Bekas Exco Pulau Pinang Dr Afifi Persoal Nasib Nelayan Susulan Projek 3 Pulau Buatan


Bekas exco Pulau Pinang, Afif Bahardin hari ini berkata, beliau kecewa dan bimbang susulan langkah kerajaan negeri menandatangani perjanjian projek 3 pulau buatan di negeri itu tanpa mempedulikan tuntutan pampasan dan kebajikan nelayan.

Beliau berkata, sebagai sebahagian daripada syarat yang ditetapkan oleh pihak berwajib, kerajaan negeri dan rakan pelaksana projek (PDP) perlu memastikan Pelan Pengurusan Impak Sosial yang merangkumi pakej nelayan seperti ex-gratia, pembinaan jeti dan peluang pekerjaan kepada komuniti yang terkesan dilaksanakan sepanjang pembinaan projek mega itu.

“Malangnya, sebelum dan selepas perjanjian kerajaan negeri dimeterai semalam, saya tidak maklum dan tidak langsung melihat sebarang pengumuman daripada kerajaan untuk mengemukakan apa-apa Pelan Pengurusan Impak Sosial yang holistik bagi membantu golongan nelayan dan rakyat tempatan yang terkesan langsung daripada projek ini.

“Saya berharap pihak kerajaan negeri dapat memberi penjelasan mengenai isu ini kerana walaupun saya telah meletakkan jawatan dalam pentadbiran kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Afif berkata, ketika menjadi pengerusi Jawatankuasa Taskforce Nelayan, beliau banyak melakukan pertemuan dengan persatuan dan unit nelayan di semua kawasan yang terkesan dengan projek itu.

Beliau mendakwa, Jawatankuasa Taskforce Nelayan di bawah kepimpinan exco baru tidak lagi aktif dan tidak meneruskan usaha berkenaan, malah terbukti tidak ada komponen pakej kesan impak sosial dimasukkan dalam perjanjian yang termeterai baru-baru ini.

“Mereka ternyata amat bimbang pelaksanaan projek ini yang memberi impak kuat kepada aktiviti perikanan di kawasan seperti di Permatang Damar Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul yang akhirnya menjejaskan sumber pendapatan mereka.”

Pada Rabu, kerajaan negeri menandatangani perjanjian induk dengan SRS Consortium, rakan pelaksana projek (PDP), untuk secara rasmi meneruskan 3 projek pulau buatan yang dikenali sebagai Penang South Reclamation (PSR), bersama 2 lebuh raya dan projek transit kereta api aliran ringan.


PSR, atau projek 3 pulau, akan mengebus guna tanah seluas 1.821 hektar dan kemudian akan dijual kepada pembida tertinggi.

November lalu, kira-kira 5,000 nelayan Pulau Pinang menggantung jaring mereka untuk memprotes projek itu kerana ia umpama menuang pasir ke dalam periuk nasi mereka.

Nelayan mendakwa projek itu akan menjejaskan kehidupan laut dalam jangka panjang dan mempengaruhi kehidupan mereka.

Penyokong projek PSR mendapati dalam tinjauan tahun lalu, 94.5% nelayan di selatan pulau itu menentang pembinaan 3 pulau tersebut.

Bagaimanapun, tinjauan merangkumi kawasan Bayan Lepas yang lebih besar dan responden, termasuk anggota komuniti perniagaan dalam radius 6 km dari pulau ke-3 tersebut.

Ahli perniagaan memberikan sokongan yang luar biasa untuk PSR, dengan kebanyakan mengatakan ia akan meningkatkan ekonomi.

Pemilik projek, kerajaan Pulau Pinang, berjanji untuk mempertimbangkan semua kebajikan nelayan.

FMT telah menghubungi pejabat ketua menteri untuk mendapatkan komen.

SUMBER

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/07/bekas-exco-pulau-pinang-dr-afifi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Mulakan Projek 3 Pulau Semasa Kemelesetan Ekonomi Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Kenapa Mulakan Projek 3 Pulau Semasa Kemelesetan Ekonomi Persatuan Pengguna Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 246 hits
Persatuan Pengguna Pulau Pinang hari ini membidas kerajaan negeri kerana menandatangani perjanjian berhubung projek tebus guna 3 pula dengan berkata ia adalah langkah yang sangat tidak bertanggungjawab di tengah tengah krisis ekonomi akibat...
Kes Terowong Sprm Kunjungi Pejabat Exco Pulau Pinang

Kes Terowong Sprm Kunjungi Pejabat Exco Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 405 hits
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia telah melawat pejabat dua Ahli Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang masing masing P Ramasamy dan Zairil Khir Johari pagi tadi Bagaimanapun agensi itu tidak merakam sebarang kenyataan daripada mereka Ketika ...
Ketua Menteri Pulau Pinang Disoal Sprm Berkenaan Isu Projek Terowong

Ketua Menteri Pulau Pinang Disoal Sprm Berkenaan Isu Projek Terowong

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 336 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk disoal berhubung projek terowong dasar laut dan jalan bernilai RM6 3 bilion Chow tiba di bangunan terletak di Jalan Northam itu pada...
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chong Eng Akui Disoal Sprm Mengenai Terowong Dasar Laut Lebuh Raya

Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chong Eng Akui Disoal Sprm Mengenai Terowong Dasar Laut Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 284 hits
Exco Pembangunan Keluarga dan Wanita Chong Eng mengakui beliau disoal mengenai projek terowong dasar laut dan tiga lebuh raya yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang Beliau yang ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Sur...
3 Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Kepada Sprm

3 Exco Pulau Pinang Beri Keterangan Kepada Sprm

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 371 hits
GEORGE TOWN Tiga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang hadir di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pulau Pinang hari ini dipercayai berkait siasatan projek terowong dasar laut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan n...
Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Perkembangan Terkini Kes Guan Eng Saman Raja Petra

Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Perkembangan Terkini Kes Guan Eng Saman Raja Petra

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 416 hits
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng akan memberi keterangan pada prosiding menaksir jumlah ganti rugi saman fitnah beliau terhadap penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin berhubung dakwaan rasuah dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang...
Harimau Menangis Di Restoran Din Ikan Bakar Kepala Batas Pulau Pinang

Harimau Menangis Di Restoran Din Ikan Bakar Kepala Batas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 1226 hits
Kalau korang ada di area Kepala Batas Pulau Pinang jangan lupa untuk singgah ke Restoran Din Ikan Bakar untuk makan tengahari Sebenarnya aku dah pernah review restoran ikan bakar ni dan posting aku tu antara yang ramai reviewer Korang boleh...
Pulau Pinang Goyah Hanya 22 Daripada 40 Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Km

Pulau Pinang Goyah Hanya 22 Daripada 40 Sokong Chow Kon Yeow Sebagai Km

papar berkaitan - pada 30/6/2020 - jumlah : 377 hits
PETALING JAYA Wakil rakyat Pakatan Harapan Pulau Pinang didahului Adun Air Putih Lim Guan Eng menyatakan sokongan penuh kepada Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk menerajui pentadbiran negeri Menerusi kenyataan bersama Adun PH Pulai Pinang me...
Sprm Buka Semula Kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Sprm Buka Semula Kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 490 hits
Meskipun telah wujud Jambatan Ke 2 Projek terowong dasar laut dan 3 lebuh raya bernilai RM6 3 bilion ini dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk mengurangkan lalu lintas di jambatan pertama more Tetapi dalam masa yang sama projek ini juga j...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Vivo Y200i Smartphone Specifications And Prices

Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Pacific Senior Living Bersinar Semasa Sambutan Hari Raya

M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb