Bayi Yang Diberikan Susu Ibu Sejak Lahir Kurang Mendapat Penyakit 400 Jenis Nutrien Terdapat Dalam Susu Ibu


Penyusuan susu ibu diketahui dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan dan kematian dalam kalangan bayi. Mengikut kajian, bayi yang diberikan susu ibu sejak lahir kurang menghidap penyakit pada tahun pertama hayat mereka. Malah, bayi yang menyusu badan juga kurang berisiko mendapat penyakit seperti cirit-birit, pneumonia, bronchitis, sembelit, jangkitan saluran kencing, ekzema dan masalah malnutrisi.

Malnutrisi atau kekurangan zat makanan adalah masalah yang lazim dialami oleh kanak-kanak. Namun, kebanyakan ibu bapa kurang sedar akan bahaya malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kekurangan nutrisi dianggarkan berkait dengan 2.7 juta kematian kanak-kanak setahun atau 45 peratus daripada semua penyebab kematian kanak-kanak. Melihat kepada angka ini, tentunya ibu bapa perlu membuka mata dan mencari jalan bagi menangani masalah malnutrisi yang semakin pincang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Bagaimana penyusuan susu ibu boleh membendung malnutrisi kanak-kanak?
WHO dan Tabung Kanak-kanak Negara (UNICEF) menganggarkan lebih 800 ribu nyawa kanak-kanak di bawah usia lima tahun dapat diselamatkan setiap tahun sekiranya penyusuan susu ibu diberikan secara optimal. Ini kerana, pemberian pemakanan yang optimal amat penting semasa dua tahun pertama hayat kanak-kanak bagi mengurangkan morbiditi dan kematian, mengurangkan risiko penyakit kronik, serta menggalakkan perkembangan dan tumbesaran yang sihat.

Konsultansi Pakar WHO telah mempertimbangkan bukti-bukti saintifik dan membuat kesimpulan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi bayi sejak lahir sehingga 6 bulan memberi pelbagai faedah kepada bayi dan ibu. Pertubuhan ini juga menyarankan supaya penyusuan pertama dijalankan dalam tempoh satu jam pertama selepas bayi dilahirkan. Pengenalan kepada makanan pejal bermula semasa usia bayi enam bulan namun, amat disarankan supaya ibu meneruskan pemberian susu badan kepada si manja sehingga usia bayi dua tahun.
Apa yang ada dalam susu ibu?
Bermula lahir sehingga usia bayi enam bulan, ibu perlu menyusukan bayi secara eksklusif kerana susu ibu sudah cukup lengkap dan menepati keperluan nutrisi bayi. Eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu badan sahaja dan tidak diberikan makanan atau minuman lain termasuk air. Penyusuan eksklusif ini memberi banyak manfaat kepada bayi dan ibu, termasuklah menyediakan perlindungan kepada jangkitan gastrousus.
Ibu baru bersalin disarankan untuk mula menyusukan bayi dalam tempoh satu jam selepas kelahiran bayi. Hal ini kerana, susu pertama yang keluar pada ibu adalah yang terbaik untuk si manja. Susu yang dikenali sebagai kolostrum ini telah mula dihasilkan pada hujung tempoh kehamilan dan merupakan makanan yang sempurna untuk bayi kerana mempunyai 400 jenis nutrien, hormon dan kuasa untuk melawan penyakit. Malah, susu semula jadi ini juga mempunyai pelbagai ramuan penting untuk kesihatan bayi yang tidak boleh diperolehi dari mana-mana susu formula yang terdapat di pasaran. Penyusuan awal ini membantu melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan dan mengurangkan risiko kematian bayi baru lahir. Risiko kematian ini boleh terjadi disebabkan cirit-birit dan jangkitan lain yang boleh berlaku kepada bayi yang tidak diberikan susu badan sepenuhnya ataupun yang tidak diberikan susu ibu langsung.

Susu ibu juga merupakan sumber penting tenaga dan nutrien bagi bayi yang berusia 6-23 bulan. Susu ibu menawarkan separuh atau lebih tenaga yang diperlukan oleh bayi berusia 6-12 bulan, dan satu pertiga keperluan tenaga untuk bayi 12-24 bulan. Susu ibu ini juga menjadi sumber kritikal tenaga dan nutrien semasa sakit, dan mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan.
Justeru, pemberian susu ibu yang optimum merupakan pencegahan awal kepada masalah malnutrisi kanak-kanak, selain memberikan kesan positif sepanjang hayat terhadap kanak-kanak dan ibu.
The post Bayi Yang Diberikan Susu Ibu Sejak Lahir Kurang Mendapat Penyakit! 400 Jenis Nutrien Terdapat Dalam Susu Ibu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bayi-yang-diberikan-susu-ibu-sejak-lahir-kurang-mendapat-penyakit-400-jenis-nutrien-terdapat-dalam-susu-ibu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Ibu Boleh Merawat Atau Menyebabkan Bayi Kuning Panduan Ini Boleh Membantu Para Ibu

Susu Ibu Boleh Merawat Atau Menyebabkan Bayi Kuning Panduan Ini Boleh Membantu Para Ibu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 353 hits
Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir Kira kira 60 peratus bayi mengalami jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis dok...
Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Anak Alami Kekurangan Nutrien Susu Ibu Cegah Malnutrisi Pada Kanak Kanak

Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Anak Alami Kekurangan Nutrien Susu Ibu Cegah Malnutrisi Pada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 380 hits
Malnutrisi ialah masalah kekurangan nutrien yang lazimnya berlaku kepada kanak kanak yang berusia 5 tahun ke bawah Penyusuan susu ibu diketahui dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan dan kematian dalam kalangan bayi Mengikut kajian bayi ...
Ibu Bayi Baru Lahir Mati Sebab Pembedahan Dilakukan Doktor Mabuk

Ibu Bayi Baru Lahir Mati Sebab Pembedahan Dilakukan Doktor Mabuk

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 633 hits
Dek kerana meneruskan pembedahan Caesarean dalam keadaan mabuk seorang doktor telah menyebabkan kematian ibu serta bayinya yang baru dilahirkan Menurut Chanel News Asia mangsa bernama Kamini Chachi 22 telah dihantarkan ke hospital kerajaan ...
Ibu Kongsi 6 Aktiviti Rangsangan Untuk Bayi Yang Boleh Duduk Nampak Mudah Tapi Banyak Manfaatnya

Ibu Kongsi 6 Aktiviti Rangsangan Untuk Bayi Yang Boleh Duduk Nampak Mudah Tapi Banyak Manfaatnya

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 849 hits
Jangan pandang rendah kepada aktiviti rangsangan kepada si kecil Sesuaikan setiap aktiviti dengan tahap perkembangan anak Ibu ini berkongsi 8 aktiviti yang dilakukan bersama bayinya ketika anaknya sudah boleh duduk Rangsangan atau aktiviti ...
Cukup Susu Ke Bayi Anda Petunjuk Ini Mungkin Dapat Membantu Anda

Cukup Susu Ke Bayi Anda Petunjuk Ini Mungkin Dapat Membantu Anda

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 347 hits
Mustahak bagi anda untuk yakin dengan diri sendiri apabila memutuskan mahu menyusukan bayi dengan susu ibu Walau bagaimanapun keyakinan ini hanya akan timbul dan menjadi lebih mantap lagi jika anda mempunyai ilmu berkenaan asas penyusuan su...
Letak Bayi Depan Tv Boleh Menyebabkan Bayi Susah Tidur 4 Perkara Lagi Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Letak Bayi Depan Tv Boleh Menyebabkan Bayi Susah Tidur 4 Perkara Lagi Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 537 hits
Pernah tak ada hari anak anda susah sangat nak tidur Kadang kadang sampai 3 4 pagi dan menggangu waktu tidur anda Sebagai ibu bapa kita harus periksa rutin harian anak anak supaya tidak menggangu waktu tidurnya Ada beberapa perkara yang mun...
Aturan Terima Tamu Setelah Melahirkan Agar Ibu Dan Bayi Tetap Nyaman

Aturan Terima Tamu Setelah Melahirkan Agar Ibu Dan Bayi Tetap Nyaman

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 292 hits
Merayakan kelahiran bayi Anda bersama orang orang terdekat adalah salah satu momen yang tentu tak ingin Anda lewatkan Biasanya memang keluarga dan sahabat akan datang menengok setelah bayi lahir Namun di saat yang sama Anda begitu kewalahan...
Asyik Menangis Meragam Adakah Bayi Lapar Tak Cukup Susu Mama Papa Perlu Tahu Tentang Growth Spurt

Asyik Menangis Meragam Adakah Bayi Lapar Tak Cukup Susu Mama Papa Perlu Tahu Tentang Growth Spurt

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 615 hits
Ada masanya bayi menangis dan meragam lebih daripada biasa Mama papa tentu gusar akan keadaan ini adakah bayi lapar akibat tidak cukup susu Tapi mama papa perlu tahu satu keadaan yang dilalui bayi dalam perkembangannya iaitu growth spurt Me...
Ibu Nyaris Tukar Wany Hasrita Kepada Bayi Lain

Ibu Nyaris Tukar Wany Hasrita Kepada Bayi Lain

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 415 hits
SIAPA sangka di sebalik wajah cantik dan penampilan yang sopan rupa rupanya penyanyi Wany Hasrita ini seorang kanak kanak yang boleh dikategorikan nakal Perangai sebenar Wany ketika di zaman kanak kanak dibongkarkan oleh ibunya Norita Jaafa...
Oriental Kopi Klcc Port Minum Kopi Terbaru

Pasar Raya Flagship Jaya Grocer Di Sunway Pyramid Tarik Pengunjung Dengan Penampilan Serba Baharu

U Mobile The New Ali Baba Contractor For The Second 5g Network Tender

The Celebrity Legs And Feet In Tights 2024 Pantyhose Queen Poll Full Contender List

Panas Artis Wanita Malaysia Ditahan Polis Thailand Turut Ditemukan 6 000 Biji Pil Kuda

Iphones Dalam Bahaya Amaran Baru Peretasan Sasarkan Peranti Apple

Explore The Hottest Tangkasnet Gaming Trends And Top Picks For 2024

Jangkitan Kulit Utama Oleh Mycobacteria Bukan Tuberkulosis Laporan 6 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council

Anugerah Seri Angkasa 2024 Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Dan Segala Info ASA 36


Creating Timeless Portraits Techniques Used By Professional Photographers In Dubai

Pengawal Keselamatan Rebah Tunggang Motosikal Akibat Terlalu Penat Bekerja

Artis Kelantan Ditahan Sungai Golok Didakwa Miliki Dadah

Immigration Officers Involved In Counter Setting Case Transferred Says Dg

Kerajaan Perkenal Undang Undang Lebih Tegas Tangani Buli Siber Kata Anwar

Malaysiaweeklyrecap 30 September