Bebas Kelemumur Dengan Hanya 3 Langkah Mudah
Hai korang! Tak kira berhijab atau tak, rambut adalah mahkota setiap wanita kerana ia memancarkan sisi pesona keayuaan dan keyakinan serta personaliti wanita hebat. Namun, wanita hebat ini sering berhadapan dengan pelbagai masalah kulit kepala dan rambut yang di sebabkan oleh cuasa yang panas dan lembap. Akibatnya, kepala dan rambut wanita amat mudah berpeluh dan berbau sekaligus menyebabkan kulit kepala menjadi gatal, tidak sihat dan merasa tidak selesa. Rambut memang sama hitam tetapi setiap individu memerlukan manfaat khusus
Bagaikan memahami keperluan wanita di Malaysia, SAFI Malaysia telah keluarkan 3 produk khas Safi Shayla untuk membebaskan wanita dari masalah kulit kepala seperti kegatalan, kelemumur dan sekaligus menjadikan rambut lembut, bersinar, sihat serta wangi. Tiga produk tersebut adalah:-
Safi Shayla Minyak Rambut Anti-Kelemumur
Minyak Rambut Safi Shayla ini mampu menjadikan rambut lebih lembut, licin dan kilauan rambut yang sihat dan menawan. Ia juga berkesan untuk mengurangkan kelemumur, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberi kesegaran kepada kulit kepada dengan sensasi dingin. Paling best sebab haruman dari minyak rambut ini mampu kekal sepanjang hari.
Safi Shayla Minyak Rambut Anti-Kelemumur
Minyak Rambut Safi Shayla ini mengandungi minyak organik habbatus sauda, minyak zaitun tulen, ejen anti kelemumur dan mentol. Kandungan ini mampu menjadikan rambut wanita sebagai rambut idaman atau seperti rawatan rambut di salon.
Syampu Shayla Anti Kelemumur
Syampu Shayla Anti Kelemumur dengan Micro Bamboo Carchoal, Habbatus Sauda dan Micro ZPT Complex berkesan untuk menghapuskan 99% kulat yang menyebabkan kelemumur dari cucian pertama dengan haruman sehingga 48 jam
Syampu Shayla Anti Kelemumur
Ini kerana Micro Bamboo Charcoal adalah bahan semula jadi yang di aktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala serta rambut. Habbatus Sauda pula bertindak untuk menghalang pembiakan bakteria, menyihatkan, melindungi dan mencantikkan rambut. Manakala Micro ZPT Complex berfungsi sebagai agen anti-kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur.
Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal
Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal kini dengan Micro Bamboo Charcoal, minyak organik Habbatus Sauda dan mentol membantu mengurangkan kelemumur dengan hanya cucian pertama. Selepas menggunakan masker ini, tiada lagi bau kepam dan kulit kepala gatal dan harumannya ia mampu kekal selama 48 jam ( bergantung kepada jenis rambut)
Safi Shayla Masker Penyegar Kulit Kepala Kawalan Kelemumur dan Gatal
Mommy dah cuba sendiri produk-produk Safi Shayla yang terbaru ni dan ia terbukti berkesan. Disebabkan itu mommy nak kongsi dengan korang cara yang betul menggunakan produk-produk Safi Shayla untuk bebas dari kelumumur. Bila dah bebas kelemumur bolehlah flip hair gitu eh flip tudung. Kelumur tiada keyakinan terserlah. hehehe...
Bebas Kelumumur Dengan Hanya 3 langkah Mudah
Langkah Pertama
Sebelum syampu rambut, lembapkan rambut dan kulit kepala dengan Safi Shayla Minyak Rambut Anti-Kelemumur. Goncang sebelum guna dan urut minyak perlahan-lahan ke kulit kepala melalui hujung rambut. Biarkan selama 3 hingga 5 minit.
Langkah Kedua
Selepas urut minyak anti kelemumur, sila syampu rambut dengan menggunakan syampu Safi Shayla Anti Kelemumur. Letak syampu banyak sikit dari biasa. Urut seperti salon sehingga sebati ke kulit kepala. Kemudian bilas sehingga bersih sebersihnya.
Langkah Ketiga
Akhir sekali, ratakan Masker Penyegar Kulit Kepala dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan selama 1 minit. Kemudian bilas.
Untuk kesan yang maksimum, guna produk Safi Shayla Anti-Kelumur ini 2 kali seminggu. In sha Allah anda bebas kelemumur sepenuhnya. Mudahkan
Dapatkan Koleksi Beg We Bare Bears Dengan Pembelian Produk Safi ShaylaOh yer, kalau korang nak tahu.. Untuk pembelian produk Safi Shayla bernilai RM35 ke atas layak mendapat satu beg We Bare Bears secara PERCUMA. Terdapat 4 koleksi We Bare Bears yang comel dan sesuai untuk anak-anak iaitu :
Putih - PandaPutih - Ice BearCoklat - The Bear GrizzlyBiru - ketiga-tiga watak utama dalam kartun We Bare Bears
Mommy dah berjaya collect keempat-empat. Of course la anak perempuan mommy nan sorang tu dapat 2 beg.
Koleksi Beg We Bare Bears
Beg We Bare Bears - Biru
Beg We Bare Bears - The Bear Grizzly
Beg We Bare Bears - Ice Bear
Amacam comel tak anak-anak mommy ? Eh bukan! Comel tak koleksi beg We Bare Bears X Safi Shayla ni? Kalau berkenan, cepat-cepat la korang dapatkan di pasaraya dan farmasi di seluruh negara. Rugi kalau korang tak grab sebab ia limited edition tau! Promosi ni tamat pada 31 Ogos ni. Lagi beberapa hari. So, korang kena cepat tau
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.yatizul.com/2019/08/bebas-kelemumur-dengan-hanya-3-langkah.html