Bayi Di Urut Bukan Saja Saja Ada 3 Kategori Bayi Wajib Di Urut Mama Perlu Ambil Tahu
Bayi kita sebenarnya sama macam orang dewasa, harus diurut untuk melegakan otot-otot seluruh tubuh badan mereka. Bayi dalam berpantang hingga 6 bulan antara yang disarankan untuk melakukan urutan.
Menurut pakar perbidanan, Puan Mazidah Ghazali, urutan bayi sememangnya harus dilakukan ketika bayi masih berada di dalam pantang lagi. Bukan ibu sahaja, bahkan anak pun mesti diurut.
Bayi pun macam orang dewasa. Mereka juga mengalami masalah ketegangan otot dan lenguh-lenguh pada sendi. Masalah kembung perut, tidur yang tidak nyenyak dan berkualiti antara petanda bayi memerlukan urutan. Semua ini terjadi kerana badan merasa kurang selesa.
Disebabkan itulah bayi di bawah usia enam bulan disarankan untuk melakukan urutan. Ini bagi melancarkan perjalanan darah dan melegakan seluruh anggota badan.
3 Kategori Perlu Urut
Ibu bapa yang tahu akan kepentingan urutan dan mahu anaknya lebih selesa dan paling penting melancarkan seluruh tubuh bayi mereka pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk melakukan urutan. Ada tiga kategori anak yang perlu diurut.
*Tidak Cukup Bulan
Bayi tidak cukup bulan amat disarankan. Ini bagi melancarkan aliran darah ke seluruh tubuhnya yang masih kecil. Hal ini juga membantu kenaikan berat bayi dengan lebih cepat.
*Anak Sindrom Down
Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi sindrom down, urutan memainkan peranan penting untuk menenangkan mereka. Selalulah bawa anak berurut supaya otot jadi lebih baik, peredaran darah lancar malah lebih tenang.
*Hyperaktive
Begitu juga dengan anak hyperactive atau terlalu aktif. Urutan membuatkan mereka lebih tenang malah mempunyai tidur yang lebih berkualiti.
Apa yang ibu bapa perlu tahu, selepas diurut, bayi akan mengeluarkan sejenis hormon yang baik untuk perkembangannya. Disebabkan itulah mengapa bayi disarankan untuk diurut.
Kenapa Perlu Urut?
Selain melancarkan perjalanan darah, memberi ketenangan dan tidur lebih nyenyak, sebenarnya ada tiga kelebihan lain yang ibu bapa harus tahu.
*Elak Angin Pasang
Urutan sebenarnya harus dilakukan lebih awal pada bayi lelaki bagi mengelakkan masalah angin pasang berlaku. Hal ini paling kerap terjadi kepada anak masih kecil. Ini merupakan sebahagian pencegahan awal.
*Elak Kembung Perut
Urutan juga mengelakkan masalah kembung perut yang sering terjadi kepada bayi selepas dilahirkan. Urutan sebenarnya cukup membantu dalam masalah ini.
*Tali Pusat Tersembul
Urutan pada awal kelahiran juga mampu mencegah masalah tali pusat tersembul yang kerap berlaku kepada bayi.
*Mitos Ketinggian
Malah urutan juga dikatakan mampu menambah ketinggian seseorang bayi jika dilakukan pada awal kelahiran.
Teknik urutan pada bayi sedikit berbeza bagi orang dewasa. Malah darjah tekanan ketika diurut pada tubuh bayi pula hanya 0.01mm sahaja kerana bimbang ia mampu memberi kesan kepada bayi.
Ia biasanya dimulakan dengan urutan Vitaflek yang dilakukan di bahagian kaki seperti refleksologi orang dewasa. Teknik ini memfokuskan kepada sistem pembiakan, perkumuhan serta kawasan ENT iaitu mata, hidung dan telinga.
Seterusnya barulah diurut dibahagian betis, paha, dada, tangan, kepala dan muka serta bahagian belakang yang dibawa turun hingga ke kaki.
The post Bayi Di Urut Bukan Saja-Saja, Ada 3 Kategori Bayi Wajib Di Urut, Mama Perlu Ambil Tahu! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/bayi-di-urut-bukan-saja-saja-ada-3-kategori-bayi-wajib-di-urut-mama-perlu-ambil-tahu/