Begedil Ayam Mudah Dan Sedap




Saya dari mula membuat blog ini berazam untuk menyelitkan sedikit perkongsian ilmu dari bacaan saya dsb. Jadi kalau sudi, sama samalah kita baca untuk manafaat dunia dan akhirat. Kali ini masih lagi dari petikan video Ustaz Mat Esa Deraman, Tokku Pasir Gudang.
Keadaan orang beriman ketika hadapi sakaratul maut, ketika nyawa berada di halkum. Atau mungkin beberapa hari atau bulan sebelum mati. Ada berita menarik bagi orang beriman bila hampir dengan kematian. Mereka suka nak mati dan bercita cita nak mati. Tidak akan benci kematian melainkan orang yang ragu dengan janji Allah. 
Shaikh Abdul Qadir menyebut ianya umpama pergantian malam dan siang yang diterima oleh semua orang. Tiada yang bangkang kenapa adanya malam. Mereka melaluinya sebagai satu proses peredaran masa di dunia. Bagi orang beriman semua qada dan qadar adalah baik untuk nya. Semua dicatat pahala. Cuma pada nafsu sahaja suka atau tak suka. Analogi makanan yang kita makan akan memberi rasa kenyang walaupun kita suka atau tak suka makanan tersebut. Secara nafsu kalau makanan yang kita makan suatu yang kita suka, kita akan rasa seronok. Bila lapar dan kita makan, akan beri rasa kenyang. Haa begitu lah umpamanya.
Setiap orang mukmin ketika sakaratul maut akan disingkap pemandangan. Hari yang kita melihat sesuatu yang tidak dilihat dengan mata biasa. Diberi panca indera sebenar. Ketika itu, akan melihat malaikat, syaitan, tempat di syurga dan neraka. Bila hampir kematian hadir malaikat datang berbicara dengan nya. Dia akan bercakap pada alam dia. Dia melihat apa yang berada di hadapannya.
Dalam hadis Nabi riwayat Ibnu Abbas tidak ada satu nyawa yang berpisah dari dunia sehingga dia melihat tempat duduk nya di syurga atau neraka. Akan lihat segala yang tidak dapat dilihat dengan matanya. Jadi bila kita mendengar orang sakit, kita digalakkan untuk menziarah. Ajar dia dengan ucapan Laa ilahaillallaah. Beri berita gembira tentang syurga. Berita tentang pengampunan Allah. Tentang redha Allah.
Waktu hendak mati, mereka akan panik dan bingung. Pasti akan panik. Sakaratul maut lebih dasyat dari 1000 pukulan pedang. Manusia akan lihat malaikat dan syaitan. Orang beriman dekat nak mati, datang malaikat pencatat. Dia akan tengok malaikat buat kali pertama. 
Kalau dia orang baik malaikat akan cakap semoga Allah akan berikan kamu kebaikan pahala yang banyak. Kami menyaksi kebaikan yang kamu buat. Kamu berada dalam majlis kebaikan dan amalan baik yang kamu hadir. Malaikat pencatat akan ucap tahniah pada dia. 
Kemudian akan turun malaikat rahmat. Akan ditunjukkan tempatnya di syurga. Disingkap dan nampak segala nikmat dan haruman syurga dan segala nikmat syurga sehingga ia tak ingin hidup kembali tapi ingin meneruskan perjalanannya. Bersama malaikat Rahmat, ada kain kafan dari syurga dan haruman dari syurga. Dia kemudian akan duduk di satu tempat.
Ketika itu datang malaikatul maut duduk di sisi kepala pesakit. Kepala adalah laluan terakhir roh dari kaki betis lutut hingga ke perut, dada mula berombak, pernafasan makin sempit dan akhirnya roh keluar ikut mulut. Melihat malaiktul maut memang dasyat tapi diamankan oleh malaikat rahmat yang ramai dan berbondong bondong. Malaikat rahmat akan mengamankan ketakutam pada malaikatul maut. Macam anak kecil takut untuk bersunat, bila ibubapa masuk sekali dan pegang tangan dia untuk tenangkan dia. Sambil tak sedar dah siap.
Kalau dia orang baik, malaikatul maut akan kata keluarlah kamu untuk dapat keampunan dan redha Allah. Kalau pun sakit masa sakaratul maut, bagi orang beriman sakit untuk suci dari dosa dan untuk angkat darjat. Bagi sakit orang beriman, Allah akan ringankan. Masih boleh bernafas cuma ada gangguan bila bernafas. 
Malaikat rahmat ambil dan tukar kain kafan syurga. Sebelum manusia bergerak dari satu pintu langit ke satu pintu langit. Semua dipuji sampai langit ketujuh dan bertemu dengan Allah. Simpan catatannya di syurga. Pulangkan dia ke bumi kerana Aku jadikan dia dari tanah dan akan dibangkitkan semula.
Datang malaikat mungkar dan nakir dan akan didudukkan oleh kedua malaikat. Ditanya soalan kubur dan dijawab dengan lidah yang fasih. Bentangkan permaidani syurga, di wangikan kuburnya. Dibukakan pintu syurga. Dah nampak nikmat syurga. Ini detik paling gembira bagi mereka. 

Begedil adalah salah satu dari makanan kegemaran kami terutama Nana dan Juita. Kami boleh makan meratah ratah begitu sahaja. Kalau hari hari ada begedil pun OK. Tak pernah rasa jemu. 
Walaupun membuat begedil tidak susah tapi saya selalunya malas kerana banyak steps dan bahan yang perlu disediakan. Kalau semua bahan dah ada, mudah jer. Tinggal satukan semua bahan dan gaul  jer. 
Hari ini saya buat begedil ayam sambil nak mengajar bibik saya. Dia tak pernah makan begedil. Dia di kampung hanya makan nasi dan sayuran sahaja. Tiada ikan, ayam atau daging seperti kita. Telur pun sekali sekala sahaja diambil dari ayam yang dibela. Jadinya saya masih memasak seorang diri. Dia hanya bantu kupas bawang sahaja. 
Bila dia dah pandai, lebih senang lah. Dia boleh sediakan bahan bahan dan saya cuma tinggal menggaul bahan bahan sahaja. Banyak juga kena ajar dia kerana dia tak biasa makan banyak makanan apalagi memasaknya. Dia pun belum kenal bahan bahan masakan di sini. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannnya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Begedil Ayam Mudah Dan SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan A:3 biji ubi kentang3 sudu besar isi ayam 2 tangkai/1 sudu besar  daun sup - hiris nipis3 sudu besar bawang goreng ¼ sudu kecil serbuk lada sulah ¼ sudu kecil garam atau secukup rasa Secubit gula - untuk hilang rasa kelat kentang
Bahan B:1 biji telur Secubit garam
Cara cara:Kupas kentang, potong bulat leper dan dikukus hingga lembut. Nota: boleh juga direbus. Kemudian tumbuk atau lenyek halus. 
Sangai atau goreng isi ayam (masuk secubit garam) yang dicincang tanpa minyak sehingga masak. Jika cincang tak halus, boleh tumbuk selepas disangai. 

Satukan semua bahan kecuali telur. Gaul rata. Sesuaikan rasa. Tambahkan garam dan gula, jika perlu.

Basuh dan lap tangan dan ambil sedikit adunan dan dikepal kepal bulat kemudian ditekan leper. Buat sehingga habis. 

Panaskan minyak yang penuh dan sementara itu, celup begedil ke dalam telur yang dipukul dengan sedikit garam. 

Terus goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan. Tak perlu lama sebab semua bahan dah dimasak. Angkat dan tos. Sedia untuk dihidangkan. 

Nota:Jangan guna ayam kisar mentah kerana begedil boleh pecah semasa digoreng sebab basah atau lembik. 
Juga ayam yang mentah tidak sempat masak sempurna kerana begedil cuma digoreng sekejap sahaja. 
Kentang boleh juga dihiris nipis dan digoreng sehingga kekuningan dan ditumbuk ketika masih panas.
Kalau ada lebihan, boleh masukkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam freezer. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2022/10/begedil-ayam-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asam Pedas Ayam Lada Hitam Yang Sangat Sedap

Asam Pedas Ayam Lada Hitam Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 215 hits
Assalamualaikum wbtSEBAIK sahaja mendapat tahu hari Ahad merupakan hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor Sk terus teringat nak masak Asam Pedas Ayam kegemaran Iman sama ada untuk dihantar ke asrama Iman atau jika Iman nak balik ke rumah Jad...
Cara Paling Mudah Nak Buat Ikan Percik Yang Simple Sedap

Cara Paling Mudah Nak Buat Ikan Percik Yang Simple Sedap

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 225 hits
Salah satu masakan ikan yang sedap adalah ikan percik Ikan percik sememangnya disukai ramai Rasanya sedikit berlemak kerana penggunaan santan dan jika anda suka pedas boleh lebihkan cili padi ke dalam masakan anda Kali ini kami akan kongsik...
Stabil Mudah Merompak Makmur Sedap Menyamun

Stabil Mudah Merompak Makmur Sedap Menyamun

papar berkaitan - pada 16/10/2022 - jumlah : 210 hits
Faisal TehraniDikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 16 Oct 2022 9 00AM SEBENARNYA saya tidak tahu bangsa Melayu mana lagi yang boleh ditipu dan dibohongi dengan motto dan slogan basi Parti Korup Melayu ini lagi kali ini Ini selepas ...
Nasi Kerabu Ayam Bakar Tanpa Solok Lada Pun Sedap

Nasi Kerabu Ayam Bakar Tanpa Solok Lada Pun Sedap

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 235 hits
Harini cuti masak minta encik suami beli nasi kerabu je lah Dapat juga rehat masak Macam biasa beli depan Masjid Kariah Sikamat Tadi beli pukul 10 lebih macam tu Rezeki saya masih ada lagi nasi kerabunya Biasanya pukul 9 dah tak ada dah Enc...
Lunch Beriani Ayam Kambing Yang Sedap

Lunch Beriani Ayam Kambing Yang Sedap

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 219 hits
Baca GAMBAR LOKASI Lunch Beriani Ayam Kambing Yang Sedap Hai uolss lunch apa hari ni Nak carik kelainan Sesekali apa salahnya Sesekali food hunting dengan family best jugak Kita orang nak carik beriani hari ni Nak cari tempat yang sedap dan...
Sedap Lain Macam Ayam Goreng Serai Thai Ni Memang Patut Cuba

Sedap Lain Macam Ayam Goreng Serai Thai Ni Memang Patut Cuba

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 209 hits
Jom cuba resipi Ayam Goreng Serai Thai perkongsian saudari Khadijah Jaafar Jika biasa kita menikmati sajian Ayam Goreng Kunyit apa kata kali ini tukar sedikit resipinya dengan mencuba sesuatu yang baru Pasti lebih berselera dan tidak jemu d...
Nasi Ayam Sambal Pedas Tapi Sedap

Nasi Ayam Sambal Pedas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 19/10/2022 - jumlah : 300 hits
Baca GAMBAR LOKASI Nasi Ayam Sambal Pedas Tapi Sedap Semalam pergi Lotus dengan niat nak cari barang dapur Keadaan Lotus MR agak sesak mungkin sebab cuti peristiwa yang diberi oleh kerajaan Johor sempena menjuarai Piala Liga Super Kami thro...
Dapur Fiezasani Resipi Salad Ayam Grill Yang Sedap

Dapur Fiezasani Resipi Salad Ayam Grill Yang Sedap

papar berkaitan - pada 12/10/2022 - jumlah : 243 hits
Cuti honeymoon blog pun bercuti juga Jom ambil mood nak sambung membebel kat blog K fiezz nak kongsi resipi terbaru yang k fiezz cuba Resipi diet untuk mr hubby Diet mr hubby ni on off on off So k fiezz pun masak menu diet untuk mr hubby ni...
Resepi Sausage Bread Rolls Hanya 6 Bahan Mudah Sedap

Resepi Sausage Bread Rolls Hanya 6 Bahan Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 201 hits
Biasanya sausage bread rolls hanya di beli di kedai roti Nampak agak rumit nak disediakan tapi sebenarnya sangat mudah Menu ini pasti disukai anak anak di rumah Ikuti resipi lengkap Sausage Bread Roll yang telah dikongsi oleh Khairunnisa Mo...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya