Enam Bulan Akan Datang Taubat Dap Takkan Berhenti Daripada Kerajaan






16 December 2025


Selepas kalah dengan “telur ayam” dalam PRN Sabah baru-baru ini, DAP dengan garang memberi kata dua kepada Perdana Menteri agar kerajaan segera menunaikan janji-janji reformasi.


Parti itu memberi tempoh enam bulan kepada Anwar Ibrahim untuk janji-janji reformasi dilaksanakan, jika tidak, mereka akan keluar daripada kerajaan.


Begitu pun, seperti mana kata Anthony Loke, DAP akan terus menyokong kerajaan, cuma pemimpin-pemimpin mereka sedia untuk hidup tanpa memegang jawatan menteri dan timbalan menteri.


Ertinya, selepas ditolak oleh pengundi Sabah, DAP sedar penyebab utamanya ialah kerana rakyat tidak puas hati dengan prestasi dan janji-janji kerajaan selama ini.


Untuk mengelakkan DAP terus ditolak pada PRU16 akan datang, maka kata dua pun dilontarkan dan mereka sedia tidak terkait lagi dengan apa-apa keputusan kerajaan.


Buat seketika ini, tentu ramai yang kagum dan menghormati pendirian DAP itu.


Tetapi, melalui rombakan kabinet petang tadi, kedukaan DAP kerana kalah lapan kerusi DUN di Sabah telah terubat melalui kemurahan hati Perdana Menteri.


Walaupun kouta lima menteri kepada DAP dikekalkan, tetapi portfolio yang diberi ternyata tambah diperkukuhkan lagi.


Selain Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Digital, DAP kini memiliki dua lagi kementerian lain yang amat penting untuk kelangsungan kehidupan manusia iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Wilayah Persekutuan (di bawah JPM).


Dua kementerian baru itu ialah untuk menggantikan Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegang oleh DAP.


Paling menarik daripada dua kementerian itu ialah penganugerahan  menjaga Wilayah Persekutuan kepada DAP yang bermakna ia suatu sejarah kerana pertama kali ia digalas oleh menteri bukan Melayu.


Sebelum-sebelum ini, semua menteri yang menjaga Wilayah Persekutuan dipertanggungjawabkan kepada menteri Melayu belaka.


Diberi peranan menjaga Wilayah Persekutuan adalah umpama “jackpot” bagi DAP kerana ia bererti seperti dapat menjaga sebuah negeri.


Jika sebelum ini DAP hanya ada Pulau Pinang sebagai negeri yang dikuasainya, kini penguasaan parti itu bertambah kepada dua negeri.


Fantastik, fantastik, fantastik…


Dengan DAP sudah sedia menguasai lima daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, tambahan diberi peranan menerajui pentadbiran negeri dengan sendirinya bermakna semakin bertambah kukuhlah penguasaan parti itu di negeri yang di dalamnya terletak ibu negara Malaysia.


Berdasarkan peranan yang semakin kukuh diberikan kepada DAP melalui rombakan kabinet terbaru ini, kata dua parti itu kepada Perdana Menteri sebelum ini sudah boleh dikira tidak bermakna lagi.


Enam bulan akan datang, sama ada janji reformasi dilaksanakan atau tidak, ia bukan lagi perkara mustahak bagi DAP.


Pokoknya, DAP tidak akan keluar atau melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan selepas ini.


Percayalah, kiranya enam bulan lagi janji reformasi masih perlahan daripada dilaksanakan, pasti ada dalil untuk menghalalkan rasa sayang melepaskan jawatan kerajaan yang sangat penting yang sedang dipegang.


Tak percaya?


Simpan tulisan ini untuk kita sama-sama saksikan kejadiannya enam bulan akan datang. – ShahbudinHusin 16Disember2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/12/enam-bulan-akan-datang-taubat-dap-takkan-lepaskan-jawatan-dalam-kerajaan/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/enam-bulan-akan-datang-taubat-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Kata Dua Enam Bulan Adalah Cermin Kegagalan Dap Patut Keluar Kerajaan

Beri Kata Dua Enam Bulan Adalah Cermin Kegagalan Dap Patut Keluar Kerajaan

papar berkaitan - pada 10/12/2025 - jumlah : 176 hits
10 December 2025DAP dilaporkan memberi tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri untuk menyegerakan reformasi yang selama ini dijanjikan Setiausaha Agungnya Anthony Loke berkata jika Anwar Ibrahim gagal melaksanakan tuntutan itu dalam tempoh...
Anwar Tak Perlu Layan Dap Tak Boleh Keluar Kerajaan Tun M

Anwar Tak Perlu Layan Dap Tak Boleh Keluar Kerajaan Tun M

papar berkaitan - pada 13/12/2025 - jumlah : 147 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu melayan sebarang permintaan daripada DAP kerana parti itu tidak mempunyai pilihan untuk keluar daripada kerajaan Menurut beliau ...
Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec

Parti Keadilan Rakyat Temerloh Bantah Tuntutan Dikemukakan Penasihat Dap Kepada Kerajaan Berkaitan Pengiktirafan Uec

papar berkaitan - pada 16/12/2025 - jumlah : 143 hits
KUANTAN Parti Keadilan Rakyat Temerloh membantah tuntutan dikemukakan Penasihat DAP Lim Guan Eng kepada kerajaan berkaitan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu Ketua Penerangannya Abdullah Hakim Ahmad berkata tuntutan tersebut bukan sa...
Bantuan 30 Tan Beras Uae Bukan Dari Kerajaan Salah Faham Punca Dipulangkan Mendagri Indonesia

Bantuan 30 Tan Beras Uae Bukan Dari Kerajaan Salah Faham Punca Dipulangkan Mendagri Indonesia

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 123 hits
JAKARTA Menteri Dalam Negeri Indonesia Tito Karnavian tampil menjelaskan kekeliruan berhubung isu pemulangan 30 tan bantuan beras dari Emiriah Arab Bersatu kepada mangsa banjir di Medan yang sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi Menurut T...
Rancakkan Madani Jadi Wadah Kerajaan Bertemu Rakyat Lapor Pencapaian Tiga Tahun Pentadbiran

Rancakkan Madani Jadi Wadah Kerajaan Bertemu Rakyat Lapor Pencapaian Tiga Tahun Pentadbiran

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 85 hits
KUALA LUMPUR 5 Dis Program nbsp Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku nbsp yang berlangsung mulai hari ini hingga Ahad di Dataran Putrajaya menjadi platform penting kerajaan untuk bertemu rakyat serta melaporkan pencapaian pentadbiran Kerajaa...
Beg Berat Bawa Emas Tengku Muhammad Seloroh Harap Kerajaan Belanja Lebihan Had Bagasi

Beg Berat Bawa Emas Tengku Muhammad Seloroh Harap Kerajaan Belanja Lebihan Had Bagasi

papar berkaitan - pada 20/12/2025 - jumlah : 67 hits
Beg Berat Bawa Emas Tengku Muhammad Seloroh Harap Kerajaan Belanja Lebihan Had Bagasi Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Muhammad Iskandar Ri ayatuddin Shah mencuri tumpuan selepas skuad ekuestrian polo negara meraih pingat emas di Sukan S...
Azam Baki Nak Berhenti Suatu Kejayaan Buat Rafizi

Azam Baki Nak Berhenti Suatu Kejayaan Buat Rafizi

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 118 hits
11 December 2025Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki membayangkan akan menamatkan perkhimatannya mengetuai agensi itu tahun depan Ini bermakna beliau enggan menyambung lagi kontraknya apabila ia berakhir pada 12 Mei 2026 nanti Azam sebelum ini ...
Terima Kasih Kerajaan Malaysia

Terima Kasih Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 19/12/2025 - jumlah : 116 hits
Assalamualaikum wrt Orang kata rezeki tak pernah salah alamat kan alhamdulillah SA ada apply hari tu saje la apply andai ada rezeki combine pendapatan SA dan pendapatan suami untuk isi rumah apply lama dah awal tahun ni kot masa MySara dipe...
Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Yis Hidup Tapi Roti Jadi Keras Ini Punca Sebenar Ramai Tak Sedar

Resipi Snek Homemade Sihat Paling Digemari Anak Anak Ketika Cuti Sekolah

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Boleh Ke Oven Rumah Buat Roti Macam Kedai Ini Jawapan Sebenar

Papagomo Didakwa Terima Sumbamgan Bayar Saman Anwar Tanpa Kemas Kini Perniagaan

The Roi Of A Coffee


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Trump Umum Serangan Besar Besaran Terhadap Isil Di Syria

Cabaran Pekerjaan Menjelang Tahun 2026

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini

Penduduk Resah Diganggu Misteri Ketukan Pintu

Kopratasa Ke Pintu Asar Chord