Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Anak Alami Kekurangan Nutrien Susu Ibu Cegah Malnutrisi Pada Kanak Kanak


Malnutrisi ialah masalah kekurangan nutrien yang lazimnya berlaku kepada kanak-kanak yang berusia 5 tahun ke bawah. Penyusuan susu ibu diketahui dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan dan kematian dalam kalangan bayi.
Mengikut kajian, bayi yang diberikan susu ibu sejak lahir kurang menghidap penyakit pada tahun pertama hayat mereka. Malah, bayi yang menyusu susu ibu juga kurang berisiko mendapat penyakit seperti cirit-birit, pneumonia, bronchitis, sembelit, jangkitan saluran kencing, ekzema dan masalah malnutrisi.

Malnutrisi atau kekurangan zat makanan adalah masalah yang lazim dialami oleh kanak-kanak. Namun, kebanyakan ibu bapa kurang sedar akan bahaya malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kekurangan nutrisi dianggarkan berkait dengan 2.7 juta kematian kanak-kanak setahun atau 45 peratus daripada semua penyebab kematian kanak-kanak.
Melihat kepada angka ini, tentunya ibu bapa perlu membuka mata dan mencari jalan bagi menangani masalah malnutrisi yang semakin pincang berlaku dalam kalangan kanak-kanak.
Bagaimana penyusuan susu ibu boleh membendung malnutrisi kanak-kanak? WHO dan Tabung Kanak-kanak Negara (UNICEF) menganggarkan lebih 800 ribu nyawa kanak-kanak di bawah usia lima tahun dapat diselamatkan setiap tahun sekiranya penyusuan susu ibu diberikan secara optimal.
Ini kerana, pemberian pemakanan yang optimal amat penting semasa dua tahun pertama hayat kanak-kanak bagi mengurangkan morbiditi dan kematian, mengurangkan risiko penyakit kronik, serta menggalakkan perkembangan dan tumbesaran yang sihat.

Konsultansi Pakar WHO telah mempertimbangkan bukti-bukti saintifik dan membuat kesimpulan bahawa penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi bayi sejak lahir sehingga 6 bulan memberi pelbagai faedah kepada bayi dan ibu.
Pertubuhan ini juga menyarankan supaya penyusuan pertama dijalankan dalam tempoh satu jam pertama selepas bayi dilahirkan. Pengenalan kepada makanan pejal bermula semasa usia bayi enam bulan namun, amat disarankan supaya ibu meneruskan pemberian susu badan kepada si manja sehingga usia bayi dua tahun.
Saksikan Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara 27 November 2018 untuk mendapatkan info lanjut. Apa yang ada dalam susu ibu? Bermula lahir sehingga usia bayi enam bulan, ibu perlu menyusukan bayi secara eksklusif kerana susu ibu sudah cukup lengkap dan menepati keperluan nutrisi bayi. Eksklusif bermaksud bayi hanya diberikan susu badan sahaja dan tidak diberikan makanan atau minuman lain termasuk air. Penyusuan eksklusif ini memberi banyak manfaat kepada bayi dan ibu, termasuklah menyediakan perlindungan kepada jangkitan gastrousus.
Ibu baru bersalin disarankan untuk mula menyusukan bayi dalam tempoh satu jam selepas kelahiran bayi. Hal ini kerana, susu pertama yang keluar pada ibu adalah yang terbaik untuk si manja. Susu yang dikenali sebagai kolostrum ini telah mula dihasilkan pada hujung tempoh kehamilan dan merupakan makanan yang sempurna untuk bayi kerana mempunyai 400 jenis nutrien, hormon dan kuasa untuk melawan penyakit.

Malah, susu semula jadi ini juga mempunyai pelbagai ramuan penting untuk kesihatan bayi yang tidak boleh diperolehi dari mana-mana susu formula yang terdapat di pasaran. Penyusuan awal ini membantu melindungi bayi baru lahir daripada jangkitan dan mengurangkan risiko kematian bayi baru lahir.
Risiko kematian ini boleh terjadi disebabkan cirit-birit dan jangkitan lain yang boleh berlaku kepada bayi yang tidak diberikan susu badan sepenuhnya ataupun yang tidak diberikan susu ibu langsung.
Susu ibu juga merupakan sumber penting tenaga dan nutrien bagi bayi yang berusia 6-23 bulan. Susu ibu menawarkan separuh atau lebih tenaga yang diperlukan oleh bayi berusia 6-12 bulan, dan satu pertiga keperluan tenaga untuk bayi 12-24 bulan. Susu ibu ini juga menjadi sumber kritikal tenaga dan nutrien semasa sakit, dan mengurangkan kadar kematian di kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah kekurangan zat makanan.

Justeru, pemberian susu ibu yang optimum merupakan pencegahan awal kepada masalah malnutrisi kanak-kanak, selain memberikan kesan positif sepanjang hayat terhadap kanak-kanak dan ibu.
Sumber: Hello Doktor
 
The post Ramai Ibu Bapa Tak Sedar Anak Alami Kekurangan Nutrien! Susu Ibu Cegah Malnutrisi Pada Kanak-kanak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/ramai-ibu-bapa-tak-sedar-anak-alami-kekurangan-nutrien-susu-ibu-cegah-malnutrisi-pada-kanak-kanak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Terlalu Obses Dengan Susu Formula Sehingga Menolak Makanan Pepejal Panduan Ini Mungkin Membantu Ibu Bapa

Anak Terlalu Obses Dengan Susu Formula Sehingga Menolak Makanan Pepejal Panduan Ini Mungkin Membantu Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 480 hits
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak terlalu obses dengan susu formula sehingga enggan makan makanan pejal Apabila dipujuk untuk makan makanan seperti nasi sup atau roti anak tetap enggan Apatah lagi buah buahan dan sayur mem...
Amalan Anak Anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal

Amalan Anak Anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 509 hits
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S A W keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat Sahabat yang dirahmati Allah Ibu bapa ada...
Dia Ni Pemalu Sangat Budaknya Ayat Yang Biasa Ibu Bapa Guna Boleh Membuatkan Anak Kurang Keyakinan Diri

Dia Ni Pemalu Sangat Budaknya Ayat Yang Biasa Ibu Bapa Guna Boleh Membuatkan Anak Kurang Keyakinan Diri

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 375 hits
Anak yang pemalu ini biasanya apabila orang dewasa suka berlebih lebihan ketika memuji sehingga ada yang mencubit kegeraman Justeru dia rasa malu dan terancam setiap kali berjumpa dengan orang dewasa kerana sudah menjangkakan apa yang akan ...
Ibu Bapa Usah Rasa Malu Dan Putus Asa Pada Anak

Ibu Bapa Usah Rasa Malu Dan Putus Asa Pada Anak

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 340 hits
Minggu ini merupakan minggu terakhir sesi persekolahan Dalam minggu ini banyak sekolah mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi pelajar yang cemerlang Pelajar yang tidak mendapat hadiah biasanya direhatkan dan tidak perlu hadir ke sekolah ...
Boleh Ke Anak Ambil Suplemen Minyak Ikan Panduan Ini Penting Untuk Ibu Bapa

Boleh Ke Anak Ambil Suplemen Minyak Ikan Panduan Ini Penting Untuk Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 380 hits
Jika anak anda tidak berminat untuk makan ikan berlemak seperti salmon atau sardin beberapa kali seminggu apa kata jika anda berikan pada mereka suplemen minyak ikan setiap hari Mengapa anak saya perlu ambil suplemen minyak ikan Minyak ikan...
Dua Posisi Berus Gigi Anak 4 Tahun Ke Bawah Dan 5 Tahun Ke Atas Yang Wajib Ibu Bapa Buat

Dua Posisi Berus Gigi Anak 4 Tahun Ke Bawah Dan 5 Tahun Ke Atas Yang Wajib Ibu Bapa Buat

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 638 hits
Kerosakan atau karies gigi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah kepada persekitaran mulut Adalah amat penting untuk memastikan bahawa gigi dan gusi dibersihkan secara rutin bagi mengurangkan proses kerosakan Ramai ib...
73 Kematian Kanak Kanak Pada Tahun 2017 Ibu Bapa Wajib Memasang Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Menjelang 2020

73 Kematian Kanak Kanak Pada Tahun 2017 Ibu Bapa Wajib Memasang Kerusi Keselamatan Kanak Kanak Menjelang 2020

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 349 hits
Timbalan Menteri pengangkutan YB Dato Hj Kamaruddin di pelancaran kempem Malaysia Save Our Future yang digerakkan oleh Tateh telah mengumukan cadangan bahawa orang ramai diwajibkan memasang kerusi keselamatan kanak kanak pada setiap kendera...
Bayi Yang Diberikan Susu Ibu Sejak Lahir Kurang Mendapat Penyakit 400 Jenis Nutrien Terdapat Dalam Susu Ibu

Bayi Yang Diberikan Susu Ibu Sejak Lahir Kurang Mendapat Penyakit 400 Jenis Nutrien Terdapat Dalam Susu Ibu

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 346 hits
Penyusuan susu ibu diketahui dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan dan kematian dalam kalangan bayi Mengikut kajian bayi yang diberikan susu ibu sejak lahir kurang menghidap penyakit pada tahun pertama hayat mereka Malah bayi yang menyu...
5 Cara Kreatif Gantung Kain Sewaktu Pantang Bersunat Ibu Bapa Boleh Praktikkan Untuk Anak Anak

5 Cara Kreatif Gantung Kain Sewaktu Pantang Bersunat Ibu Bapa Boleh Praktikkan Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 3165 hits
Sudah menjadi budaya negara ini mula sahaja musim cuti persekolahan maka ramailah ibu bapa akan sibuk melaksanakan tuntutan syariat Islam iaitu berkhatan kepada anak lelaki Pada waktu inilah kebiasaanya kanak kanak lelaki yang disunatkan ak...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Utilizing Crowdfunding For Business



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih

Tinggi Protein Dan Mikronutrien Ini Manfaat Ikan Susu Untuk Kesihatan

Upiak Hari Raya Duit Tak Ada Chord