Bekas Ketua Hakim Ingatkan Umno Tolak Slogan Hidup Bossku Mahu Zahid Disingkir


MALAYSIA NOW

Menurut Abdul Hamid, orang Melayu sudah memberikan peluang kedua kepada Umno untuk ia lakukan perubahan.

Najib Razak beramah mesra dengan salah seorang penyokong Umno di Melaka baru-baru ini. Gambar: Facebook Bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad hari ini mengingatkan penyokong Umno untuk menolak pemimpin terpalit skandal selepas parti itu menang bergaya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Hamid, yang bersara sebagai ketua hakim negara pada 2008 selepas 50 tahun berkhidmat dalam badan kehakiman, mengkritik Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan penyokongnya yang memekik slogan “Hidup Bossku” bagi meraikan kemenangan pada Sabtu lalu.
Slogan tersebut sinonim dengan Najib Razak sebagai sebahagian penjenamaan semula imejnya selepas tumbang dari tampuk pentadbiran kerajaan pada 2018 dan dikenakan pelbagai pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah.
“Ia memakan diri sendiri (counter-productive). Kita perlu memikirkan akibatnya sebelum berbuat sesuatu, bukan mengikut emosi,” kata Hamid dalam satu tulisan panjang bertajuk “Keputusan PRN Melaka: Pengajaran Kepada Parti-parti Melayu Dalam PRU15?” hari ini.
Barisan Nasional (BN) mendominasi kemenangan PRN Melaka dengan memenangi 21 dari 28 kerusi yang ditandinginya.
Hamid mengingatkan liabiliti kepimpinan Umno yang terpalit skandal selain berkata pimpinan seperti Zahid, yang turut berdepan pelbagai pertuduhan rasuah perlu disingkirkan.
Bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad.Hamid turut berkata, pimpinan Umno perlu melakukan perubahan untuk menarik semula pengundi yang menjauhi parti itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, mengatakan Zahid perlu berundur demi mencapai matlamat tersebut.
“Orang Melayu masih mahukan Umno tetapi mereka mahu Umno berubah.
“Untuk berubah, Zahid perlu berundur atau disingkirkan daripada menjadi presiden Umno. Demikian juga pemimpin Umno yang menjadi liabiliti kepada Umno,” katanya.

Menurut Hamid, orang Melayu sanggup memejamkan mata seketika daripada melihat “sejarah hitam Umno” yang dikalahkan dalam PRU14 yang lalu untuk melihat parti itu dibersihkan daripada amalan rasuah dan salah guna kuasa.
“Pengajaran paling penting kepada Umno ialah ia mesti sedar orang Melayu memberinya peluang sekali lagi.
“Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya janganlah angkuh dan mengulangi amalan politik wang yang menjadi kanser dari dalam.”
Hamid menambah pengundi Melayu menunjukkan bahawa mereka serik dengan pemerintahan PH selama 22 bulan sebelum ini dan mereka muak dengan politiking yang melampau dan tidak menerima perbuatan lompat melompat parti demi kepentingan diri.
“Orang Melayu sudah bosan dengan kerenah Anwar Ibrahim.
“Eloklah beliau melupakan cita-citanya untuk menjadi perdana menteri dan bersara daripada politik,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/bekas-ketua-hakim-ingatkan-umno-tolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Zahid Pemimpin Bermasalah Perlu Disingkir Jika Mahu Umno Berubah

Ahmad Zahid Pemimpin Bermasalah Perlu Disingkir Jika Mahu Umno Berubah

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 226 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu berundur atau disingkirkan daripada menyandang jawatan Presiden UMNO sekiranya mahu parti itu berubah Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata pemimpin pemimpin UMNO yang dilihat menjad...
Eloklah Anwar Lupakan Cita Cita Nak Jadi Pm Bekas Ketua Hakim Kata

Eloklah Anwar Lupakan Cita Cita Nak Jadi Pm Bekas Ketua Hakim Kata

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 346 hits
Bekas ketua hakim negara Abdul Hamid Mohamad hari ini mengingatkan penyokong Umno untuk menolak pemimpin terpalit skandal selepas parti itu menang bergaya dalam Pilihan Raya Negeri Melaka Hamid yang bersara sebagai ketua hakim negara pada 2...
Hidup Seorang Bekas Blogger

Hidup Seorang Bekas Blogger

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 337 hits
Agak lama tak meluangkan masa untuk berblog bila ada peluang tak tahu pulak nak kongsikan apa di sini Tapi Alhamdulillah masih ada yang sudi menyinggah ke blog yang bersawang ni Kozumi kini makin busy dengan kerja yang bertimbun dulu dulu a...
Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1mdb Dakwa Arahan Jho Low Adalah Mandat Daripada Najib

Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1mdb Dakwa Arahan Jho Low Adalah Mandat Daripada Najib

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 287 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1Malaysia Development Berhad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa semua arahan yang dikeluarkan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dianggap mandat daripada Na...
Rentasan 1007 Gempar Prn Melaka Ini Sebabnya Dua Bekas Adun Umno D

Rentasan 1007 Gempar Prn Melaka Ini Sebabnya Dua Bekas Adun Umno D

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 373 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10071 APA ADA PADA MANIFESTO PH DAN BN 2 ADLY CALON KETUA MENTERI MELAKA 3 KATAK ATAU BUKAN ANDA NILAIKAN 4 INIKAH YANG DINAMAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
Najib Ahmad Zahid Remain Important Figures In Umno

Najib Ahmad Zahid Remain Important Figures In Umno

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 307 hits
The feel good sentiment from BN s win in Melaka will carry on to the next state election in Sarawak and then GE15 says analyst FORMER Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi will remain as p...
Zahid Dan Pemimpin Jadi Liabiliti Perlu Disingkir

Zahid Dan Pemimpin Jadi Liabiliti Perlu Disingkir

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 302 hits
Tun Abdul Hamid Mohamad berpendapat orang Melayu sudah kembali kepada UMNO di Melaka tetapi parti itu perlu menyingkirkan para pemimpin yang menjadi liabiliti seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Walaupun mengakui keputusan presiden UMNO i...
Pas Tolak Muafakat Nasional Kalau Hanya Libat Umno Hadi

Pas Tolak Muafakat Nasional Kalau Hanya Libat Umno Hadi

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 363 hits
On Nov 25 2021 Pas hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata mata ...
Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Detractors Troll Pmx For Getting Syiok Over Light Stick Gift From South Korean Rapper G Dragon

Iium S Weak Defence Of Academic Irresponsibility

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Togel Explained Smart Ways To Play And Predict Like A Pro

Jogja Travel Diary Dari Pendopo Lawas Ke Jalan Jalan Di Malioboro

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Turap Jalan Yang Rosak Teruk

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Beli Pokok Landskap Pisonia Grandis Online