Bekas Komando Cerita Pengalaman Tak Dapat Bersama Isteri Saat Lahirkan Anak Sulung Demi Tugas Negara


Tiada seorang bapa yang sanggup tinggalkan isteri ketika saat genting sakit untuk melahirkan, namun untuk berjasa pada negara seorang komando ini tidak dapat menemani isteri tercinta sewaktu melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Petik dari sumber Bernama, bekas komando, Paul Karpaya menceritakan pengorbanannya ketika digelar sebagai komando sewaktu zaman negara dijajah komunis.
“Saya risau dan kasihan pada isteri yang terpaksa melahirkan anak sulung kami, tanpa saya di sisinya,” demikian antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh Paul Karpaya, seorang bekas komando.
Bagaimanapun, Paul, 67, berkata demi tugas pada negara yang ketika itu berhadapan ancaman komunis, beliau perlu fokus kepada amanah, untuk memastikan misinya berjaya.
Menurut Paul yang berasal dari Kampar, semasa isteri beliau D. Letchimy mahu melahirkan anak sulung mereka pada 1984, beliau ketika itu berada dalam 22 Komando dan sedang menjalankan satu tugasan khas di Tapah.
“Saya fikir habislah tidak tahu bila boleh jumpa anak dan isteri. Macam mana kalau jadi apa-apa pada saya. Dalam masa sama, saya tahu sebagai komando terlatih, tugas adalah lebih utama.

“Saya berdoa semoga Tuhan selamatkan isteri dan anak saya, dan saya juga dapat melaksanakan tugasan dengan sempurna. Sebulan selepas isteri bersalin baru saya dapat balik kampung di Kampar dan tengok mereka,” katanya kepada Bernama.
Paul yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia pada 1973 sebelum ke 22 Komando pada 1976, berkata antara operasi tidak boleh dilupakan dalam menjejak dan menangani komunis, adalah Ops Selamat Sawadee, di sempadan Perak dan Thailand.
Katanya semasa operasi itu yang turut melibatkan kerjasama dengan tentera Thailand pada 1979, beliau baru tiga tahun menamatkan latihan asas komando di Pusat Latihan Peperangan Khusus di Kem Sungai Udang Melaka, dengan pangkat koperal.
“Semasa itu, kalau dapat arahan untuk operasi, semua berlumba-lumba mahu sertai sebab nak buktikan kebolehan, duduk dalam kem sahaja tak sedap. Kami nak masuk hutan hapuskan komunis,” katanya.
Bercerita lebih lanjut mengenai Ops Selamat Sawadee, ayah kepada empat orang anak itu berkata beliau dan empat yang lain dari 22 Komando diarah membantu 21 Komando yang berhadapan dengan serangan komunis.
“Semasa sampai kami dimaklumkan ada kira-kira 50 orang komunis, tapi bila mereka tahu kami datang sebab dengar bunyi helikopter, mereka sudah lari ke kawasan negara jiran.
“Yang tinggal apa yang dipanggil pertahanan dia, tugas mereka ini kacau kami. Setiap kali kami bergerak mereka lepaskan tembakan, dan seorang anggota terkena tembakan pada kaki.
“Kami cuba jejak, tetapi mereka ini cukup hebat dan pasang banyak jerangkap samar (bobby trap) dan buat laluan khas untuk masuk ke sempadan Thailand. Bila telah masuk kawasan lain, maka kena minta pihak tertinggi untuk rundingan,” katanya.
Paul yang pencen pada 1996 pada usia 42 tahun selepas 22 tahun berkhidmat berkata semua pengalaman yang dilalui semasa berkhidmat sebagai komando adalah sesuatu yang tidak ternilai, malah beret hijau yang dimiliki juga sangat berharga.
“Kalau kita hilang uniform tentera tidak apa lagi, tapi jangan hilang beret ini kerana nak dapatkan bukan mudah. Banyak yang perlu dilalui,” katanya.
Mengakhiri perbualan beliau dengan Bernama, Paul menasihati orang ramai supaya tidak sesekali mengamalkan sikap perkauman, kerana ia boleh memecah belahkan keamanan negara yang dinikmati hasil titik peluh dan darah perajurit.
Pemikiran negatif, perkauman, jangan diadakan. Kalau perpaduan pecah belah, ia boleh menyebabkan Malaysia jadi kecoh, kita semua mesti sentiasa gembira bersama sebagai rakyat Malaysia,” katanya.  
 
Sumber: Bernama
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/19/bekas-komando-cerita-pengalaman-tak-dapat-bersama-isteri-ketika-lahirkan-anak-sulung-demi-tugas-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Kepada Bekas Isteri Nedim

Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Kepada Bekas Isteri Nedim

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 568 hits
Pelakon Nora Danish menyambut ulang tahun kelahiran anak kepada bekas isteri suaminya Nedim Nazri iaitu Bee Khan Menerusi laman Instagram Nora atau nama penuhya Nora Mohd Danish Hanif berkongsi posting ketika mengadakan majlis hari jadi ana...
Hampir Kena Slip Disc Sebab Terlalu Gemuk Lelaki Ini Hilang Sampai 30kg Demi Isteri Dan Anak Anak

Hampir Kena Slip Disc Sebab Terlalu Gemuk Lelaki Ini Hilang Sampai 30kg Demi Isteri Dan Anak Anak

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 297 hits
Berat badan berlebihan dan obesiti merupakan faktor risiko utama yang sering berkait dengan penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit kardiovaskular salah satunya adalah jantung Makan tanpa mengira waktu juga merupakan salah satu gaya h...
Tragedi Tembakan Di El Paso Hanya Kerana Tidak Berkulit Putih Pasangan Suami Isteri Maut Berpelukan Lindungi Anak

Tragedi Tembakan Di El Paso Hanya Kerana Tidak Berkulit Putih Pasangan Suami Isteri Maut Berpelukan Lindungi Anak

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 657 hits
Bagi mereka yang mengikut perkembangan dunia sedang hangat di Amerika Syarikat sekarang ialah tragedi tembakan rambang di daerah El Paso Texas Amerika yang telah mengorbankan 22 orang awam Kejadian mengerikan ini katanya berlaku di pasaraya...
Dipeluknya Puas2 Isteri Fad Kongsi Momen Terakhir Bersama Bibik Reaksi Sedih Anak Cetus Hiba

Dipeluknya Puas2 Isteri Fad Kongsi Momen Terakhir Bersama Bibik Reaksi Sedih Anak Cetus Hiba

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 555 hits
Ramai kita lihat kebanyakkan daripada kita lebih gemar perkhidmatan pembantu rumah daripada Indonesia Tak dapat dinafikan kebanyakkan anak anak majikan sangat rapat dan sayang dengan pembantu rumah mereka Baru baru ini isteri kepada pelawak...
Cerita Zaskia Adya Mecca Soal Hobi Tak Lazim Sang Anak Berdandan Jadi Hantu

Cerita Zaskia Adya Mecca Soal Hobi Tak Lazim Sang Anak Berdandan Jadi Hantu

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 187 hits
Istri sutradara Hanung Bramantyo ini menceritakan tentang hobi anak keduanya Kala Madali Bramantyo yang terbilang tak lazim Menurut Zaskia Adya Mecca Kala kerap berdandan seperti hantu
5163 Saya Pinjam Demi Anak Tiri Mangsa Tv Ppim 13 08 2019

5163 Saya Pinjam Demi Anak Tiri Mangsa Tv Ppim 13 08 2019

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 380 hits
Membuat pinjaman Ahlong demi membiayai pendidikan anak tiri bapa kandung pula hilang entah kemana Mangsa yang buntu mencari jalan penyelesaian hadir ke pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia untuk membuat aduan dek kerana tidak tahan dib...
Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 467 hits
10 10 2017 SelasaMasa ni aku dah 39w5d pregnant Pagi tu lepas buang air kecil aku perasan ada darah keluar sekali dengan air kencing So aku bagitau mama aku dan decide nak pergi hospital sultanah bahiyah untuk check Semangat tau bawak beg b...
Anak Buah Maloney Kecundang Saat Akhir

Anak Buah Maloney Kecundang Saat Akhir

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 167 hits
KESILAPAN mudah pada saat akhir perlawanan menyaksikan Malaysia memulakan kempen Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN B 18 2019 dengan kekalahan 0 1 kepada Vietnam pada aksi pembukaan Kumpulan B malam ini Turun selaku penyandang juara sku...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip