Bayi Kembar Isteri Arwah Masdeh Rosmin Debaran Saat Kelahiran Cucu



Bayi Kembar Sepasang Lelaki & Perempuan. Subahanallah. Jangan Terkejut , bacalah dulu.
26.09.2025, Jumaat anak call dia di masukkan di wad bersalin, dimasukkan ke wad bersalin di Hospital Besar Keningau, Sabah. Mendengar anak ditahan terimbau masa suri hati ditahan di wad dahulu untuk melahirkan anak sulung kami. 
Terus terang sebagai lelaki dan suami, rasa berdebar dan sangat risau, saat melihat surihati menahan kesakitan, badan terangkat dua tangan menongkat ke atas katil di wad, katanya mengeras dan menyebabkan rasa sakit saat bayi di kandung sudah mulai dilahirkan. Masa itu memang tiada pengalaman, Etuza hampir panik, inilah pengalaman saat melihat wanita melahirkan bayinya.
Debaran Saat Menunggu Kelahiran Bayi.
Sebaik jam 2.00 petang kami ke Hospital Besar Keningau, namun tidak bernasib baik kerana waktu melawat sudah berlalu. Hanya dapat minta bantuan kepada pengawal untuk menyerahkan bubur kepada anak di wad. Kemudian kami menyelesaikan beberapa urusan menanti waktu melawat di buka lagi tepat jam 5.00 petang hingga jam 7.00 malam. Etuza sempat call Puan Helen untuk datang di wad bersalin Hospital Keningau jam 5.00 petang untuk bersama melawat anak kami nanti.
Anak menghantar mesej di whatsupp meminta dibelikan air kelapa. Kami tunaikan dan mengahrap rahmat Allah agar anak mudah melahirkan anaknya yang pertama.Kami kembali dan sampai di Hospital Keningau jam 5.10 minit, Puan Helen sudah ada depan pintu wad bersalin dan masuk bersama suri hati ke dalam wad. Lawatan hanya dibenarkan dua orang untuk lawat keluarga yang ditahan.
Puan Helen yang ada kemahiran pegang perut wanita mengandung menyatakan kepala bayi berada di pangkal bawah dan hanya tunggu masa melahirkan. Dia mohon berdoa sama-sama semoga anak mudah melahirkan katanya. Lalu beredar balik ke rumah. Etuza kemudian masuk menemui anak di wad. 
Etuza memberi semangat dan yakin kan anak bahawa saat melahir harus sabar dan tabah, ingat Allah kerana Allah yang anugarehkan zuriat, Allah tahu segala rahsia tiap manusia. Mintalah pada Allah agar dimudahkan bersalin  ( beranak). Sebenarnya Etuza berdebar sebagaimana suri hati pernah seperti anak yang akan melahirkan. Hanya pada Allah meminta agar anak mudah melahirkan.
Air kelapa bagi wanita mengandung sekitar 7 hingga 9 bulan boleh minum air kelapamembantu melancakan kelahiraan bayi.
Ibubapa adalah penguat semangat anak saat melahirkan. Kerana itu ramai ibubapadatang ke wad hari ini,melawat anak mereka yang menunggu saat melahirkan. Penuh wad ramai ibu mengandung, ada yang duduk, tidur dan mengiring serta menyusukan bayi.Maaf Etuza cerita, kerana situasi ini hakikat di wad ibu di tahan untuk bersalin.

Gambar suri hati dan anak. Gambar semasa usia kandungannya 8 bulan.Kini menanti saat melahirkan.
Melawat Isteri Arwah Masde Rusmin ( SESB ), Selamat melahirkan Bayi Lelaki.
Takdir Allah kami berjumpa dengan ibubapa isteri arwah Masdeh Rusmin, yang meninggal dunia akibat hanyut di air sungai Apin-Apin, Keningau semasa menjalankan tugas membaiki talian Elektrik berdekatan sungai Apin-Apin, Keningau. Arwah berasal dari Kampung Sinulihan, Sook. 
Alhamdulillah isteri arwah selamat melahirkan anak yang ke lima. Dipangkuan ibunya bayi lelaki yang sihat dan sempurna fizikal. Kami sempat menghulur sedikit sumbangan kepada isteri arwah yang mana dialah ibu, dialah bapa kepada lima anak generasi mereka. Wajahnya kelihatan sedih,sugul, kemungkinan masih rasa hiba kepergian suami dan saat dia bertarung nyawa melahirkan bayi ke lima ini. Kami memberikan kata-kata semangat, beri dia keyakinan untuk teruskan kehidupan dengan tenang dan sentiasa sabar, setiap ujianNya ada hikmah hebat dari Allah. 



Bayi Kembar Lelaki & Perempuan.
Oleh kerana masa melawat hingga jam 7.00 malam, kami manfaatkan masa tersebut menemani anak di wad. Suaminya masih di rantau belum balik ke Sabah. Begitulah jika bertugas sebagai seorang kakitangan Pasukan Keselamatan Negara, Negeri dan keselamatan bangsa dan agama. Semoga suami kepada anak ( menantu ) akan selamat sampai dan menemani isterinya yang menunggu bayi lahir atas ketentuan ilahi. 
Tiba-tiba terpandang wajah seorang ibu atas wad depan katil anak, dia tersenyum sambil memegang anaknya. Kami datang menghampiri dan ternyata bayi dia kembar, sepasang lelaki dan perempuan sebarat 2.9 ( bayi lelaki, 2.7 bayi perempuan). Subahanallah hebatnya kuasa Allah. Wanita ini bercerita dia mengandung dengan perut yang besar dan berat, dan alhmdulillah baby lahir normal selamat dan sihat. Wajar sekali wajahnya gembira melihat bayi dia yang sedang tidur di atas pembaringan. Etuza minta izin ambil gambar dan mengucapkan tahniah. Tiada mustahil bagi Allah sekiranya Dia jadikan sesuatu, maka jadilah tanpa dapat diubah lagi. Bayi kembar pada petang 26.09.2025 yang kami temui. Lamban Serunding di Citra D' Light, Bandar Baru, Keningau.
Makan Lamban Serunding, Bingka Ubi & Soto Ayam di Citra D'Light.
Sekitar jam 2.00 hingga jam 5.00 petang antara tempat kami tuju ialah di Restoran yang viral di Keningau iaitu Citra D' Lights. Kami mengalas perut masa cicipan pada jam 4.00 petang sambil menunggu tiba masa melawat di wad bersalin pada jam 5.00 petang.
Sajian begitu enak sekali, Etuza hanya ambil lamban serunding dan kuih bingka ubi serta minuman nescaffe sahaja. Suri hati memesan soto ayam dan segelas air suam. Kenyang juga makan lamban serunding dan kuih bingka ubi hinggakan untuk makan malam Etuza abaikan kerana perut terasa masih kenyang, hanya minum air putih dan sebiji buah pisang semalam. Alhamdulillah atas semua rezeki yang Allah anugerahkan ini. Makanan dan minuman yang datang di depan mata kita. Sungguh Allah sayang kepada hambaNya yakni kita semua. Kuih bingka ubi, menjadi juadah yang Etuza mesti oder.Di makan sebagai pembasuh mulut.
Soto ayam versi Citra D' Lights.

Masih harga mampu makan jika harga ini.Alhamdulillah.
Licin, lamban serunding dan kuih bingka ubi kami tapau bawa ke rumah.
Kadua kali pakai baju SEMPORNA, hadiah dari rakan blogger.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://madey09.blogspot.com/2025/09/bayi-kembar-isteri-arwah-masdeh-rosmin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cinta Tak Pernah Padam Kisah Atuk Rindu Arwah Isteri Buat Netizen Menangis

Cinta Tak Pernah Padam Kisah Atuk Rindu Arwah Isteri Buat Netizen Menangis

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2702 hits
JAKARTA Momen menyentuh hati tular di media sosial apabila seorang atuk dirakam sedang bersiap kemas untuk menjemput isterinya yang sebenarnya sudah lama meninggal dunia Kejadian itu berlaku sekitar jam 11 malam apabila atuk berkenaan kelih...
Suami Setia Jaga Isteri Buta Selama 12 Tahun

Suami Setia Jaga Isteri Buta Selama 12 Tahun

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 1616 hits
AgensiBeijing Kisah kesetiaan sejati seorang suami di China terhadap isterinya yang buta menawan hati jutaan rakyat di negara itu sekali gus melayakkannya digelar suami paling setia di media sosial lapor NDTV World Lelaki berkenaan Li Juxin...
Amira Othman Sah Isteri Fattah Amin

Amira Othman Sah Isteri Fattah Amin

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 7623 hits
KUALA LUMPUR Penyanyi popular Amira Othman sah bergelar isteri kepada aktor terkenal Fattah Amin dengan hanya sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung hari ini Mas Kahwin Hantaran Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman 32 ...
Irfan Harris Tak Dapat Menahan Sebak Lihat Kakak Amira Othman Selamat Bergelar Isteri Fattah Amin Adik Paling Manja

Irfan Harris Tak Dapat Menahan Sebak Lihat Kakak Amira Othman Selamat Bergelar Isteri Fattah Amin Adik Paling Manja

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 7471 hits
Majlis akad nikah pasangan sensasi Fattah Amin dan Amira Othman mencapai kemuncak emosi apabila adik pengantin perempuan Irfan Haris tidak dapat menahan sebak di atas pelamin lapor Murai Disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV saluran I...
Amira Othman Adakan Majlis Khatam Al Quran Sebelum Sah Bergelar Isteri Fattah Amin

Amira Othman Adakan Majlis Khatam Al Quran Sebelum Sah Bergelar Isteri Fattah Amin

papar berkaitan - pada 14/9/2025 - jumlah : 7562 hits
Amira Othman Adakan Majlis Khatam Al Quran Sebelum Sah Bergelar Isteri Fattah Amin Penyanyi Amira Othman mengadakan majlis khatam Al Quran hari ini sebelum dirinya sah bergelar isteri kepada pelakon Fattah Amin Menerusi perkongsian era je d...
Fattah Amin Amira Othman Sah Bergelar Suami Isteri

Fattah Amin Amira Othman Sah Bergelar Suami Isteri

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 3174 hits
Tanggal 14 September 2025 menjadi tarikh bersejarah buat dunia hiburan tanah air apabila pelakon popular Fattah Amin dan penyanyi berbakat besar Amira Othman selamat disatukan dalam satu majlis akad nikah yang penuh sederhana tetapi cukup i...
Syarikat Design Printing Malaysia Custom Packaging Marketing Event Material

Saya Tidak Mahu Filem Komedi Ammar Ahyan Luah Hasrat Mahu Jadi Pelakon Aksi Jadikan Sharnaaz Ahmad Sebagai Inspirasi

Sekadar Penjelasan Ringkas

Budi95 Petron Cara Isi Petrol Ron95 Di Petron

Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Sekutu Trump Akan Menguasai Tiktok Versi As

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nak Capai Impian Kena Tahu Jalan

Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik Pembersihan Amalan Ketirisan Pm Anwar

Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Yabang Feat The Zikr Mengemis Kasih Chord

Aisha Retno Ade Govinda Semoga Saja Chord