Ibu Nyaris Tukar Wany Hasrita Kepada Bayi Lain


SIAPA sangka di sebalik wajah cantik dan penampilan yang sopan, rupa-rupanya penyanyi Wany Hasrita ini seorang kanak-kanak yang boleh dikategorikan ‘nakal’.
Perangai sebenar Wany ketika di zaman kanak-kanak dibongkarkan oleh ibunya, Norita Jaafar pada pertemuan mStar Online bersama mereka di studio Menara The Star di Petaling Jaya baru-baru ini.
Kata Norita, 47, Wany seorang kanak-kanak perempuan yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti bergayut di atas buaian yang terletak di taman permainan.

Norita dedah Wany gemar melakukan aktiviti lasak.
Malah, penyanyi lagu Menahan Rindu ini juga pernah dipukul oleh ayahnya gara-gara bermain di kawasan longkang yang berbahaya.
“Wany suka buat benda yang bahaya ketika dia masih kecil. Dia suka lakukan aktiviti yang tak sepadan dengan usianya yang ketika itu baru 6 tahun.
“Dia ada sedikit perangai seperti lelaki dan boleh dikatakan nakal juga. Benda yang paling dia suka buat ialah bergayut di buaian dengan kaki di atas, kepala dekat bawah.
“Pernah sekali, Wany kena pukul dengan ayah dia sebab bermain di longkang besar yang sangat berbahaya,” cerita Norita kepada mStar Online.

Selain kisah zaman kanak-kanak Wany, Norita juga berkongsi cerita dia hampir menukarkan anaknya itu dengan bayi lain.
Bagaimanapun, kata Norita, ia sekadar berseloroh memandangkan ketika itu dia baru berusia 21 tahun dan tidak mempunyai pengalaman menjaga anak kecil.
“Masa lahirkan Wany, saya baru berusia 21 tahun. Malam pertama saya di hospital kerajaan, saya tak tahu macam mana nak pegang bayi.
“Ketika itu, nampak ada bayi di sebelah senyap sahaja. Tapi Wany pula tak henti menangis asyik mahu dipangku. Apabila letak dia di tempat lain dia mula menangis.

Hubungan Wany dan bapanya masih rapat biarpun kedua orang tuanya sudah bercerai.
“Dalam hati dah terfikir nak tukar dia dengan bayi sebelah. Tapi hanya sekadar gurau sahaja. Rupa-rupanya dia menangis sebab kembung perut,” ujarnya.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah dilahirkan pada 25 Disember 1992 di Hospital Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Ewah Ewah ini juga berkongsi cerita mengenai perceraian ibu dan bapanya, Hasbullah Hassan.
Menurut Wany, dia hanya mengetahui ibu dan bapanya sudah bercerai apabila terjumpa dokumen perceraian yang disorokkan selama hampir setahun.

Wany terima dengan baik ibu dan bapanya sudah bercerai.
Biarpun ketika itu Wany berusia 12 tahun namun dia boleh memahami keadaan itu dan menerimanya dengan baik.
“Saya dapat tahu ibu dan ayah bercerai selepas terjumpa dokument perceraian mereka yang disorok. Rupa-rupanya mereka dah bercerai hampir setahun tanpa pengetahuan saya.
“Selepas baca dokumen tu, saya pergi bilik ibu dan bertanya pada dia. Tapi dia yang menangis dan saya tenang sahaja.
“Saya tak tahu fasal perceraian itu sebab saya tinggal bersama nenek saudara ibu selama setahun sebab ibu dan ayah kerja dan tak ada siapa boleh jaga saya.
“Walaupun waktu itu saya hanya berusia 12 tahun tapi dah boleh faham apa yang mereka lalui dan saya terima dengan baik,” katanya. Sumber mstar
“Kalau Dilahirkan Kaya, Saya Tak Akan Jadi Penyanyi” – Wany Hasrita
IBARAT rumah siap pahat berbunyi, kemenangan penyanyi Wany Hasrita di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) sebagai Bintang Paling Popular menjadi isu perdebatan netizen.
Rata-rata mempersoalkan faktor kemenangan gadis berusia 26 tahun ini berbanding selebriti popular lain.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah bagaimanapun menjelaskan dia sendiri tidak menjangka akan memenangi anugerah berdasarkan undian peminat itu biarpun baru setahun jagung menceburkan diri dalam dunia hiburan.
Selain itu menerusi episod terbaru Ceritera, penyanyi manis ini turut bercerita mengenai latar belakang keluarganya sebelum bergelar artis rakaman.
Agak menyentuh perasaan apabila Wany berkata dia terpaksa hanya makan roti bakar dalam tempoh seminggu kerana kepayaan hidup bersama ibu.

“Orang tengok artis ini hanya hidup glamor, mekap cantik dan dapat tajaan banyak pihak… namun mereka tidak tahu banyak dugaan yang perlu ditempuhi.
“(Rasa penat) bukan sahaja secara fizikal, mental malah juga hati. Jika tidak fikirkan tentang tanggungan, pasti saya sudah lama give up.
“Pernah satu tahap saya dan ibu terpaksa berpindah masuk ke rumah yang masih dalam pembinaan dan hanya makan roti bakar selama seminggu kerana keperitan hidup,” katanya kepada mStar Online.


The post Ibu Nyaris Tukar Wany Hasrita Kepada Bayi Lain appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/26/ibu-nyaris-tukar-wany-hasrita-kepada-bayi-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Ibu Boleh Merawat Atau Menyebabkan Bayi Kuning Panduan Ini Boleh Membantu Para Ibu

Susu Ibu Boleh Merawat Atau Menyebabkan Bayi Kuning Panduan Ini Boleh Membantu Para Ibu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 368 hits
Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir Kira kira 60 peratus bayi mengalami jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis dok...
Bayi Yang Diberikan Susu Ibu Sejak Lahir Kurang Mendapat Penyakit 400 Jenis Nutrien Terdapat Dalam Susu Ibu

Bayi Yang Diberikan Susu Ibu Sejak Lahir Kurang Mendapat Penyakit 400 Jenis Nutrien Terdapat Dalam Susu Ibu

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 374 hits
Penyusuan susu ibu diketahui dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan dan kematian dalam kalangan bayi Mengikut kajian bayi yang diberikan susu ibu sejak lahir kurang menghidap penyakit pada tahun pertama hayat mereka Malah bayi yang menyu...
Letak Bayi Depan Tv Boleh Menyebabkan Bayi Susah Tidur 4 Perkara Lagi Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Letak Bayi Depan Tv Boleh Menyebabkan Bayi Susah Tidur 4 Perkara Lagi Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 547 hits
Pernah tak ada hari anak anda susah sangat nak tidur Kadang kadang sampai 3 4 pagi dan menggangu waktu tidur anda Sebagai ibu bapa kita harus periksa rutin harian anak anak supaya tidak menggangu waktu tidurnya Ada beberapa perkara yang mun...
Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang Amp Dicium Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran

Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang Amp Dicium Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 360 hits
Bayi baru lahir adalah insan yang mudah terdedah dengan penyakit kerana sistem imunisasi mereka masih lemah Baru baru ini seorang bayi baru lahir meninggal dunia kerana pelawat yang datang memegang dan menciumnya bawa virus selsema Bayi bar...
Awas Salah Posisi Tidur Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut Ibu Hamil Mesti Berhati Hati

Awas Salah Posisi Tidur Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut Ibu Hamil Mesti Berhati Hati

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 534 hits
Posisi tidur memberikan impak besar kepada janin dalam kandungan Silap kedudukan boleh buat bayi mati dalam kandungan Menginjak ke trimester kedua dan ketiga ibu hamil lazimnya akan menghadapi masalah untuk tidur kerana saiz kandungan yang ...
Aturan Terima Tamu Setelah Melahirkan Agar Ibu Dan Bayi Tetap Nyaman

Aturan Terima Tamu Setelah Melahirkan Agar Ibu Dan Bayi Tetap Nyaman

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 299 hits
Merayakan kelahiran bayi Anda bersama orang orang terdekat adalah salah satu momen yang tentu tak ingin Anda lewatkan Biasanya memang keluarga dan sahabat akan datang menengok setelah bayi lahir Namun di saat yang sama Anda begitu kewalahan...
Saya Tak Berniat Bunuh Baru Sebulan Bernikah Dah Bersalin Si Ibu Panik Tekup Mulut Bayi Sampai Mati

Saya Tak Berniat Bunuh Baru Sebulan Bernikah Dah Bersalin Si Ibu Panik Tekup Mulut Bayi Sampai Mati

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 961 hits
Saya tak berniat bunuh Baru sebulan bernikah dah bersalin si ibu panik tekup mulut bayi sampai matiPolis berjaya merungkai misteri penemuan mayat seorang bayi pada 10 November lalu yang dikuburkan di sebuah kebun di sebuah taman perumahan d...
Aksi Bayi Dipangku Ibu Di Atas Motor Tarik Keprihatinan Netizen

Aksi Bayi Dipangku Ibu Di Atas Motor Tarik Keprihatinan Netizen

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 908 hits
Sering kali anak kepada golongan selebriti menjadi perhatian ramai Mungkin kerana rupa paras yang mewarisi kecantikan ibu dan bapa yang cantik dan tampan belaka Namun jangan disangka selebriti sahaja yang memiliki anak yang comel baru baru ...
Ibu Kongsi 6 Aktiviti Rangsangan Untuk Bayi Yang Boleh Duduk Nampak Mudah Tapi Banyak Manfaatnya

Ibu Kongsi 6 Aktiviti Rangsangan Untuk Bayi Yang Boleh Duduk Nampak Mudah Tapi Banyak Manfaatnya

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 859 hits
Jangan pandang rendah kepada aktiviti rangsangan kepada si kecil Sesuaikan setiap aktiviti dengan tahap perkembangan anak Ibu ini berkongsi 8 aktiviti yang dilakukan bersama bayinya ketika anaknya sudah boleh duduk Rangsangan atau aktiviti ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator