Bekas Ketua Hakim Bidas Kecenderungan Peguam Yang Sering Meminta Penangguhan


THE MALAYSIAN TIMES


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi membidas kecenderungan sesetengah peguam pembela yang meminta penangguhan kes yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Beliau menyeru para hakim agar bersikap lebih selektif sebelum membenarkan amalan itu.

Dalam temu bual dengan Bernama, Zaki juga menyarankan Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi membuat ketetapan bahawa sesuatu perbicaraan yang sedang berjalan tidak boleh ditangguhkan hanya kerana permohonan interlokutori oleh peguam.

Beliau berkata taktik yang digunakan oleh peguam berkenaan selalunya dalam bentuk memfailkan pelbagai aplikasi interlokutori, tanpa mengira sama ada permohonan itu akan didengar atau tidak dan kemungkinan berjaya atau sebaliknya.

Sekiranya permohonan tersebut dibicarakan dan keputusan yang dibuat tidak menyebelahi mereka, mereka akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu, yang menyebabkan kes ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan.

“Para hakim tidak harus membenarkan peguam memainkan taktik penangguhan dengan membuat permohonan yang tidak sihat itu dan sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka, rayuan akan dikemukakan terhadap keputusan itu. Kelewatan ini ditambah oleh Mahkamah Rayuan yang mengambil masa untuk mendengar dan memutuskan, kata Ketua Hakim yang bersara itu.

Zaki berkata sepanjang menyandang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara selama tiga tahun dari 2008, beliau sangat tegas terhadap penangguhan sedemikian.
“Jika anda imbas kembali ke masa ketika saya menjadi Ketua Hakim Negara, terdapat kes-kes yang tertangguh selama 20 tahun. Statistik menunjukkan bahawa di Mahkamah Tinggi, pada tahun pertama saya mengambil alih, terdapat 44,000 kes dan dalam tahun 2009, saya mengurangkan angka itu kepada hanya 9,000. Ini bermakna satu perempat dalam satu tahun, “katanya.

Bagaimana kita melakukannya Ianya sejarah, tetapi yang paling penting adalah tiada penangguhan,” tegas Zaki, yang merupakan seorang peguam yang menjalankan khidmat sebelum dilantik secara langsung sebagai hakim Mahkamah Persekutuan pada bulan September 2007, pelantikan secara langsung yang pertama seumpamanya dalam sejarah kehakiman Malaysia.

Zaki berkata pada mulanya para peguam mencipta slogan seperti “Justice hurried is justice buried” (keadilan yang tergesa-gesa menguburkan keadilan) tetapi kemudian apabila mereka mendapat manfaat dari segi kewangan kerana lebih banyak kes yang mereka lupuskan lebih banyak pendapatan, mereka menerimanya sungguhpun ada sesetengah yang melakukannya atas kehendak pelanggan mereka sendiri.

Zaki, 73, juga mendedahkan bahawa terdapat peguam yang ‘pakar dalam taktik penangguhan’ ini.

“Ketika saya dalam amalan swasta sebelum ini, apabila pelanggan datang kepada saya untuk meminta menangguhkan kes mereka akan berkata … jangan bimbang, kami mahu membayar yurannya, boleh awak tangguhkan untuk saya

“Jawapan saya kepada mereka, saya tidak buat kerja seperti itu. Awak mahu tangguh, pergi jumpa peguam yang pakar dalam perkara itu,” tambah beliau.

Berkongsi pengalaman luasnya dalam profesion undang-undang, Zaki berkata proses keadilan biasanya akan tertangguh apabila terdapat permohonan interlokutori.

“Justeru, kes utama tidak dapat diteruskan. Jadi dalam beberapa keadaan, hakim tetap mengendalikan kes berkenaan sementara menunggu pelupusan permohonan. Hujahnya ialah jika saya menang permohonan interim ini, anda tidak perlu buang masa mendengar kes ini.”

“Apakah akibat kelewatan itu Sekarang, apabila kita bercakap mengenai keadilan .. keadilan bermakna pelupusan cepat,” katanya, sambil menambah bahawa dalam senario ini keadilan tertangguh keadilan dinafikan.

Sebagai contoh, kata Zaki terdapat kes rogol yang dikesan di Sungai Petani, Kedah, di mana prosidingnya mengambil masa sembilan tahun untuk selesai.

“Bayangkan mangsa dan saksi harus datang ke mahkamah berulang kali. Orang selalu bercakap mengenai keadilan kepada tertuduh. Ramai yang melupakan keadilan terhadap mangsa. Keadilan terhadap mangsa adalah untuk mendapatkan orang yang dituduh dihukum dengan cepat, tetapi jika anda terus menunda seperti ini, kes tidak dapat bergerak, “tegasnya.

Untuk kes diteruskan seperti yang dijadualkan, Zaki berkata hakim harus tegas dan cukup tega untuk tidak menunda atau menangguhkan pendengaran kes sementara permohonan interim sedang didengar.

“Apa yang penting ialah hakim mesti berpendirian tegas dan cukup kuat untuk mengatakan bahawa jika anda ingin memohon interlokutori, atau anda ingin merayu terhadap perintah interlokutori saya, itu adalah hak anda, tetapi saya masih akan meneruskan dengan kes utama. Jika anda berjaya dalam rayuan anda dan saya salah, saya akan membuat keputusan sewajarnya, “katanya.

Dalam hal ini ini, Zaki berkata beliau mempunyai pengalaman terhadap taktik penangguhan oleh peguam di mana apabila mahkamah ingin mendengar kes itu, peguam itu mendakwa dia tiada kelapangan setiap pagi dari Isnin hingga Jumaat.

“Dia berkata Isnin tidak boleh .. Selasa tidak boleh .. Rabu tidak boleh .. dan saya katakan hari Jumaat petang saya jumpa awak. Saya berjaya menyelesaikan kes itu dan dia memenangi kes itu, “katanya.

Beliau menambah, bagaimanapun, adalah menjadi hak tertuduh atau plaintif untuk memfailkan permohonan berkenaan dan pihak mahkamah tidak boleh menghalang mana-mana pihak memfailkan permohonan jika mereka mahu berbuat demikian.

“Ianya terserah kepada hakim untuk membuat keputusan. In soal budi bicara mahkamah”.

“Kes tidak boleh ditangguhkan oleh permohonan interlokutori. Ketika interlokutori didengar, kes utama harus berjalan,” kata Zaki , anak kepada bekas Ketua Hakim Negara Allahyarham Tun Azmi Mohamed.

Apabila Zaki dilantik menjadi Ketua Hakim Negara, ini adalah kali pertama dalam sejarah dunia bahawa seorang bapa dan anak telah mengetuai kehakiman negara.

Tun Azmi Mohamed merupakan Ketua Hakim Negara ( sebelum itu digelar Presiden Mahkamah Persekutuan) dari 1968 hingga 1974.—Bernama 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/bekas-ketua-hakim-bidas-kecenderungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Cj Bidas Peguam Selalu Minta Tangguh Bicara Kes

Bekas Cj Bidas Peguam Selalu Minta Tangguh Bicara Kes

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 381 hits
Ada yang pakar dalam taktik ini kata Zaki Azmi yang menjelaskan keadilan ditunda adalah keadilan dinafikan
Ketua Lpsk Sebut Isu Hakim Mk Diancam Cuma Rumor

Ketua Lpsk Sebut Isu Hakim Mk Diancam Cuma Rumor

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 228 hits
Ketua Umum Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban Hasto Atmojo Suroyo mengatakan informasi yang menyebut adanya ancaman terhadap hakim Mahkamah Konstitusi merupakan rumor belaka Hal itu didapati setelah pihak LPSK melakukan komunikasi dengan...
Ketua Majelis Tegaskan Hakim Mk Independen Tangani Sengketa Pilpres

Ketua Majelis Tegaskan Hakim Mk Independen Tangani Sengketa Pilpres

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 214 hits
Ketua Majelis Tegaskan Hakim MK Independen Tangani Sengketa Pilpres Anwar kemudian menjelaskan bahwa sembilan hakim konstitusi berasal dari tiga unsur yaitu dari Presiden DPR dan Mahkamah Agung Kendati demikian Anwar mengatakan bahwa kesemb...
Hakim Saldi Isra Tegur Saksi Prabowo Tidak Beri Keterangan Berbelit

Hakim Saldi Isra Tegur Saksi Prabowo Tidak Beri Keterangan Berbelit

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 275 hits
Hakim Saldi juga mengingatkan Agus agar tidak berbelit belit memberikan kesaksian guna memudahkan hakim secara objektif mengonfrontasi keterangan Agus dengan alat bukti yang telah diajukan
Sanggah Tim Prabowo Hakim Tegaskan Sejak Mk Berdiri Tak Ada Saksi Terancam

Sanggah Tim Prabowo Hakim Tegaskan Sejak Mk Berdiri Tak Ada Saksi Terancam

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 235 hits
Sanggah Tim Prabowo Hakim Tegaskan Sejak MK Berdiri Tak Ada Saksi Terancam Hakim konstitusi I Dewa Gede Palguna mengatakan sejak MK berdiri pada tahun 2003 belum ada ancaman apa pun terhadap para saksi saat bersidang
Hakim Ingatkan Saksi Prabowo Jujur Dan Tidak Ada Yang Ditutup Tutupi

Hakim Ingatkan Saksi Prabowo Jujur Dan Tidak Ada Yang Ditutup Tutupi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 228 hits
Sikap Agus berulang kali ditegur Hakim Aswanto karena enggan menyebutkan pihak mana saja yang mengetahui ancaman tersebut pun saat ditanya siapa pengancam kepada dirinya
Hakim Mk Minta Kubu Prabowo Sandi Tak Dramatisir Perlindungan Saksi

Hakim Mk Minta Kubu Prabowo Sandi Tak Dramatisir Perlindungan Saksi

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 210 hits
Hakim Konstitusi Saldi Isra mengingatkan pihak Prabowo Sandi sebagai pemohon dalam sengketa Perselisihan Hasil Pemilihan Umum tidak mendramatisir tentang perlindungan saksi Pemohon diwakili Bambang Widjojanto sebagai kuasa hukum meminta Mah...
Sidang Mk Hakim Minta Pemohon Perbaiki Berkas Yang Tak Disusun Sesuai Aturan

Sidang Mk Hakim Minta Pemohon Perbaiki Berkas Yang Tak Disusun Sesuai Aturan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 182 hits
Saldi mengatakan seharusnya pagi ini MK bisa mengesahkan berkas bukti tanda terima dari Pemohon yang dikirimkan hingga 18 Juni pukul 13 00 WIB sebagai alat bukti Akan tetapi berkas tidak disusun sebagaimana ketentuan hukum acara dan kelazim...
Saksi Prabowo Ungkap Video Polisi Puji Puji Jokowi Ke Hakim Mk

Saksi Prabowo Ungkap Video Polisi Puji Puji Jokowi Ke Hakim Mk

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 251 hits
Rahmadsyah Saksi fakta yang dihadirkan pihak pemohon Prabowo Sandi mengaku mendapatkan laporan masyarakat terkait adanya ketidaknetralan aparat
11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences

Speed Read The New Speed Triple 1200 Rx And More

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Affordable Background Checks Verisafe S Promise

Ayam Goreng Rangup 10 Teknik Kreatif Yang Confirm Jadi

Majlis Makan Malam

Sinopsis Ejen Ali The Movie 2

Jumpa Juga Ulam Pucuk Daun Tenggek Burung Setelah Sekian Lama Mencari

Puding Kastard Jagung Mudah Sedap Confirm Jadi