Mungkin Ramai Yang Cuba Menakut Nakutkan Anda Tentang Sakit Bersalin Jauhi Persekitaran Negatif


Menantikan kelahiran bayi comel anda bukanlah satu perkara yang mudah. Anda perlu bersedia dengan segala persiapan sebelum kelahiran dan selepas kelahiran. Segala peralatan berkaitan seperti pakaian dan kelengkapan lain bayi perlu dibeli terlebih dahulu kerana anda tidak mahu menyusahkan diri anda untuk mencarinya selepas bayi anda lahir. Di sebalik kerisauan anda terhadap persiapan membeli kelengkapan bayi, ada satu lagi kerisauan yang sering menghantui diri anda iaitu keresahan bagi melahirkan bayi itu sendiri. Jika anda sering berasa resah dan gusar berkenaan kelahiran bayi anda, ikuti tip berikut bagi membantu menenangkan diri anda.
Tip mengatasi ketakutan kelahiran bayi
Bagi ibu-ibu yang berasa sedikit gementar mengenai proses kelahiran yang akan dialami, ikuti tip di bawah ini bagi menjadikan anda lebih tenang, relaks dan gembira dalam melalui hari-hari bermakna anda.
#1. Pastikan penyebab keresahan anda
Sesetengah pengalaman boleh memicu ketakutan melampau terhadap proses kelahiran. Ini termasuklah sejarah silam seseorang wanita, kes keguguran yang lalu, kesusahan melahirkan anak dan pendedahan terhadap pelbagai kisah-kisah kelahiran yang menakutkan. Memahami ketakutan anda ini adalah langkah pertama untuk anda mengurus ketakutan anda.
#2. Pertimbangkan untuk melakukan terapi
Satu kajian yang dilaksanakan di Finland menemui bahawa wanita yang mempunyai ketakutan melampau terhadap kelahiran bayi, mempunyai tempoh masa yang lebih pendek dalam melahirkan anak setelah mereka menjalani terapi kognitif (perbualan). Oleh itu, cuba sertai terapi untuk membantu mengurangkan tekanan yang anda alami.
#3. Belajar kemahiran relaksasi
Anda boleh cuba untuk belajar melakukan meditasi dan senaman pernafasan kerana ia boleh memberikan ketenangan semasa kehamilan dan kelahiran anak. Ikuti panduan melalui penggunaan YouTube mengenai bagaimana untuk melakukan meditasi yang sesuai untuk diri anda.
#4. Kongsikan perasaan ketakutan anda
Jangan ragu-ragu atau teragak-agak untuk menyatakan kepada doktor atau bidan mengenai apa yang anda rasa. Luahan perasaan anda mungkin boleh membantu anda kerana mereka pasti mengetahui cara bagaimana untuk mengurangkan kebimbangan anda.
#5. Jauhkan diri daripada persekitaran yang negatif
Jangan sesekali menonton rancangan televisyen atau video yang menakutkan mengenai kelahiran bayi. Anda juga tidak digalakkan untuk membaca cerita-cerita seram atau mendengar pengalaman-pengalaman kelahiran yang menakutkan daripada rakan-rakan anda. Ini hanya akan meningkatkan tahap keresahan dalam diri anda.
Begitu mudah untuk anda mendapat keresahan berkenaan proses kelahiran, begitu mudah jugalah untuk anda menanganinya kembali. Tip-tip yang dikongsikan ini bukanlah satu tip yang sukar, sebaliknya hanyalah langkah-langkah mudah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua anda berada. Paling penting sekali, letakkan diri anda dalam persekitaran yang positif sepanjang masa. Kelahiran anak adalah saat yang paling bermakna untuk seorang ibu, bukanlah satu penderitaan yang perlu anda takuti.
Sumber: Hello Health
The post Mungkin Ramai Yang Cuba Menakut-Nakutkan Anda Tentang Sakit Bersalin, Jauhi Persekitaran Negatif appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/mungkin-ramai-yang-cuba-menakut-nakutkan-anda-tentang-sakit-bersalin-jauhi-persekitaran-negatif/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Akan Kongsi Berita Gembira Mungkin Lepas Bersalin

Saya Akan Kongsi Berita Gembira Mungkin Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 186 hits
Tidak mahu menafikan atau mengiyakan mengenai desas desus dirinya kini berbadan dua Fasha Sandha mengakui keguguran sebelum ini membuatkan dirinya fobia untuk bercerita The post appeared first on
Kaki Muka Bengkak Dan Kencing Berbuih Mungkin Anak Anda Hidap Sakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

Kaki Muka Bengkak Dan Kencing Berbuih Mungkin Anak Anda Hidap Sakit Buah Pinggang Sindrom Nefrotik

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 509 hits
Kebiasannya kita lihat penyakit yang melibatkan buah pinggang hanya melibatkan orang dewasa atau remaja akibat tidak menjaga pemakanan atau pun memang dilahirkan dengan masalah sakit buat pinggang Namun kanak kanak kini terdedah dengan sind...
6 Fakta Yang Dirahsiakan Oleh Amerika Tentang Pendaratan Apollo 13 Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Hingga Sekarang

6 Fakta Yang Dirahsiakan Oleh Amerika Tentang Pendaratan Apollo 13 Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Hingga Sekarang

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 451 hits
Apollo 11 adalah ekspedisi angkasa lepas pertama yang membuatkan manusia mendarat di Bulan Kru kru yang terlibat termasuklah Neil Armstrong dan Edwin Buzz Aldrin yang menjadi manusia pertama yang berjalan di Bulan Ia merupakan fakta yang di...
Syafiq Farhain Sakit Hati Chord

Syafiq Farhain Sakit Hati Chord

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 754 hits
F m A E D EF m A E EF m Edulu engkaulah permaisurikuB F mbertahta di dalam sanubari kuF m Edulu engkaula cintaku satuB F mtak pernah ku menduakan dirimuA Eku jaga dan ku belaikan dirimuBm kerna kau istimewa A EbagikuF m Asakit hatiku bila E...
Melahirkan Anak Lelaki Lebih Sakit Daripada Anak Perempuan

Melahirkan Anak Lelaki Lebih Sakit Daripada Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 311 hits
Adakah anda sebagai ibu pernah mendengar ekspesi melahirkan bayi lelaki lebih menyakitkan dari ketika melahirkan bayi perempuan Dari fakta perkara ini bukan sekadar mitos anda tahu Kajian telah membuktikan perbezaan alat kelamin bayi menyeb...
Mahathir Sakit Kenapa Diam Membisu Setelah Kalah Di Tanjung Piai

Mahathir Sakit Kenapa Diam Membisu Setelah Kalah Di Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 473 hits
3 hari lepas Siti Nurhaliza terharu apabila Dr Mahathir sanggup hadir ke konsert beliau Ketika itu minggu berkempen di PRK Tanjung Piai Zuraida Kamaruddin juga hadir bersama Kelmarin tsunami rakyat berlaku di Tanjung Piai Rakyat telah bersu...
Cecep Reza Meninggal Dunia Saat Tidur Diduga Karena Sakit Jantung

Cecep Reza Meninggal Dunia Saat Tidur Diduga Karena Sakit Jantung

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 681 hits
Kabar duka datang dari pesinetron Cecep Reza Pemeran Bombom dalam sinetron Bidadari itu meninggal dunia pada Selasa
Yonnyboii Feat Zynakal Sakit Chord

Yonnyboii Feat Zynakal Sakit Chord

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 1041 hits
CKalau kau rasa tak dihargai Dtutup la mata pegang la hati Emkalau kau rasa diri kau sunyi Am jangan bersedih Daku disini Cwalau hidupmu tumpas ku akan beri kerjasama Dbangkit wahai hidup ini taksempurna Emjangan selalu bersedih ku juga sel...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Drama Pabila Dia Tersenyum

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain