Bekalan Vaksin Moderna Ke Jepun Digantung Kerana Penemuan Bendasing Dipercayai Unsur Logam


 
Bendasing dalam bekalan vaksin Moderna yang dihantar ke Jepun dipercayai mengandungi unsur logam, lapor media rasminya, NHK, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan.


Jepun semalam menggantung penggunaan 1.63 juta dos vaksin Moderna, lebih seminggu selepas pengedar tempatannya menerima laporan terdapat bahan cemar dalam beberapa botol.




Laporan NHK yang disiarkan semalam memetik kenyataan Kementerian Kesihatan sebagai berkata, unsur itu bertindak balas terhadap magnet, justeru disyaki sebagai logam.


Moderna menjelaskan ia sebagai 'bahan zarah' yang tidak mengundang sebarang isu berkaitan keselamatan atau keberkesanan vaksin berkenaan.


Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, identiti bahan tercemar itu masih belum disahkan setakat ini.


Berita berkenaan dijangka memberi kesan kepada sambutan terhadap program vaksinasi di Jepun yang ketika ini bergelut untuk meyakinkan masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda, untuk divaksinasi.


Hari ini, lapan lagi wilayah memasuki perintah darurat, menjadikan 80 peratus penduduk di Jepun kini berada di bawah sekatan bagi menangani penularan COVID-19.


Kerajaan melaporkan 25,000 jangkitan baharu dan 2,000 kes kritikal direkodkan setakat semalam.


Kementerian Kesihatan berkata, tindakan menggantung kumpulan vaksin Moderna itu adalah sebagai langkah berwaspada, namun ia mendorong beberapa syarikat membatalkan keputusan mevaksinasi pekerja mereka.


Perkara itu turut mendapat perhatian pengawal selia ubat-ubatan di Eropah, yang melancarkan siasatan mengenainya.


Sementara itu, syarikat farmasi Sepanyol, Rovi, yang melakukan pembungkusan vaksin berkenaan bagi pasaran selain Amerika Syarikat (AS), berkata pencemaran itu mungkin disebabkan isu pembuatan di salah sebuah kilangnya dan siasatan sedang dijalankan.


Dalam pada itu, pegawai Kementerian Kesihatan berkata ia mungkin mengambil masa untuk mengesahkan berapa banyak suntikan daripada kumpulan botol tercemar itu sudah diberikan di negara itu.


Menurut agensi berita Kyodo, sekurang-kurangnya 176,000 dos suntikan sudah digunakan berdasarkan jumlah yang dilaporkan oleh perbandaran tempatan.



Setakat ini, sekitar 54 peratus penduduk Jepun sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin coronavirus. - AGENSI


Bendasing dalam vaksin Moderna dipercayai unsur logam
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/08/856754/bendasing-dalam-vaksin-moderna-dipercayai-unsur-logam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/08/bekalan-vaksin-moderna-ke-jepun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid 19 Moderna Untuk Tenaga Kesehatan Dan Masyarakat Umum

Vaksin Covid 19 Moderna Untuk Tenaga Kesehatan Dan Masyarakat Umum

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 227 hits
Vaksin Covid 19 Moderna untuk Tenaga Kesehatan dan Masyarakat Umum Vaksin Covid 19 jenis Moderna yang sebelumnya hanya diperuntukkan sebagai booster tenaga kesehatan kini juga diberikan kepada masyarakat umum Hal tersebut dilakukan sebagai ...
Vaksin Moderna Diperuntukkan Bagi 100 030 Warga Jakarta

Vaksin Moderna Diperuntukkan Bagi 100 030 Warga Jakarta

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 221 hits
DKI butuh 200 060 dosis lagi untuk memenuhi kebutuhan vaksin lengkap bagi 100 030 orang Jeda suntikan pertama dengan suntikan kedua yakni 28 hari
512 000 Nakes Sudah Dapat Booster Vaksin Moderna

512 000 Nakes Sudah Dapat Booster Vaksin Moderna

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 213 hits
Pemerintah memulai vaksinasi Covid 19 dosis ketiga kepada tenaga kesehatan menggunakan vaksin Moderna pada Jumat Vaksinasi booster ini pertama kali dilakukan di Rumah Sakit Umum Pusat Nasional Dr Cipto Mangunkusumo Jakarta
Komnas Kipi Terima Laporan Efek Samping Vaksin Moderna Mayoritas Ringan

Komnas Kipi Terima Laporan Efek Samping Vaksin Moderna Mayoritas Ringan

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 237 hits
Pemerintah memulai vaksinasi Covid 19 dosis ketiga atau booster kepada tenaga kesehatan menggunakan vaksin Moderna pada Jumat Vaksinasi booster ini pertama kali dilakukan di Rumah Sakit Umum Pusat Nasional Dr Cipto Mangunkusumo Jakarta
Dki Akan Berikan Vaksin Moderna Untuk Warga Yang Belum Pernah Divaksinasi

Dki Akan Berikan Vaksin Moderna Untuk Warga Yang Belum Pernah Divaksinasi

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 237 hits
Dinas Kesehatan Provinsi DKI akan memberikan vaksin Covid 19 Moderna kepada 100 030 orang masyarakat umum atau non nakes
Imbas Kipi Nakes Pemkab Kulon Progo Tangguhkan Vaksin Moderna Bagi Ibu Hamil

Imbas Kipi Nakes Pemkab Kulon Progo Tangguhkan Vaksin Moderna Bagi Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 157 hits
Baning mengatakan vaksinasi untuk ibu hamil secara umum diizinkan menggunakan vaksin Sinovac maupun Moderna namun dengan melihat dampak KIPI vaksin tahap ketiga tenaga kesehatan pihaknya tidak mau mengambil risiko
Pemandu Ambulans Maut Dalam Perjalanan Mengambil Bekalan Vaksin

Pemandu Ambulans Maut Dalam Perjalanan Mengambil Bekalan Vaksin

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 425 hits
Anggota bomba membantu menyelamatkan 3 kakitangan kementerian kesihatan lain yang terperangkap di dalam kenderaan Pemandu maut 3 staf KKM cedera JOHOR BAHRU Seorang pemandu ambulans maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan itu di Kilomet...
Mana 200 000 Bekalan Vaksin Cansino Untuk Sabah

Mana 200 000 Bekalan Vaksin Cansino Untuk Sabah

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 200 hits
DARELL LEIKING KOTA KINABALU Parti Warisan Sabah menggesa Perdana Menteri segera memastikan bekalan vaksin dos tunggal CanSino dihantar ke Sabah seperti yang dijanjikan sebelum ini Sebanyak 200 000 vaksin CanSino dijadualkan dihantar ke Sab...
Ramai Daftar Cuma Bekalan Vaksin Di Kelantan Kurang

Ramai Daftar Cuma Bekalan Vaksin Di Kelantan Kurang

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 173 hits
Perlu lebih kurang sejuta dos supaya imuniti kelompok dicapai KOTA BHARU Jumlah pendaftaran Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan di Kelantan semakin tinggi menyaksikan proses vaksinasi yang dilaksanakan di seluruh negeri berjalan baik kata...
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies

Rm12 8bil In Unclaimed Money Awaiting Owners


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni

Pemandu Wanita Dihempap Kontena Sempat Telefon Ibu 4 Minit Sebelum Meninggal