faisal AsyrafKeadaan cermin kereta yang dipandu oleh suspek yang ditembak mati GOMBAK Tiga lelaki Rohingya yang ditembak mati oleh polis di Selayang Jaya awal pagi tadi dipercayai terlibat dengan lebih 50 kes pecah rumah dan samun sejak 201...
Marapi Meletus 11 Pendaki Ditemukan Maut

Marapi Meletus 11 Pendaki Ditemukan Maut

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 161 hits
AFPDEBU susulan letusan Gunung Marapi di Sumatera Barat FOTO Antara Foto ReutersJakarta Penyelamat Indonesia menemukan mayat 11 pendaki susulan letusan Gunung Berapi Marapi di Sumatera Barat kata seorang jurucakap pada Isnin sambil menambah...
Tiga Ekor Pati Ditembak Mati

Tiga Ekor Pati Ditembak Mati

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 341 hits
Tiga lelaki Rohingya geng samun pecah rumah ditembak mati ketika berbalas tembakan dengan polis di Selayang Jaya di sini awal pagi tadi Menurut Polis dua daripada suspek memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa Bangsa Bersatu Untuk Pelarian S...
Bila Perut Tak Tenang

Pengasas Azmy Burger Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Anna Jobling Kena Seret 3 Kali Buat Stunt Sendiri Dalam Sukma

Kelantan Bapa Tiri Didakwa Tiga Pertuduhan Amang Seksual

Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Simple Yummy Beef Meatball Recipe

Donald Trump Mendarat Di Malaysia Lawatan Rasmi Menandakan Hubungan Diplomatik Yang Kuat

Cotton Candy Dreams A 1977 Harley Shovelhead Chopper From Wales


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Split Personality

Insurans Hayat Vs Medical Card Perlu Ambil Dua Dua Ke

Pengalaman Menggunakan Telefon Awam Pada Zaman Remaja

Rahsia Kucing Yang Kita Tak Pernah Diberitahu

Fam Sambut Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

Operasi Penyelamatan Kapal Kabel Mackay Bennett Dalam Misi Mengembalikan Mayat Titanic