Bebas Dan Muda Satu Refleksi Wajah Malaysia





Malaysia tidak pernah lari daripada sejarah kepimpinan anak muda. Sejak dari era pembebasan ketika dijajah, kita diperkenalkan dengan figura seperti Almarhum Ahmad Boestamam, Kesatuan Melayu Muda, Almarhumah Shamsiah Fakeh yang mula berpolitik seawal usia 23 tahun bersama Partai Kebangsaan Melayu Malaya. Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad. Bahkan umur Tun Sambathan juga ketika itu masih di awal 30 an ketika mula mengetuai diskusi menuju kemerdekaan.

Nah, ini membuktikan bahawasanya anak muda Malaysia yang tulen memang tidak asing lagi dalam merebut tampuk kepimpinan negara dahulu. Bahkan parti- parti tradisional seperti UMNO dan PAS telahpun berani untuk meneruskan tradisi mengangkat kepimpinan muda.

Lihat sahaja susur galur mantan perdana menteri Malaysia yang keenam. Mula berkecimpung dalam politik sebagai ahli parlimen Pekan pada usia 23 tahun. Beliau memimpin sebagai Menteri Besar Pahang dan berada di dalam kabinet bahkan sebelum usia 30 tahun. Ini semua membuktikan isu kepimpinan muda ini bukanlah isu baharu tetapi hakikatnya topik yang taboo.

Tak kurang juga dengan figura-figura aktivis kemasyarakatan dan gerakan islam yang lantang menyuarakan isu-isu rakyat. Dari kerusi guru Yayasan Anda, presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, mengetuai demonstrasi Baling sehinggalah kini di kerusi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Tempat dan tugas yang berubah-ubah, namun mesej yang dibawa tetap tuntas dan jelas.

Justeru, ini membawa kita kepada satu persoalan wajar. Berapa ramai anak muda yang lahir dari rahim persatuan pelajar dan aktif di universiti yang akhirnya memanjat di tangga politik? ramai! Tetapi soalnya berapa ramai yang membuka ruang untuk generasi seterusnya tampil menggantikan mereka di tampuk kuasa? Entah berapa lapisan generasi mantan aktivis pelajar, aktivis masyarakat dan golongan profesional muda yang berbakat dan akhirnya melebam di peringkat bawah kerana ruang di atas tidak dikosongkan.

Malaysia sebenarnya masih lagi tersepit dalam kerangka ideologi politik kepartian. Kepimpinan yang terlampir pada figura, bendera atau dana. Sedangkan revolusi politik yang diketuai anak muda adalah berteraskan idea dan jana-daya. Politik yang menggerakkan dan merubah nilai-nilai norma yang bukan sahaja dibawa oleh orang tua, bahkan jua anak muda yang telah tercemar dek kerakusan kuasa. Politik anak muda sepatutnya menongkah sistem lapuk dan penindasan, bukan sekadar reaksi atau sebuah pergerakan populis yang tidak pasti arah tujuan.

Dalam era politik dipenuhi dengan zombi-zombi reformasi, yang menyarung ideologi reformasi selama dua dekad, tetapi membelakangi mandat rakyat. Bertahun-tahun menjadi pendekar adab, bersyarah buku Sheikh Al Musnid Syed Naquib Al Attas, tetapi akhirnya terjunam dalam kegelapan surat sokongan.

Mungkin sahaja mempunyai platform segar boleh jadi ruang dalam mencungkil bakat-bakat kepimpinan baharu. Tetapi untuk menyatakan ini idea yang dapat membebaskan Malaysia daripada kebejatan politik orang tua. Itu falasi yang perlu dibetulkan. Kepimpinan mereka yang berusia muda sudah bertapak di watan ini jauh lebih lama. Ada yang memerdekakan. Ada yang telahpun terbukti di mahkamah sebagai kleptokrat.

Pemimpin datang dan pergi. Figura muda bakal berusia lambat laun. Parti majoriti tidak mustahil menjadi minoriti. Tetapi ideologi adalah nilai yang akan menjadi navigasi moral dan komitmen dalam melahirkan polisi. Yang perlu diutamakan adalah apa yang dibawa dan apa yang akan ditawarkan.

Moga-moga anak muda Malaysia akan terus menegakkan panji-panji kebenaran dan keadilan sosial di manapun mereka memilih untuk menyerahkan budi. Masyarakat tidak punya banyak ruang dan kotak ekonomi yang mesra marhaen. Kesenjangan, kemiskinan, pendidikan, wajib menjadi obor perjuangan semua anak muda yang mahu bebas untuk berkuasa.

Selamat Menjiwai Kebebasan Anak Muda!

#SalamKemerdekaan

‘Atiqah Syairah Shaharuddin
Ketua Srikandi KEADILAN Tanjong Karang




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/bebas-dan-muda-satu-refleksi-wajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Orang Muda Baru Ke Arah Malaysia Maju

Parti Orang Muda Baru Ke Arah Malaysia Maju

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 286 hits
Syed Saddiq Syed Rahman dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2018 sekali gus menjadikannya menteri kabinet termuda Asia Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR 6 Sept Ketika topik mengenai pemimpin politik muda dibincangkan Sanna Marin...
Viral Foto Wajah Nenek 72 Tahun Disulap Jadi Tampak Lebih Muda Sang Perias Ternyata Seorang Pria

Viral Foto Wajah Nenek 72 Tahun Disulap Jadi Tampak Lebih Muda Sang Perias Ternyata Seorang Pria

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 339 hits
Viral foto seorang nenek yang tampak lebih muda setelah mengenakan make up Dalam foto yang tersebar tampak jelas perubahan wajah sang nenek sebelum dan sesudah di make up Siapa sangka jika perias nenek tersebut adalah seorang pria Berdasark...
11 Kontak Rapat Pesakit Malaysia Bebas Covid 19

11 Kontak Rapat Pesakit Malaysia Bebas Covid 19

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 359 hits
BANGKOK 20 OGOS Sebelas individu yang mempunyai kontak rapat dengan seorang lelaki Malaysia yang diuji positif Covid 19 selepas pulang ke Kuala Lumpur dari Bangkok telah disahkan negatif virus itu Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Suw...
Disebakan Wajah Bapa Awet Muda Dua Beranak Ini Sering Disangka Abang Amp Adik

Disebakan Wajah Bapa Awet Muda Dua Beranak Ini Sering Disangka Abang Amp Adik

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 405 hits
Zaman sekarang ini berlumba lumba orang nak nampak muda dan menawan tapi ada juga golongan orang yang memang sudah semula jadi awet muda tanpa menjalani rawatan kosmetik Seperti kisah seorang gadis ini apabila bapanya menjadi perhatian neti...
Saya Yakin Rakyat Malaysia Cekal Jalani Cabaran Ini Ucapan Merdeka Dg Hisham

Saya Yakin Rakyat Malaysia Cekal Jalani Cabaran Ini Ucapan Merdeka Dg Hisham

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 483 hits
Menjelang hari kemerdekaan yang bakal disambut esok ucapan ucapan daripada orang kenaman negara telah mulai bertebaran di media sosial Walaupun pada tahun ini negara terpaksa merayakan hari bersejarah ini dalam keadaan yang penuh berhati ha...
Somalia Ucap Selamat Hari Kebangsaan Kepada Malaysia

Somalia Ucap Selamat Hari Kebangsaan Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 591 hits
Dutanya di Malaysia Abukar Abdi Osman dalam kenyataan semalam turut berdoa untuk keamanan kesejahteraan dan kemajuan negara ini serta Malaysia dapat mengatasi pandemik COVID 19 Bagi pihak negaranya beliau juga mengucapkan tahniah kepada Yan...
7 Fakta Menarik Disebalik Kemerdekaan Malaysia Yang Korang Mungkin Tak Tahu

7 Fakta Menarik Disebalik Kemerdekaan Malaysia Yang Korang Mungkin Tak Tahu

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 484 hits
Esok merupakan hari bersejarah khususnya rakyat Malaysia di mana kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita kali ke 63 sejak tahun 1957 Ada beberapa fakta menarik tentang kemerdekaan Malaysia yang mungkin korang tidak tahu Jadi...
Huawei Freelace Pro Juga Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Rm399

Huawei Freelace Pro Juga Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Rm399

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 329 hits
Fon telinga Huawei FreeLace Pro telah dilancarkan dua minggu lalu di China Ia membawakan sokongan pembatalan hingar aktif Seperti FreeLace terdahulu FreeLace Pro adalah dari jenis yang melingkar pada tengkuk dan rekaan dalam telinga Ia akhi...
Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Metamask Security Warning

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Overcoming The Funding Challenges

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Aktiviti Majlis Penghargaan Kepada Warga Pakistan Nekad Terjun Sungai Tragedi Putra Heights Ppim 06 04 2025

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja

Harga Pasaran Makin Naik Wanita Ni Selamba Beli Emas Bernilai Rm2 5 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nabila Maharani Hari Ini Engkau Disana Chord

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Terdapat Mesej Whatsapp Zayn Hilang Lantaklah Nak Hidup Ke Nak Mati Milik Dua Individu Saksi

69 Rekomendasi Lagu Yang Cocok Dinyanyikan Untuk Pernikahan Teman Dan Sahabat

Berhari Raya Di Hari Raya Pertama

Hiburan Belum Diklasifikasi Sebagai Kes Jenayah Tiada Keperluan Dedah Identiti Kontraktor Kp Selangor