Beauty Blender Sponge With Holder Murah Sangat
Beauty blender sponge atau makeup sponge satu benda wajib ada bagi mereka yang suka makeup. Fungsi beauty blender sponge tak lain tak bukan untuk blend foundation dengan rata sekata pada seluruh bahagian muka. Pendek kata, dengan adanya beauty blender sponge memudahkan kerja memakai foundation
Hasil pemakaian foundation menggunakan beauty blender sponge pun nampak lebih rata cantik berbanding menggunakan tangan. Makeup kini jadi trending di media sosial. Ramai kaki makeup atau Make Up Artist (MUA) yang berkongsikan tips makeup mereka. Dan tak hairanlah juga banyak jenis beauty blender sponge dijual di pasaran.
Bagi kau orang yang suka makeup tapi masih nak berjimat atau dalam erti kata lain takda bajet banyak, boleh dapatkan beauty blender sponge yang murah siap ada holder lagi dengan harga bawah RM10 di MR. DIY je. Kebetulan Fiza punya beauty blender sponge yang lama dah rosak dan bila nampak tu Fiza cuba lah beli. Kot boleh pakai masa terdesak. Kalau beli baru nak kena tunggu lagi sebab beli online kan
Ada beberapa warna yang lain, tapi Fiza pilih merahjambu lah of course! Rasanya ini paling murah yang pernah Fiza jumpa dan Fiza beli. Sebelum ni paling murah pun RM10. Lepas Fiza cuba pakai beberapa kali Fiza rasa kualiti sama je kot dengan yang lain. Boleh digunakan dry & wet. Tapi Fiza suka pakai dengan cara basahkan tu. Lagi mudah nak blend foundation
Kalau tak silap harganya RM6.90 with holder dalam satu box bawah ni. Sangat berbaloi pada Fiza sebab Fiza pun bukan jarang makeup. Nak cuci pun senang dan mudah nak keringkan sebab ada holder tu. Ya, mungkin ada yang kata kualiti berbeza. Nanti Fiza cuba beli beauty blender sponge yang mahal pula tengok macamana beza dia. Tapi ini kalau nak guna pun takda masalah pun kan.
KEQI Products using the original ecological materials, reduce the costs greatly. high quality with the best price, the pursuit of natural style with simple design concept, the perfect combination of pratical life.
Kalau kau orang ada bajet ciput tapi suka makeup, why not cuba beauty blender sponge ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2018/11/beauty-blender-sponge-with-holder-murah.html