Air Kacang Soya Manfaat Menakjubkan Resipi Homemade Yang Sangat Sedap


Air kacang soya merupakan minuman yang sangat popular dan menyihatkan. Kacang soya itu sendiri merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah berbanding daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 gm kacang soya, 11 kali ganda daripada susu dan tiga kali ganda lebih daripada telur. Ia juga kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus serta vitamin A,B,C,D dan lecithin.
Walaupun kecil, banyak makanan yang boleh dihasilkan menggunakan kacang ini. Antara yang popular ialah tauhu, tempe, fucuk dan juga air kacang soya. Ia bukan sahaja enak diminum, malah mempunyai pelbagai khasiat penting untuk tubuh.
Manfaat Air Kacang Soya Air kacang soya terkenal sebagai minuman yang sangat menyegarkan dan baik untuk kesihatan. Kalau ke pasar malam, memang banyak orang menjual air ini. Nikmati sejuk atau panas, dua-duanya sangat enak. Kandungan air kacang soya terdiri daripada karbohidrat, serat, vitamin E dan K serta asid lemak essensial. Lisin adalah salah satu asid amino yang terkandung dalam air ini.

Selain itu, air soya merupakan sumber protein lengkap yang diperlukan oleh tubuh. Soya mengandungi sembilan asid amino esensial yang membantu tubuh menghasilkan protein baru, termasuk antibodi untuk sistem imun dan enzim untuk penghasilan tenaga. Setiap secawan air soya tanpa gula mengandungi 7 gram protein.
Minuman ini juga kaya dengan vitamin dan mineral penting seperti kalsium, zat besi, riboflavin dan vitamin B12.
Kebaikan Air Kacang Soya Untuk Kesihatan
1. Menjaga Kesihatan Jantung Penyakit jantung merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami. MayoClinic.com menyarankan diet rendah lemak tepu dan sodium serta tinggi protein bagi mengurangkan risiko kardiovaskular. Satu cawan air soya mengandungi 3.6 gram lemak, 6.3 gram protein, 104 kalori dan hanya 0.5 gram lemak tepu. Nisbah lemak tepu dan tak tepu dalam soya membantu mengawal tekanan darah dan kolesterol.
2. Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah Antioksidan dalam isoflavon pada kacang soya mampu menaikkan kadar HDL (kolesterol baik). Manakala lesitin pula dipercayai dapat menurunkan LDL (kolesterol jahat). Ini menjadikan air kacang soya antara pilihan minuman yang membantu kesihatan jantung.
3. Mengurangkan Risiko Diabetes Protein di dalam air soya lebih mudah diolah oleh buah pinggang pesakit diabetes berbanding protein haiwan seperti susu lembu. Oleh itu, ia sering dijadikan pilihan lebih sihat bagi yang mengawal gula.
4. Mencegah Osteoporosis Osteoporosis sering berlaku akibat peningkatan usia dan kekurangan hormon. Fitoestrogen dalam soya membantu mempercepat penyerapan kalsium dan mencegah kehilangan massa tulang. Untuk manfaat tambahan, pilih air kacang soya yang diperkaya dengan kalsium dan vitamin D.
5. Sesuai Untuk Mereka Yang Berdiet Air kacang soya rendah lemak tetapi tinggi protein. Ia membantu memberi rasa kenyang lebih lama. Namun, seperti makanan lain, pengambilannya perlu bersederhana. Ada juga pendapat mengatakan pesakit kanser payudara perlu mengelakkan pengambilan soya secara berlebihan.
P/S: Info ini hanyalah perkongsian umum. Untuk nasihat lebih tepat, sila rujuk pakar pemakanan atau pengamal perubatan bertauliah.
Resipi Air Kacang Soya Homemade (Resipi oleh: JJ Pau Mawar)
Bahan-Bahan: 250gm kacang soya 1 jug air masak 2-3 helai daun pandan Gula pasir secukupnya – ikut kemanisan yang anda suka Cara Memasak: Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang kembang. Buang kulit yang tertanggal. Masukkan 1/4 kacang soya ke dalam pengisar bersama 3 cawan air. Kisar hingga hancur. Tapis kisaran tadi ke dalam periuk menggunakan kain kasa atau penapis halus. Perah hingga menjadi hampas. Ulang proses sampai habis. Masak air soya dengan api kecil bersama daun pandan. Tambahkan gula secukup rasa. Jika suka, boleh masak air gula secara berasingan dan tambah sewaktu hendak diminum. Masak hingga mendidih dan elakkan daripada membuak keluar. Padamkan api, biarkan suam dan sedia untuk dinikmati. Kredit resipi & foto: JJ Pau Mawar
 
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Air Soya Homemade Sedap Hanya Guna 2 Bahan

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official


from Rasa

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2025/11/air-kacang-soya-manfaat-menakjubkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Soda Herba Sedap Resipi Menyegarkan Rahsia Khasiat Lemon Yang Menakjubkan

Air Soda Herba Sedap Resipi Menyegarkan Rahsia Khasiat Lemon Yang Menakjubkan

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 129 hits
Air Soda Herba sedap ini memang sangat menyegarkan bila meminumnya Lebih lebih lagi bila cuaca panas Nak buatnya tak susah langsung Bahan pun taklah banyak sangat Bila buat sendiri rasa lebih puas kerana kita boleh masukkan bahan bahan yang...
Rempeyek Kacang Tanah Rangup Resipi Tanpa Air Kapur Yang Buat Orang Ketagih

Rempeyek Kacang Tanah Rangup Resipi Tanpa Air Kapur Yang Buat Orang Ketagih

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 178 hits
Rempeyek Kacang Tanah ni orang kata memang berhantu Masa makan memang ralit tak boleh berhenti Sambil borak tak sedar dah habis sebalang dibuatnya Biasanya resipi nak buat rempeyek ni kena ada air kapur Tapi jangan risau kalau nak buat tapi...
Cinnamon Roll Gebu Mudah Uli Tanpa Mixer Resipi Homemade Paling Sedap

Cinnamon Roll Gebu Mudah Uli Tanpa Mixer Resipi Homemade Paling Sedap

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 166 hits
Siapa yang tak suka cinnamon roll gebu dan wangi kayu manis Biasanya kalau teringin nak makan kenalah beli di kedai Tapi menerusi perkongsian saudara Adri Oppa ini puan puan boleh cuba buat sendiri di rumah Lebih menarik resipi ini sangat m...
Nugget Homemade Dari Lebihan Nasi Resipi Rare Jimat Sihat Untuk Anak Anak

Nugget Homemade Dari Lebihan Nasi Resipi Rare Jimat Sihat Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 243 hits
Lebihan nasi selain dihangatkan kembali sebenarnya boleh diolah menjadi pelbagai makanan enak seperti keropok puding apam dan sebagainya Salah satu yang mudah dan sedap untuk dicuba ialah nugget homemade dari lebihan nasi Walaupun nampak ag...
Resipi Roti Jala Sedap Ikut Sukatan Adunan Ni Memang Perfect Lembut Hasilnya

Resipi Roti Jala Sedap Ikut Sukatan Adunan Ni Memang Perfect Lembut Hasilnya

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 203 hits
Roti jala memang antara hidangan tradisional yang sering menjadi pilihan ramai terutama sekali bila dihidang bersama kari ayam atau daging Namun bila nak buat dalam jumlah banyak ramai yang keliru dengan sukatan bahan Jangan risau Kali ini ...
Resipi Agar Agar Santan Gula Melaka Sedap Dan Mudah Dibuat Di Rumah

Resipi Agar Agar Santan Gula Melaka Sedap Dan Mudah Dibuat Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 216 hits
Agar Agar Santan Gula Melaka memang digemari ramai kerana rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut Tak guna banyak bahan tetapi hasilnya sangat sedap dan menarik Hidangan ini juga sesuai untuk majlis keraian atau jamuan keluarga ...
Ayam Keledek Bakar Resipi Sihat Paling Mengenyangkan Menakjubkan

Ayam Keledek Bakar Resipi Sihat Paling Mengenyangkan Menakjubkan

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 182 hits
Dalam dunia pemakanan moden hari ini ramai yang mula menyedari bahawa makanan sihat tidak semestinya membosankan mahal atau memerlukan masa memasak yang panjang Sebenarnya kunci kepada gaya hidup sihat ialah memilih bahan yang betul kaedah ...
Popia Ayam Cendawan Berkeju Resipi Mudah Sedap Yang Paling Layan

Popia Ayam Cendawan Berkeju Resipi Mudah Sedap Yang Paling Layan

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 168 hits
Jom cuba buat Popia Ayam Cendawan Berkeju ni Sedap Popia merupakan antara sajian ringan mudah yang puan puan boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak dan sejukbekukan Intinya boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa masing masing Memang layan ...
Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba

Nasi Ulam Utara Resipi Sedap Power Yang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 222 hits
Sesekali menjamah Nasi Ulam Utara memang sedap Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam ulaman serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai Nak hasilkan menu ...
5 Sebab Kenapa Korang Wajib Singgah Gunung Reng Eco Park Di Jeli Kelantan

Permata Hati Melihatmu Tersenyum Aku Bahagia Gambar Kenangan Kami

30 Petua Kesihatan Tradisional Melayu Minyak Kayu Putih

Huawei Kicks Off The Holidays With Its Biggest Year End Celebration Joy Sale Season

Jemputan Majlis Kahwin Ada Kepada Sahabat Suami 07 12 2025

Banner Flyers Custom Masih Relevan Untuk Menjana Jualan

Hidup Dalam Koridor Algoritma Menyelami Rasa Penat Dan Ketentuan

Yummy Beef Jerky Recipe Without Dehydrator


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Lemak Labu Bayam Suun Pucuk

Senyum Di Luar Perang Di Dalam Tentang Luka Yang Tak Semua Nampak

U S Plans To Scrutinize Foreign Tourists Social Media History

Wanita Cuba Cop Parking Terkejut Kereta Tetap Masuk Sendiri

Hiburan Isu Muafakat Mrsm Saman Rita Saya Akan Panggil Kedua Dua Pihak Asyraf Wajdi

Insiden Baju Tetas Dari Lengan Sampai Ke Bahu