Be Kind To Yourself Validate Your Feelings
Be Kind To Yourself | Validate Your Feelings Setiap dari kita pastinya pernah rasa gembira, sedih, marah, kecewa dan pelbagai perasaan lain lagi. Ia bukanlah sesuatu yang luar biasa, tetapi ia merupakan fitrah bagi setiap insani.
Manusia itu lemah. Sedar atau tidak, kadang-kadang kita tak mampu pun nak kawal perasaan sendiri. Kan?
Sebagai seorang ibu terutamanya, kita semestinya nak yang baik-baik dan happy-happy jer dengan anak-anak. Tapi, perasan tak? Jarang sangat ada hari yang kita lalui tanpa kita memarahi mereka. Hihi ummi sorry yee anak-anak!
Nampak tak? Tu baru satu contoh, yang kita manusia ni kadang gagal kawal perasaan kita sendiri. Kalau perasaan orang lain. Lagi lah susah kan
Kadang-kadang kita cuba untuk bahagia. Tapi, perasaan kita pulak rasa sebaliknya. Kita mudah marah. Kita tidak tenang.
Ketahuilah itu sebenarnya normal dan berlaku kepada setiap orang. Yes, you are not alone. Be Kind To Yourself | Validate Your Feelings Terima seadanya perasaan yang kita rasai itu.
Jangan menafikannya
Jangan pula melebihi batas dalam melayan perasaan.
Redha dan terima segala takdir yang berlaku. It's okay untuk kita layan perasaan marah atau kecewa kita sekejap
Bila dah rasa cool down sikit, then we move on. Memang tak mudah. Tapi, kita memang perlu untuk berjuang dan berusaha ke arah yang lebih baik.
Kita boleh lakukannya. Usaha dan doa.
InshaAllah, pasti akan ada sinar selepasnya. :)
Yang penting sekali, kita kena sedar setiap apa yang terjadi. Baik atau buruk di mata kita. Semuanya dari Allah, Tuhan kita.
Allah itu sayangkan hambaNya melebihi sayangnya seorang ibu kepada anak.
Kalau kita rasa, sayang kita kepada anak-anak kita tu sangat tinggi. Yakinlah yang Allah menyayangi kita lebih dari itu lagi.
Terus, apa kamu mengira Allah akan mengaturkan sesuatu yang tidak baik buatmu?
Teruslah bersangka baik kepada Allah.
Senyum. Lalui nikmat dan ujian dengan pandangan kasih dari Ilahi.
Semuanya dari Allah. Senang atau susah.
Allah ada. Kembalilah kepadaNya. Merintihlah kepada Dia yang satu.
InshaAllah hatimu akan bertambah tenang. Bi iznillah. :")
ana_fatihah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://solehahgirlz.blogspot.com/2023/01/be-kind-to-yourself-validate-your.html