Beg Berat Bawa Emas Tengku Muhammad Seloroh Harap Kerajaan Belanja Lebihan Had Bagasi
Beg Berat Bawa Emas, Tengku Muhammad Seloroh Harap Kerajaan Belanja Lebihan Had Bagasi
Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah mencuri tumpuan selepas skuad ekuestrian polo negara meraih pingat emas di Sukan SEA Thailand, semalam.
Ditemu bual wartawan Astro Arena selepas perlawanan, Tengku Muhammad Iskandar berseloroh memohon kerajaan Malaysia membiayai harga lebihan had sewaktu ‘check-in’ bagasi di lapangan terbang kerana terlalu berat membawa emas.
“Saya harap kerajaan Malaysia dapat belanja membiayai harga lebihan had sewaktu ‘check-in’ bagasi di lapangan terbang nanti sebab berat bawa balik emas,” selorohnya.
https://x.com/kamalnizamm/status/2002019405782536649
Ia disambut oleh sorakan dari ahli pasukannya yang lain.
Sementara itu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah gembira dengan kemenangan ke atas tuan rumah dalam acara four-to-six goals itu.
Baginda juga mengimbau kembali momen ketika baginda pernah memenangi emas pada Sukan SEA 1983.
BACA: Sukan SEA Thailand: Detik-Detik Penuh Mendebarkan Pecutan ‘Emas’ Aisyah Zubir
BACA JUGA: Sukan SEA 2025: Malaysia Rangkul Emas Acara Sepak Takraw Regu Berpasukan Lelaki
“Ia hari yang cukup memberangsangkan dan bertuah kita dapat berjaya. Saya mengucapkan tahniah kepada anakanda saya dan seluruh pasukan.
“Nasib memihak kepada kita. Kita bermain dengan sangat baik penuh dengan strategi. Tak banyak kesilapan yang dilakukan.
“Alhamdulillah, dia menunaikan kewajipan sebagai peserta dalam Sukan SEA membawa pulang pingat emas,” kata Baginda.
Selain Tengku Muhammad Iskandar, pasukan itu juga dibarisi oleh Muhammad Shahir Akmal Mohd Shah, Abdul Rashid Hasnan, Muhammad Edham Haji Shaharuddin, Azfar Mustapha, Mohd Zulhelmi Nadzar dan Amran Selamat.
Malaysia ketinggalan pada chukka pertama dan kedua 3-3.5 sebelum bangkit pada chukka seterusnya untuk memenangi pingat emas kategori berkenaan, yang kali terakhir dimenangi pada edisi 2019 di Filipina.
Pingat emas itu adalah satu-satunya emas disumbangkan kem ekuestrian polo negara pada temasya berkenaan, selepas meraih pingat gangsa dengan menewaskan Filipina 7-3.5 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga kategori 2-4 Gol, lapor Bernama.
Sumber: Stadium Astro
The post Beg Berat Bawa Emas, Tengku Muhammad Seloroh Harap Kerajaan Belanja Lebihan Had Bagasi appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/20/beg-berat-bawa-emas-tengku-muhammad-seloroh-harap-kerajaan-belanja-lebihan-had-bagasi/