Bayi Dalam Kandungan Dah Pandai Bezakan Rasa Makanan Ibu




Mazlan Syafie










MasyaAllah. Siapa sangka dalam gelapnya rahim seorang ibu, ada makhluk kecil yang bukan sahaja tumbuh dengan sempurna, tapi juga sudah mampu rasa apa yang ibunya makan.


Kajian terbaru dari Durham University di UK membuktikan sesuatu yang mengejutkan bahawa bayi dalam kandungan sebenarnya sudah boleh bezakan rasa makanan, dan mereka ada reaksi muka terhadap apa yang ibu mereka makan.


Dalam kajian ini, 100 wanita hamil dipantau menggunakan teknologi imbasan 4D. Ibu-ibu ini diberi dua jenis kapsul: satu berasaskan lobak merah, satu lagi daripada kale iaitu sejenis sayur berdaun hijau yang rasanya agak pahit. Hasilnya sangat luar biasa.


Bila ibu makan lobak merah, bayi dalam kandungan menunjukkan ekspresi muka seakan tersenyum, pipi gebu naik, bibir tertarik. Tapi bila kale masuk ke sistem ibu, bayi mula buat muka cemberut. Merengek. Seolah-olah nak kata, “Ibu, tolong jangan makan ni lagi.”


Apa yang menarik, reaksi ini berlaku dalam masa 20 minit selepas ibu makan. Ini bermakna, dalam tempoh tak sampai setengah jam, rasa makanan dah boleh sampai ke air ketuban, dan bayi pun mula respon.


Bayangkan, bayi yang belum lahir pun sudah ada citarasa. Sudah tahu membezakan apa yang sedap dan apa yang pahit. Ini ialah permulaan kepada pembentukan selera yang mungkin kekal seumur hidup.


Kajian ini bukan setakat menarik perhatian ahli sains, tapi juga bagi isyarat penting kepada ibu bapa. Selera dan tabiat makan anak-anak sebenarnya boleh dipupuk seawal dari dalam kandungan.


Kalau sejak dalam rahim bayi sudah terdedah kepada makanan sihat seperti sayur, buah, dan bahan semula jadi, kemungkinan besar mereka akan lebih mudah terima makanan ini selepas lahir. Ia bukan jaminan mutlak, tapi jelas ada kaitan.


Ini juga mengubah cara kita lihat pemakanan ibu hamil. Ia bukan hanya soal zat untuk tumbesaran bayi. Ia juga soal pendidikan rasa, penyediaan awal untuk kehidupan luar rahim.


Bila ibu makan makanan sebenar, penuh warna dan zat dari alam, bayi juga dapat merasa dunia yang sihat sebelum sempat melihat cahaya.


Dan di sinilah kita diajak untuk berfikir sejenak. Dalam al-Quran, Allah sebut bagaimana manusia dicipta dari segumpal darah, lalu segumpal daging, lalu dibentuk dengan penuh teliti dalam rahim.


Bukan sekadar anggota fizikal, tetapi juga deria, hati dan naluri. Maka kalau bayi dalam kandungan sudah mampu rasa manis dan pahit, itu ialah sebahagian dari tanda kekuasaan-Nya yang tak terjangkau oleh akal biasa.


Kita selalu risau tentang pendidikan anak selepas lahir seperti sekolah mana nak hantar, kelas apa nak daftar, makanan apa nak suap. Tapi mungkin kita lupa, pendidikan sebenar itu bermula jauh lebih awal.


Bermula saat pertama ibu meletakkan niat. Bermula dari suapan pertama yang turun ke perut. Sebab setiap apa yang ibu makan, bukan sahaja jadi darah daging bayi, tapi juga pengalaman pertama yang dia rekod dalam sistemnya.


Bayangkan, kalau sejak dari rahim lagi anak sudah terdedah kepada makanan yang bersih dan baik, dibesarkan dengan zikir, dipelihara dari yang haram dan syubhah maka besar kemungkinan dia akan lahir sebagai anak yang lembut hati, mudah menerima kebaikan, dan kuat pertimbangan jiwanya.


Ini bukan janji mutlak, tapi ini sunnatullah. Apa yang kita tanam, itu yang akan tumbuh. Apa yang kita siram hari ini, itu yang akan berbunga esok.


MasyaAllah, betapa besar peranan seorang ibu. Dalam rahimnya terletak sebuah sekolah awal yang tidak terlihat, tetapi membentuk manusia untuk seumur hidup.


Dan betapa penting peranan seorang bapa, sebagai pelindung dan penyedia kepada perjalanan si kecil yang sedang belajar mengenal dunia, sebelum sempat menjejak bumi.


Moga kita semua diberi kekuatan untuk didik dari awal. Didik dengan ilmu. Didik dengan kasih. Didik dengan iman. Kerana rahim bukan hanya tempat tumbuhnya jasad, tapi juga tempat mula berkembangnya jiwa.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/06/bayi-dalam-kandungan-dah-pandai-bezakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fit Sepanjang Hamil Tanpa Sekat Nutrisi Ibu Sihat Bayi Cerdas

Fit Sepanjang Hamil Tanpa Sekat Nutrisi Ibu Sihat Bayi Cerdas

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 114 hits
Kehamilan bukan alasan untuk bermalas malasan Sebaliknya ia merupakan tempoh paling penting untuk menjaga kesihatan fizikal dan mental Ketika tubuh mengalami pelbagai perubahan hormon dan fizikal ibu perlu lebih peka terhadap keperluan diri...
Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

Jangan Normalisasikan Wanita Tegur Ibu Beri Anak Makanan Belum Dibayar

papar berkaitan - pada 12/6/2025 - jumlah : 176 hits
Memang kita tak boleh nafikan situasi di pasar raya kadang kadang mencabar Anak lapar tantrum pula tiba tiba ibu ayah pula sedang sibuk memilih barang keperluan Namun kita juga perlu bijak dan beretika Ingat ya mama papa walaupun anak kita ...
Asyik Menangis Waktu Hamil Boleh Beri Kesan Pada Bayi Dalam Kandungan

Asyik Menangis Waktu Hamil Boleh Beri Kesan Pada Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 116 hits
Sedih adalah perkara biasa ketika hamil namun perasaan sedih yang berpanjangan dan terlampau ketika hamil boleh memberi kesan langsung kepada bayi Kajian membuktikan gangguan emosi seperti depresi kegelisahan dan serangan panik boleh memper...
5 Tanda Inner Child Ibu Yang Terluka Jadikan Anak Kompetitor Wariskan Trauma Begini Cara Mengatasinya

5 Tanda Inner Child Ibu Yang Terluka Jadikan Anak Kompetitor Wariskan Trauma Begini Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 118 hits
Inner child ibu terluka bisa menjadikan anak sebagai kompetitor emosional dan trauma masa lalu pun diwariskan Artikel ini mengurai 5 tanda utamanya serta langkah awal untuk memulihkan luka antar generasi Wariskan cinta bukan trauma
Vaksin Tdap Kini Percuma Untuk Semua Ibu Hamil Di Malaysia

Vaksin Tdap Kini Percuma Untuk Semua Ibu Hamil Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 228 hits
Semua ibu hamil yang merupakan warganegara Malaysia boleh menerima suntikan vaksin kombinasi tetanus difteria pertussis secara percuma di fasiliti kesihatan primer Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu P...
Naim Daniel Tiba Di Mahkamah Ditemani Ibu Peguam

Naim Daniel Tiba Di Mahkamah Ditemani Ibu Peguam

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 155 hits
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel dilihat tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa Kehadiran Naim pagi ini dipercayai bagi menghadapi kes seksual terhadap seorang remaja perempuan Penyanyi berusia 28 tahun itu mengenakan kot hitam ketika ...
Anak Anak Autistik Berjaya Khatam Al Quran Doa Ibu Tunggal Termakbul

Anak Anak Autistik Berjaya Khatam Al Quran Doa Ibu Tunggal Termakbul

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 117 hits
Tiada yang mustahil jika kita percaya pada kuasa doa dan usaha yang tak pernah putus Dalam kesibukan dunia yang sering kali melupakan golongan istimewa terselit kisah penuh inspirasi tentang seorang ibu tunggal Suzana Ilias 53 tahun dari Bi...
Sekurangnya Dia Bukan Pakai Tudung Untuk Style Thalita Suara Isu Free Hair Ini Yang Kita Ibu Ayah Kena Ambil Tahu

Sekurangnya Dia Bukan Pakai Tudung Untuk Style Thalita Suara Isu Free Hair Ini Yang Kita Ibu Ayah Kena Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 128 hits
Sumpah saya tak faham kenapa segelintir orang rasa yang free hair ni banyak dosa Sekurangnya dia bukan pakai tudung untuk style Sumber Xtra Luahan berani dari Thalita Zahra anak kepada Shuib dan arwah Siti Sarah membuka mata ramai tentang b...
Ibu Bapa Mangsa Kemalangan Upsi Ditaja Tunai Umrah

Ibu Bapa Mangsa Kemalangan Upsi Ditaja Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 129 hits
Tiada apa yang lebih perit bagi hati seorang ibu dan ayah selain menerima hakikat kehilangan anak tersayang dalam sekelip mata Itulah yang dilalui oleh ibu bapa kepada mangsa kemalangan tragik yang melibatkan pelajar UPSI baru baru ini Namu...
Drama Epok

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

Infak Tempahan Seri Muka Durian Tupah Kedah