Bayi Kurang Gerak Lekas Segera Ke Hospital Baby Anda Dalam Bahaya


Gerakan bayi memusing atau tendangan kakinya akan dirasakan sebagai sebuah pergerakan. Merasa pergerakan bayi dalam kandungan untuk kali yang pertama adalah detik yang sangat mengujakan. 

Apabila semakin besar kandungan terutama di trimester ke tiga, nurse akan memberikan carta untuk di tanda jumlah gerakan bayi. Tapi sayang, masih ramai ibu rasa malas dan leceh untuk kira gerakan bayi dalam kandungan masing-masing.

Sebenarnya tak perlu nak buka buku merah tu selalu untuk tanda setiap kali pergerakan. Cara yang paling senang tengok jam saat mula kira dan pantau pergerakan. Setiap kali bergerak lihat jam pukul berapa... kemudian tulis kat mana-mana. Dalam handphone pun boleh je.... nanti dah cukup 10 kali gerakan barulah tulis semuanya semula dalam buku merah tersebut. Bayi Kurang Gerak? Lekas Segera Ke Hospital, Baby Anda Dalam Bahaya!!!



Pengalaman Sendiri Saat Alami Keadaan Bayi Kurang Bergerak

Daku sendiri pernah alami kejadian bayi kurang bergerak ni. Masa tu duduk kat rumah seperti biasa. Buat kerja rumah seadanya dan duduk baring-baring rehatkan diri. Dalam masa yang sama tak ada rasa risau apa kerana baru saja scan 2 minggu lepas dan alhamdulillah semuanya okay. Hanya menunggu masa untuk bersalin saja nanti.

Kebetulan hari itu hari Jumaat jadi suami tak kerja. Kami pun bersarapan dan berbual-bual. Dah menjadi tabiat aku untuk selalu ambil kisah tentang rasa pergerakan anak dalam kandungan dan pagi itu aku rasa macam baby sangat malas untuk bergerak. Dalam erti kata lain, baby kurang gerak. Aku pun toleh lihat jam dan standby untuk tahu bila pergerakannya. Adakah lambat ataupun kerap?

Sambil tonton TV daku jeling jam dinding. Ternyata baby tidak bergerak aktif seperti biasa berbanding hari sebelumnya. Kebetulan pada waktu tersebut suami tengah siap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat jumaat. So daku pun terus standby untuk ke hospital apabila suami pulang dari masjid nanti. Dalam masa yang sama daku minum air berais, daku kocak-kocak perut untuk minta respon dari baby.


Daku tahu jika baby kurang bergerak memang perlu segera ke hospital. Di sana doktor akan scan dan check status bayi dalam kandungan. Jika tiada apa masalah boleh balik dan jika kebetulan memang betul-betul ada masalah maka doktor akan usaha untuk selamatkan keadaan. Maka dalam kepala daku sekarang tiada lain hanyalah untuk segera ke hospital dengan secepat yang mungkin.

Saat menunggu suami hanya tuhan saja yang tahu. Dalam hati dah risau yang amat sangat. Akhirnya aku terus buat keputusan untuk segera ke hospital. Daku tulis nota untuk suami, capai kunci kereta dan drive sendiri ke hospital. Mujurlah tidak jauh mana. Dalam hati tak henti berdoa kerana waktu ini daku dah kurang jelas dengan pergerakannya. Bagai tak tak gerak langsung dah.

Tiba ke hospital bagai yang di jangka, nurse terus minta daku masuk dan pihak hospital segera membuat pemeriksaan. Berdasarkan keputusan scan rupanya air ketuban bayi sudah berkurangan. Doktor pun mula ajukan soalan sama ada ada berlaku kebocoran air ketuban dan jawapanku adalah tidak. Daku pasti memang tidak ada sebarang air yang mencurigakan keluar.


Disebabkan jawapan tersebut maka doktor maklumkan besar kemungkinan baby minum air ketuban dan tidak lepaskan semula sebagai urin. Dan jika betul maka ini bererti buah pinggang bayi ada masalah. Ya Allah, rasa nak tercabut jantung! Saat tu daku nak minta doktor buat apa saja yang perlu dan saranan doktor tidak lain dan tidak bukan untuk segera bersalin.

Tidak lama lepas itu suami call dan beritahu yang dia dah sampai. Daku pun berjumpa dengan suami dan beritahu apa yang telah dikatakan oleh doktor tadi. Suami tak cakap banyak dan segera ambil segala beg kelengkapan yang memang dari awal telah sedia ada di dalam bonet kereta. Masukkan beg ni adalah sebagai langkah berjaga-jaga takut tetiba rasa sakit tengah malam.

Hari itu juga doktor masukkan ubat dan jika tak dapat bersalin normal maka operation akan dilakukan. Syukur tidak lama selepas itu rasa bersalin datang dan bersalinlah daku secara normal. Setelah baby lahir ternyata anakku disahkan ada masalah bengkak buah pinggang. Namun doktor turut ucapkan syabas kerana alert dan segera ke hospital tanpa bertangguh. Jika terus tangguh kata doktor keadaan boleh menjadi lebih teruk lagi.

Mujurlah.. Syukur ke hadrat Allah. Walaupun terpaksa berulang alik ke hospital selepas itu bagi mendapatan rawatan untuk baby namun kami bersyukur kerana baby masih sempat untuk diselamatkan.


Bilakah Saat Mula Bayi Bergerak Sebenarnya ?

Rasa gerakan bayi yang pertama disebut sebagai "quickening" dan ia bermula dari minggu ke 16 dan 26. Pergerakan Normal. Kebanyakan wanita hamil akan pertama kali merasakan pergerakan bayi mereka ketika 18 hingga 20 minggu usia kandungan. Untuk kandungan kali pertama besar kemungkinan hanya akan mula merasainya di usia kandungan 25 minggu. Selalunya pergerakan bayi akan semakin jelas terasa saat sedang duduk dan baring berehat.

Setiap bayi ada corak pergerakannya sendiri. Semakin bayi membesar semakin jelas pegerakannya. Ada masa ia terlajak aktif dan ada masanya pula pergerakkannya akan menurun sedikit. Ini mungkin disebabkan bayi sedang tidur di dalam kandungan. Namun, ada lagi sebab lain mengapa pergerakan janin menjadi semakin berkurang.

Sedang rasa bayi dalam perut kurang bergerak? Penyebab gerakan janin berkurang boleh berlaku disebabkan beberapa faktor. Antara sebab lain mengapa pergerakan janin berkurang adalah :
si ibu dehidrasi dan kurang cecair dalam badanjanin kurang oksigen kerana tali pusat terlilitsekatan pertumbuhan janinkekurangan plasentajangkitan intrauterinkelahiran pramatangkecederaan otak perinatalperkembangan saraf tergangguinduksi kelahirankematian janinkematian neonatal

Setiap Ibu Wajib Ambil Peduli Tentang Pergerakan Bayi

Ini adalah panduan kemungkinan pergerakan janin anda minggu ke minggu:

Minggu 12: Bayi anda mula bergerak, tapi anda mungkin belum rasa apa-apa kerana bayi masih sangat kecil.

Minggu 16: Beberapa wanita mengandung mula merasa sedikit getaran. Pergerakan ini mungkin disebabkan angin dalam badan atau bayi bergerak.

Minggu 20: Pada ketika ini, anda mungkin mula rasa pergerakan pertama bayi anda yang dipanggil “quickening“.

Minggu 24: Anda semakin rasa pergerakan bayi dan anda mungkin akan merasa sedikit getaran bila bayi anda sedu.

Minggu 28: Bayi anda bergerak secara aktif.

Minggu 36: Rahim anda semakin sempit kerana bayi anda semakin membesar dan ini akan mengurangkan pergerakan.




Cara Kira Gerakan Bayi Dalam Kandungan

Sebenarnya, pergerakan bayi yang baik juga adalah petanda bahawa bayi berada dalam keadaan yang sihat dan memuaskan. Sebab itulah, doktor akan meminta anda memantau gerakan bayi sepanjang masa. Jika bayi kurang gerak, ianya mungkin tanda-tanda awal bayi anda tidak sihat dan memerlukan perhatian doktor. Kerana itulah pengiraan gerakan bayi ini penting. 

Bagaimana mengira gerakan bayi yang sebenarnya? Caranya mudah saja iaitu :

1. Pertama sekali, pilih waktu bayi paling aktif, contohnya selepas makan. 

2. Sekarang duduk dalam keadaan mengangkat kaki atau berbaring mengiring. 

3. Setiap kali anda merasakan gerakan, catatkannya sebagai pergerakan sehinggalah cukup 10 kali. Ia boleh mengambil masa 15 minit hingga 2 jam.

Selepas beberapa bulan memantaunya, ibu pasti akan dapat mengenalpasti corak bayi bergerak tapi perlu di ingat juga yang usia kehamilan akan turut memainkan peranan. Semakin besar kandungan bermakna semakin sempit ruang untuk bayi bergerak. 

Cara yang paling mudah untuk mengira pergerakan bayi seiring dengan lebih tepat seiring dnegan usia kehamilan adalah dengan menggunakan aplikasi telefon pintar seperti Baby Kicks Monitor, Baby Kicks Counter, dan Sprout Pregnancy. 


5 Cara Untuk Membuat Rangsangan Bagi Mendapatkan Pergerakan Bayi

Tiap ibu sepatutnya boleh rasa pergerakan yang konsisten setiap hari. Gerakan janin yang normal biasanya dengan membuat 10 kali pergerakan atau lebih setiap dua jam. Jika anda rasa pergerakan bayi anda berkurang atau mempunyai perubahan, lakukan cara ini:

Cara #1 : Cuba minum air sejuk atau makanan yang manis kerana ini dapat membangunkan bayi sekiranya mereka sedang tidur.

Cara #2 : Angkat kaki ke atas dan relaks. Bayi lebih mudah terjaga apabila anda duduk diam kerana semasa anda sibuk bergerak bayi mungkin tertidur kerana terasa seperti dibuai. 
Cara #3 : Baring mengiring ke kiri dan fokus pada gerakan janin selama dua jam

Cara #4 : Minum air / air yang sangat sejuk. Bayi anda mungkin dapat merasakan perubahan suhu dalam badan anda dan cuba untuk mengelak daripadanya. 
Cara #5 : Buat bunyi bising, mainkan muzik, zikir, dan sebagainya. 
Cuba lihat tindak balas daripadanya. Jika bayi anda membuat kurang dari sepuluh gerakan, hubungi doktor atau terus ke hospital dengan segera. Awas! Ini bahaya!


Apa Yang Akan Doktor Buat Apabila Bayi Kurang Bergerak?

Untuk memeriksa kesihatan kandungan, pihak hospital akan memantau kadar degupan jantungnya terlebih dahulu. Jika ia kurang memuaskan, doktor akan melakukan imbasan (scan) untuk melihat jumlah air ketuban serta kadar tumbesaran bayi.

Sekiranya terdapat masalah serius pada perkembangan bayi, ibu mungkin akan ditahan wad dan dicadangkan untuk melahirkan bayi secepat mungkin.


Bayi Kurang Bergerak Adalah Tanda Pada Ibu Yang 'Dia' Sedang Dalam Bahaya!

Hakikatnya, jika si ibu mula tak rasa pergerakan janin, tolonglah jangan pandang remeh dan tolonglah juga jangan diabaikan. Jika naluri ada rasa sesuatu yang tidak kena maka cepat-cepatlah ke hospital.

Doktor takde nak marah atau nak paksa bersalin. Tugas doktor adalah untuk membuat pemeriksaan sebagai usaha untuk pantau keadaan bayi hingga selamat dilahirkan. Manakala si ayah pula tolong jangan pandang remeh dek kerana rasa malas nak ke hospital. Setiap pasangan perlu saling alert dan berjaga-jaga.

Jika ada rasa sesuatu yang tak kena, percayakan naluri diri sendiri dan segera terus berjumpa dengan doktor dengan secepat yang mungkin. Percaya ataupun tidak tanda bayi kurang bergerak ini sebenarnya adalah cara untuk bayi memberitahu pada si ibu yang hakikatnya dia sedang dalam bahaya. Kerana itu setiap ibu perlu ambil tahu jumlah dan tahap pergerakan si bayi setiap hari.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/08/bayi-kurang-gerak-lekas-segera-ke-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Mengandung Nak Minum Kopi Jangan Lebih 2 Cawan Terlebih Bahaya Untuk Baby

Masa Mengandung Nak Minum Kopi Jangan Lebih 2 Cawan Terlebih Bahaya Untuk Baby

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 435 hits
Bagi peminat kopi kalau tak dapat minum sehari rasa lain macam Tambah lagi bila bau kopi yang semerbak Bagaimanapun ada yang cakap ibu mengandung tak elok banyak minum kopi kerana kandungan kafein Betul ke Sebenarnya ya tetapi sesetengah pe...
Kesehatan Terus Membaik Bayi Kembar Dempet Dada Dan Perut Segera Dioperasi

Kesehatan Terus Membaik Bayi Kembar Dempet Dada Dan Perut Segera Dioperasi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 219 hits
Secara keseluruhan kondisi kedua bayi Akila dan Azila baik dan sehat Bahkan konsumsi susu keduanya cukup bagus
Bantuan Segera Kepada Tiga Beranak Tidur Di Hospital

Bantuan Segera Kepada Tiga Beranak Tidur Di Hospital

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 227 hits
KUANTAN 7 Ogos Kisah ibu yang terpaksa membiarkan dua anak perempuannya bermalam di lantai lobi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh dekat sini kerana menjaga suami yang sakit mendapat perhatian sewajarnya Pengerusi Jawatankuasa Kebu...
Video Comelnya Parut Pun Dah Kurang Ainul Makin Sihat Mungkin Beraya Di Hospital

Video Comelnya Parut Pun Dah Kurang Ainul Makin Sihat Mungkin Beraya Di Hospital

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 282 hits
Sudah beberapa minggu adik Ainul Mardhiah pulang ke Malaysia dan nampaknya kini semakin riang dan sihat Menerusi perkongsian di Instagram ayah dan ibunya Ainul dilihat cergas dan selalu tersenyum Wajahnya yang comel manis itu mengundang kom...
Joielle Baby Virgin Coconut Oil Produk Bayi Yang Membantu Mengurangkan Eczema Bayi

Joielle Baby Virgin Coconut Oil Produk Bayi Yang Membantu Mengurangkan Eczema Bayi

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 348 hits
Setiap anak mesti ada masalah yang berbeza beza Macam Qeisya dia ada satu bahagian iaitu di betis yang akan kena Eczema Nasib satu tempat jer kalau dekat pipi memang risau kan Sebenarnya Eczema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal pada...
Bayi Baru Lahir Usia Tujuh Hari Perlu Di Bedah Segera Di Ijn

Bayi Baru Lahir Usia Tujuh Hari Perlu Di Bedah Segera Di Ijn

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 310 hits
MARAN Seorang bayi berusia 7 hari memerlukan bantuan kerana mengalami masalah saluran darah pada jantungnya gagal berfungsi dengan baik di mana pembedahan segera akan dijalankan pada hari esok Isnin 5 Ogos Dari makluman oleh pakar perubatan...
Pernah Viral Murtabak Mi Segera Ini Resipi Siap Cara Membuat Sekali Ye

Pernah Viral Murtabak Mi Segera Ini Resipi Siap Cara Membuat Sekali Ye

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 493 hits
Teringin makan murtabak mi segera Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah senang sesangat rupanya Orang orang bujang mesti suka ni bahan asasnya hanya mi segera telur Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je Kalaua nak tahu macam mana m...
8 Paket Wisata Pulau Penyengat Segera Dirilis Strategi Marketing Disiapkan

8 Paket Wisata Pulau Penyengat Segera Dirilis Strategi Marketing Disiapkan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 187 hits
Kepala Dinas Kebudayaan dan Pariwisata Kota Tanjungpinang Surjadi mengungkapkan konsep distribusi paket sudah disiapkan
Alquran Terjemahan Bahasa Palembang Halus Segera Terbit

Alquran Terjemahan Bahasa Palembang Halus Segera Terbit

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 247 hits
Untuk memudahkan dan menjaga budaya lokal sejumlah instansi bakal segera menerbitkan Alquran terjemahan Bahasa Palembang Bahasa yang dipakai juga bukan sembarang melainkan Bahasa Palembang halus
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai