Beaconhouse Malaysia Menangani Masalah Mental Dan Emosi Kanak Kanak Semasa Fasa Peralihan Ke Sekolah
hai semua.
Beaconhouse Malaysia : Pemerhatian Yang Lebih Dan Kerjasama Ibu Bapa Dan Guru Untuk Menangani Masalah Mental Dan Emosi Kanak-Kanak Semasa Fasa Peralihan Ke Sekolah - Selain persediaan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak perlu kita ambil tahu apabila masuk ke alam persekolahan. Fasa peralihan ni mungkin akan membuatkan sesetengah kanak-kanak tidak selesa setelah sekian lama berada di rumah disebabkan persekitaran yang berlainan. Jadi, Beaconhouse Malaysia menggesa ibu bapa dan guru untuk bekerjasama memantau kanak-kanak dalam tempoh peralihan sekolah ini supaya tiada masalah mental dan emosi terhadap kanak-kanak
Beaconhouse Malaysia : Pemerhatian Yang Lebih Dan Kerjasama Ibu Bapa Dan Guru Untuk Menangani Masalah Mental Dan Emosi Kanak-Kanak Semasa Fasa Peralihan Ke Sekolah
Sebagai ibu, nad inginkan yang terbaik untuk anak. Kadang kita terlepas pandang berkenaan mental dan emosi anak kita, lagi-lagi bila masuk ke alam persekolahan new norma ni. Perubahan daripada rutin biasa ke rutin harian yang baru akan menyebabkan mental dan emosi anak-anak terganggu. Waktu sekarang memang amat sukar, tetapi ini tidak boleh menjadi alasan untuk menjejaskan kualiti kesihatan mental dan emosi anak-anak kita, dan juga pendidikan mereka.
Untuk tau lebih mendalam lagi, nad tak lepaskan peluang turut serta mendengar berkenaan Kesihatan Mental dan Emosi bersama Sherlin Chang, Penolong Pengurus Pendidikan Awal Tahun, Beaconhouse Malaysia dan Rachel Khong, Timbalan Pengetua, BNEY Ampang.
"Kanak-kanak kini baru kembali ke sekolah setelah hampir satu tahun belajar dari rumah dan walaupun terdapat banyak perbualan mengenai keselamatan fizikal mereka, lebih banyak yang harus dikatakan dan dilakukan berkaitan dengan kesihatan mental dan emosi mereka," kata Sherlin Chang, Pembantu Pengurus, Pendidikan Awal Tahun, Beaconhouse Malaysia
Sebagai ibu bapa, menghantar anak ke sekolah mestilah nak anak gembira, berkawan, dan belajar sesuatu, tapi bila emosi menganggu fikiran anak-anak, semua tu jadi tak menarik dan pembelajaran pun terganggu. Bila melibatkan mental dan emosi kanak-kanak ni, secara tak langsung ia akan berkait kemampuan mereka untuk belajar dan berkembang baik dari segi akademik dan sosial.
"Kanak-kanak telah mengalami banyak hal selama setahun terakhir dan ini memberi kesan buruk kepada keadaan mental dan emosi mereka. Waktu berpanjangan di rumah ditambah dengan peralihan tiba-tiba kembali ke sekolah sepenuh masa boleh memberi kesan buruk kepada keadaan mereka,”lanjutnya
Kanak-kanak cenderung merasakan diri mereka terasing dan tidak selesa dengan keadaan persekitaran setelah lama terperap di dalam rumah. Mereka harus belajar untuk selesakan diri dengan persekitaran yang berlainan dan belajar berjauhan dengan ibu bapa. Inilah sebabnya mengapa sangat penting bagi guru dan ibu bapa untuk memperhatikan tanda-tanda bahawa anak-anak mengalami beberapa tekanan mental atau emosi.
Beberapa tanda menunjukkan bahawa kanak-kanak mengalami tekanan apabila anak-anak menangis berjam-jam lamanya, kurang selera makan, dan kurang motivasi. Perkara sedemikian akan menyebabkan tingkahlaku kanak-kanak kurang perhatian dan fikiran terganggu. Selain itu, kanak-kanak mungkin tidak dapat fokus di kelas kerana mengantuk. Apabila di rumah, tidur dan bangun ikut waktu yang mereka disebabkan tidak perlu ke sekolah. Apabila masuk waktu sekolah, waktu tidur perlu ditukar. Ini adalah sesuatu yang perlu dipantau dan diselaraskan oleh ibu bapa secara beransur-ansur untuk menjadikan anak-anak kembali ke dalam rutin sekolah mereka yang normal.
Sementara itu, Pemangku Ketua, BNEY Ampang, Rachel Khong menyatakan bahawa wabak tersebut memerlukan perubahan dalam pendekatan pendidikan biasa yang boleh mempengaruhi perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak
"Kanak-kanak biasanya bebas bergaul tetapi dengan keadaan pandemik, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga yang bertentangan dengan sifat kanak-kanak ini. Mereka mesti berada dalam jarak satu meter dan ini sukar terutama bagi anak-anak yang lebih muda - peringatan berterusan diperlukan. Ini juga mempengaruhi perkembangan mereka secara keseluruhan kerana salah satu cara utama kanak-kanak berkembang adalah melalui sentuhan sosial, ”jelas Rachel
Beaconhouse percaya bahawa ibu bapa dan guru perlu lebih prihatin untuk memantau dan mengurus tingkah laku dan sikap kanak-kanak. “Luangkan sedikit masa untuk bercakap dengan mereka mengenai hari mereka. Ketahui apa yang mereka rasakan dan fikirkan - betul-betul dengar. Kami mendapati bahawa kanak-kanak dengan senang hati terbuka jika didekati dengan baik dan ikhlas. Kita mesti memberi mereka peluang untuk berbicara dan berkongsi pendapat mereka, ”tambah Rachel
Nad setuju apa yang Rachel sampaikan. Selain anak anggap kita sebagai ibu bapa, kita juga dianggap kawan oleh anak-anak. Sentiasa borak sebagai kawan dan mendengar luahan atau cerita apa yang anak-anak nak cakapkan. Dalam kesibukan kita, ambil masa luangkan masa bersama anak. Pendekatan komunikasi kepada anak-anak penting untuk membuat mereka merasa selamat, dihormati dan bermotivasi. Sentiasa berkata positif kepada anak-anak seperti " Anda melakukan pekerjaan yang baik untuk membuat tempat tidur anda atau saya bangga dengan anda kerana melaksanakan tugas itu. " Cara ini akan lebih berkesan dalam mengurangkan masalah mental dan emosi anak-anak
Selain itu, kanak-kanak harus diberi banyak pilihan untuk bersuara dalam menyatakan diri. Beri peluang pada mereka untuk membuat pilihan, dapat meningkatkan harga diri dan pemikiran logik mereka. Peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan kesejahteraan mental anak termasuk menyediakan persekitaran di rumah yang penuh dengan kasih sayang dan penjagaan selain menggalakkan perbualan sihat dengan mendengar secara aktif serta membenarkan mereka bercakap tanpa bersikap menghakimi dan kritikal
Pihak sekolah juga, perlu menyedari dan perlu membuat strategik yang berbeza untuk anak-anak dalam peralihan kembali ke sekolah. Persekitaran sihat di sekolah juga amat penting kerana kanak-kanak menghabiskan banyak masa di sekolah setiap hari dan mereka perlu dilengkapi kemahiran bagaimana menangani tekanan secara berkesan, menyelesaikan masalah dan membina ketahanan diri. Di Beaconhouse, mereka menggabungkan watak ke dalam pengajaran kurikulum tingkah laku yang boleh diterima dan tidak boleh diterima
Setiap perubahan, perlu dilakukan dengan perlahan-lahan supaya kanak-kanak tak terkejut dan dapat menerima perubahan ini dengan baik. Paling bagus jika mengamalkan beberapa pembelajaran dari rumah digabungkan dengan kaedah sekolah yang lebih konvensional. Yang paling penting, ibu bapa dan guru mesti mempunyai talian komunikasi terbuka untuk menangani masalah itu secara kolektif
Pepatah mengatakan, melentur buluh, biar dari rebungnya. Ibu bapa yang mencorakkan anak-anak, manakala di sekolah guru membantu supaya anak-anak lebih mudah faham. Sebab tu kerjasama ibu bapa dan guru amat penting. Bila masing-masing prihatin, semua ni dapat mengurangkan peningkatan mental dan emosi anak-anak. Anak-anak lebih ceria nak ke sekolah.
Bagus sangat perkongsian yang diberikan. Sedikit sebanyak dapat belajar cara menangani masalah mental dan emosi anak-anak. Nampak macam perkara biasa, tapi sebenarnya semua ni berkait rapat dengan tingkahlaku, disiplin dan pembelajaran anak-anak. Jadi, ibu bapa dan guru perlu ambil pemerhatian yang lebih pada mental dan emosi anak-anak.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Beaconhouse Malaysia boleh layari: www.beaconhouse.edu.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2021/04/beaconhouse-malaysia-menangani-masalah-mental-dan-emosi-kanak-kanak-semasa-fasa-peralihan-ke-sekolah.html