Bekalkan Anak Dengan Not Rm1 Ke Sekolah Senang Anak Kita Juga Orang Kantin


Guru tahun satu ini kongsi cerita sebenar dan tips yang mak ayah kena tahu perihal perbelanjaan anak-anak di kantin sekolah. Perkongsian bermakna dari Cikgu Mohd Fadli Salleh ini mungkin boleh membuka mata ibu bapa.

Gambar Hiasan
Sudah beberapa kali aku terbaca kisah pekerja kantin ambil duit murid tahun ini. Aku guru tahun satu. Selalu memantau murid-murid membeli awal-awal sesi persekolahan mereka.
Ini cerita sebenar dan tips yang kau kena tahu jika ada anak di sekolah rendah.
1. Sebenarnya, bukan semua kisah yang terjadi sama seperti apa yang dicerita oleh anak kita. Kadangkala ada cerita yang ditokok tambah, kadangkala ada pula fakta yang tidak diberitahu.
2. Aku dah pesan banyak kali, setiap tahun aku berpesan; ajar anak kenali wang, ajar anak terima baki. Kenapa aku selalu berpesan begini? Kerana saban tahun di depan mata kepala aku murid membeli, hulur wang dan berlalu pergi walau baki masih ada.
3. Waktu rehat ratusan murid yang ada dikantin. Sesak. Anak kau bawa duit RM5, beli keropok harga RM1. Hulur duit dan berlalu pergi.
Terpekik-pekik pekerja kantin panggil anak kau. Tapi mana anak tu nak perasan dan dalam riuh rendah suasana di kantin. Nak dikejar, takkan dia nak tinggalkan kaunter.
Hal ini selalu sangat aku perhati diawal-awal sesi persekolahan. Kecuaian anak kita.
4. Murid membeli, duit tidak terus disimpan dalam poket atau dompet. Diletak dulu atas kaunter lepas tu nak minum air, berborak dengan kawan dan sebagainya.
Kalau kau penjual, duit ada di atas kaunter saat pelanggan tengan ramai bersesak-sesak, pasti kau ingat itu duit kau kan?
Lagi pun memang biasa murid yang dah tahu harga dan kenal nilai wang hanya ambil barang, letak duit atas meja kaunter dan berlalu pergi. Situasi jual beli di kantin ni bukan seperti kau bayar makan di KFC woih.
5. Memang benar ada pekerja kantin tidak amanah. Ini benar dan ada berlaku. Namun jika pencegahan awal kau dah ajar pada anak, mereka yang tidak jujur ini tidak dapat ambil kesempatan.
6. Ajar anak kenal wang, terima baki dan minta baki. Selain kenal wang, ajar anak minta baki mereka.
“Pak cik. Duit saya lima ringgit. Saya beli seringgit sahaja. Mana baki saya empat ringgit?”
Ajar anak berkata begitu. Ajar anak tuntut hak mereka. Bila pekerja tidak jujur perasan anak kau kenal nilai wang dan tahu ada baki belum dipulangkan, dia tidak berani hendak ‘curi’ duit anak kau.
Pekerja yang tidak amanah ini berani mencuri kerana anggap semua murid tahun satu tidak kenal nilai wang.
7. Pesan pada anak, jika hal seperti ini berlalu terus suruh anak ‘report’ pada guru bertugas. Guru yang akan pergi berurusan dengan pekerja kantin dan bertanya hal sebenar.
Jika ada pekerja yang tidak jujur, pasti saban hari ada laporan murid. Jika setiap hari guru yang kena pergi minta baki murid, pemilik kantin pasti tukarkan pekerja yang tidak amanah itu. Kes selesai.
8. Sediakan not RM1 untuk anak-anak. Mudah kerja anak, mudah kerja orang kantin tak perlu beri baki.

Gambar Hiasan
Selalu aku tekankan, didikan pertama bermula dari rumah. Kalau kita ajar anak kita hal-hal ini sejak dari rumah, maka banyak kes kecuaian dapat kita elakkan.
Lebih penting, orang tidak dapat mengambil kesempatan pada sikap tulus seorang kanak-kanak.
Kitalah pena pertama yang mencorak anak kita. Begitulah.
Sumber: GPSBESTARI
The post Bekalkan Anak Dengan Not RM1 Ke Sekolah, Senang Anak Kita & Juga Orang Kantin! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bekalkan-anak-dengan-not-rm1-ke-sekolah-senang-anak-kita-juga-orang-kantin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Menangis Malulah Faham Dulu Perasaan Anak Pertama Kali Ke Sekolah Baru Senang Pujuk

Jangan Menangis Malulah Faham Dulu Perasaan Anak Pertama Kali Ke Sekolah Baru Senang Pujuk

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 483 hits
Kanak kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh SEPARATION ANXIETY Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yang asing Menurut Konsulta...
Kejadian Di Kantin Sekolah Anak

Kejadian Di Kantin Sekolah Anak

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 299 hits
Setakat ini pihak sekolah belum kejam lagi untuk menghalang ibubapa berada di kantin sekolah pada waktu rehat Tapi terdapat segelintir ibubapa yang turut duduk bersama anak mereka yang makan pada waktu rehat yang sepatutnya ruangan itu dikh...
Cuba Resipi Sushi Homemade Untuk Anak Ke Sekolah Senang Dan Jimat

Cuba Resipi Sushi Homemade Untuk Anak Ke Sekolah Senang Dan Jimat

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 377 hits
Bila anak dah nak mula sekolah Mama mulalah kembali kepada rutin asal iaitu bangun seawal pagi untuk siapkan bekal anak ke sekolah Anak peringkat usia pra sekolah biasalah masih lagi tidak pandai dan kekok untuk cuba beli makanan di kantin ...
Rakyat Di Kg Terpaksa Catu Belanja Belanja Sekolah Anak Rm1 60 Sehari

Rakyat Di Kg Terpaksa Catu Belanja Belanja Sekolah Anak Rm1 60 Sehari

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 439 hits
PENDANG 10 Jan Ibu bapa sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada anak mereka terutamanya daripada segi pendidikan Namun kesempitan hidup ekoran harga getah yang rendah ketika ini menyukarkan kehidupan sebuah keluarga di Kampung Bend...
8 Idea Bekal Untuk Anak Anak Semangat Ke Sekolah

8 Idea Bekal Untuk Anak Anak Semangat Ke Sekolah

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 617 hits
Kredit nbcnews com Salam tahun baru semua Marilah kita sama sama buang yang keruh dan ambil yang jernih Lupakan segala memori pahit tahun lalu dan sediakan diri untuk lalui tahun baru ini dengan tubuh yang sihat dan minda yang positif dalam...
Jom Bawa Anak Anak Anda Menyaksikan Persembahan Jungle Jam Di Resorts World Genting Cuti Sekolah Ini

Jom Bawa Anak Anak Anda Menyaksikan Persembahan Jungle Jam Di Resorts World Genting Cuti Sekolah Ini

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 445 hits
Jika anda masih belum berkesempatan untuk membawa anak anak anda berjalan ketika cuti sekolah ini apa kata anda ke tempat yang yang dekat tapi memberi keseronokan kepada anak anak anda Apa kata anda bawa anak anda jalan jalan ke Resorts Wor...
Pujuk Anak Berdrama Enggan Pakai Uniform Sekolah Suami Fouziah Ghous Buat Tips Mudah Ini

Pujuk Anak Berdrama Enggan Pakai Uniform Sekolah Suami Fouziah Ghous Buat Tips Mudah Ini

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 617 hits
Pujukan si ayah boleh meredakan drama anak lebih lebih lagi menempuhi minggu pertama persekolahan ini Apa yang dilakukan oleh suami Datin Fouziah Ghous ini membantu tips yang boleh ditiru bapa bapa lain juga Anak sulung Fouziah Muhammad Zee...
Anak Pergi Sekolah Pun Sedih

Anak Pergi Sekolah Pun Sedih

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 325 hits
Alaaa sekejap je pun adik pergi sekolah Nanti tengahari sayang jumpa semula dengan adik Yang nak sedih sedih sangat tu dah kenapa Abang tak tau apa perasaan sayang Emmm bila isteri dah jawab macam tu aku malas lah nak tanya lebih lebih lagi...
Mama Papa Tak Perlu Risau Pertama Kali Hantar Anak Ke Sekolah Cikgu Ni Berikan Pesanan Jamin Anak Selamat

Mama Papa Tak Perlu Risau Pertama Kali Hantar Anak Ke Sekolah Cikgu Ni Berikan Pesanan Jamin Anak Selamat

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 541 hits
Mama papa pastinya makin berdebar menunggu hari untuk menghantar anak ke pra sekolah atau tadika Bimbang anak ditinggalkan bersama rakan rakan yang tak dikenali menangis nak buang air dan sebagainya Semua ini makin membuatkan mama tak tidur...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching