Beach Photography Merakam Momen Dengan Alam
FOTOGRAFI | Merakam momen indah kehidupan
Selain dari menghasilkan lukisan, bermain dengan garisan dan warna, fotografi merupakan salah satu cabang seni yang sangat UA minati. Selain dari penting bagi UA dalam proses menghasilkan lukisan, UA juga meminati fotografi kerana ia menjadi alat terpenting dalam merakam momen indah dalam kehidupan kita
Lebih-lebih lagi bagi UA, seorang ibu yang sedang dalam fasa membesarkan anak-anak. Melihat kembali rakaman gambar yang diambil membuatkan sesiapa pun akan merasai bermacam-macam perasaan kerana dengan melihat gambar yang dirakam membuatkan kita teringat kembali momen tersebut. Betul kan? Kalau tak pasti cuba kita lihat kembali gambar lama, pasti terimbau kenangan waktu yang mungkin akan buat kita tersenyum atau sedih
Manusia, alam dan fotografi
Apabila bercerita tentang fotografi, rasanya kini hampir semua orang mampu merakam gambar dengan adanya Smartphone yang semakin berkembang dari hari ke hari. Dengan medium media sosial seperti instagram yang amat popular kini, makin ramai yang meminati fotografi dan berlumba-lumba untuk merakam gambar yang paling cantik.
Akan tetapi menjadikan sesuatu gambar itu mempunyai soul , tak semua orang mampu lakukannya
Bagi UA, Alam dan manusia merupakan soul dalam sesuatu gambar. Suasana sekeliling dan juga ekspersi wajah menjadikan satu gambar itu indah dan menyentuh hati. Selain dari itu komposisi juga elemen terpenting dalam menghasilkan satu gambar
Bercerita tentang fotografi, subjek yang UA suka dan selalu menjadi perhatian UA adalah alam, tumbuhan, bunga-bungaan dan juga kanak-kanak. Alam dan tumbuhan terlalu indah bagi UA, dan UA terasa sangat rugi jika tak dirakam kan keindahannya. Selain itu kanak-kanak juga merupaka favourite subjek UA dalam fotografi. Ekpsresi wajah mereka pricesless, penuh kejujuran
Rakaman momen bersama Afrinaadriana
Buat pengetahuan semua UA tak ada basic knowlegde pun in photography tapi disebabkan minat UA belajar, cuba buat pemerhatian sendiri. Terus cuba dan cuba merakam momen indah UA sebagai seorang ibu dan pencinta alam sehingga bepuluh gambar UA rakam sehingga kan penuh folder phone UA hanya dengan beribu gambar
Entri kali ini UA kongsikan gambar #afrinaadriaana bersama-sama dengan cousin mereka, di Pantai remis, Jeram. Walaupun ada upload di instagram tapi tak semua gambar ada. Ua decide untuk kongsi lebih banyak gambar momen itu di sini
Afrinaadriana terlalu sukakan pantai, Jadi demi menunaikan permintaan mereka UA dan umi sepakatlah bawalah mereka ke sini raya yang lalu dan terakam lah gambar- gambar itu tanpa diduga.
Antara banyak-banyak gambar yang UA rakam di tahun 2018 ini, gambar di pantai inilah yang paling UA suka. Pantai sememangnya tak menghampakan untuk kita rakamkan momen bersama yang tersayang. Keindahannya, masyallah..terbayang lagi UA suasananya di mata. Terasa puas hati UA hari tu walaupun phone kehabisan bateri
Mulai esok cuti sekolah dah bermula, UA ada merancang untuk ke pantai ni lagi dengan Afrinaadriana, insyallah kalau cuaca bagus bolehlah pergi lagi.yuhuu . Harap semua enjoy melihat gambar-gambar momen UA bersama #afrinaadriana yang di entri kali.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.artyazkee.com/2018/08/beach-photography-merakam-momen-dengan.html