Bekalan Telur Terputus Di Terengganu
Bekalan telur terputus di Terengganu?
Kuala Terengganu: Masalah bekalan telur tidak mencukupi di negeri ini berlarutan sejak sebulan lalu sekali gus memberi tekanan kepada peniaga dan pengguna.
Tinjauan ke Pasar Bukit Besar dan beberapa kedai runcit mendapati bekalan telur kehabisan stok sejak kelmarin.
Peniaga, Azlan Mohammad, 56, berkata, terakhir bekalan telur dijual pada Isnin lalu sebanyak 300 papan.
“Biasanya bekalan telur sampai ke kedai setiap hari dan atas permintaan peniaga tetapi sekarang hanya sekali seminggu.
“Jika telur sampai, tak sampai sehari akan habis kerana semua orang berebut membelinya maklumlah stok telur sukar diperolehi.
“Walaupun penawaran telur kurang dan permintaan tinggi, harga telur tetap dijual mengikut harga pasaran yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui di kedainya di Pasar Bukit Besar, hari ini.
Menurutnya, dia difahamkan masalah bekalan telur itu berlaku kerana harga kawalan yang ditetapkan pihak bertanggungjawab terlalu lama.
“Harga kawalan yang terlalu rendah menyebabkan pengeluar telur berasa tidak memadai dengan kos pengangkutan dari ladang.
“Kami faham harga kawalan yang ditetapkan untuk meringankan beban pengguna tetapi sekarang timbul masalah lain apabila bekalan telur pula sukar diperolehi,” katanya.
Menurutnya, memandang terlalu ramai pelanggan bertanya mengenai telur dia terpaksa menampal poster pemberitahuan mengenai ketiadaan stok telur.
“Saya simpati kepada pengguna yang ingin membeli telur tetapi tiada stok, malah ada pengguna yang sudah ke banyak kedai mencari bekalan telur,” katanya.
Peniaga kedai runcit, Zuhaira Zulkifli, 30, dari Kampung Losong Haji Mat Syafie berkata, masalah itu pertama kali berlaku sejak dua tahun berniaga.
“Sekarang semua gred telur tiada stok, ramai pelanggan yang datang kedai terpaksa pulang dengan hampa kerana tiada bekalan telur.
“Ada segelintir pengguna yang ingin membuat tempahan awal tetapi kami terpaksa menolaknya kerana tidak tahu bila bekalan telur sampai.
“Dalam keadaan sekarang, siapa cepat dia dapat dan kami tidak berjanji dengan pelanggan,” katanya.
Pengguna, Aini Adibah Ismail, 40, dari Gong Tok Nasek berkata, dia sudah pergi ke dua kedai hari ini untuk membeli telur.
“Bukan saja kedai runcit, pasar raya juga tiada bekalan telur sekarang dan masalah ini memberi tekanan kepada pengguna.
“Tidak pernah berlaku masalah bekalan telur seperti sekarang, biasanya hanya minyak dan gula yang pernah tiada bekalan.
“Jika masalah ini berlarutan ia akan menjejaskan banyak pihak terutama peniaga-peniaga makanan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata, pihak sedia maklum dengan masalah itu dan di peringkat kementerian sedang berusaha untuk menanganinya.
“Sebenarnya bekalan telur itu bermasalah di peringkat pengeluar dan ia tidak membabitkan semua jenis gred telur.
“Cuma sekarang bekalan telur cepat habis di kedai disebabkan permintaan melebihi penawaran.
“Masalah itu akan cuba diselesaikan di peringkat pusat dan ia tidak akan berlarutan,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan pemantauan dijalankan bukan semua kedai yang ketiadaan stok telur kerana masih ada di kedai dan pasar raya. HM
Bekalan telur terputus di Terengganu?
Baca Artikel Menarik:
Fatin penyelam komersial yang ‘rare’, pendapatan lumayan
Bapa bonceng jenazah anak 70 KM, tak mampu bayar ambulans
Perogol tertangkap selepas pesan kebab
Tiada istilah payung emas, ia hadis palsu
Anak Shuib jawab mengenai ibu tiri
Fakta Perceraian Siti Saleha dan Ahmad Lutfi
Lelaki ditahan rogol adik kandung
Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Norjuma Habib bakal dikeluarkan waran tangkap
Bila kita tekan butang, dia marah
‘Kalau kena dengan TMJ senyap pula…’
The post Bekalan telur terputus di Terengganu? appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/02/02/bekalan-telur-terputus-di-terengganu/