Bayaran Untuk Perkhidmatan Sedut Tangki Septik Rumah
Salam semua, dah tiba masanya tangki septik kat rumah nak kena sedut. Kali pertama sedut tahun 2015. Setelah 8 tahun berlalu, nak kena kosongkan balik tangki septik ni.
Mesti terkejut sampai dengar 8 tahun kan haa. Tangki septik yang ini fokus untuk bahan buangan najis saja. Rumah sis banyak telaga. Untuk air basuh pinggan, air basuhan lain pulak.
Kadang - kadang perkara macam ni kita tak perasan, tahu - tahu eh macam nak limpah dah.
Al kisahnya sebab ternampak ada limpahan sikit nak keluar dari penutup tangki septik tu. Terus abah sis contact nombor yang pernah adik sis ambil servis sebelum ni.
Hari tu contact hari tu jugak datang. Cepat sungguh bertindak buat kerja
Ikutkan ada terbaca kalau nak sedut buang air kumbahan paling kurang pun 2 tahun sekali. Tapi tak tahu lah bergantung saiz tengki septik rumah masing - masing pulak.
Bayaran Untuk Perkhidmatan Sedutan Tangki Septik RumahUntuk servis sedut tangki septik ni, boleh pilih sama ada nak contact majlis perbandaran atau pun nak yang servis dari swasta
Dah 2 kali guna servis dari syarikat swasta. Bila sis search carian untuk sedut tangki septik di Kelantan, ramai yang buat servis ni.
Kali pertama sedut tangki septik guna syarikat dari Majaari Services. Tapi tu lah sekarang cas perkhidmatan makin mahal dah. Bayaran untuk tahun 2023 ni dalam RM 380.
Untuk sedut kali ke dua ni dalam waktu tengah hari, lori tangki sedutan najis sampai. Bermula lah proses sedut air kumbahan najis rasanya tak sampai setengah jam pun
Tak tahu dari syarikat mana, ikutkan patutnya nampak nama syarikat di lori tangki sedut tu.
Pekerja tu pernah cakap, dia pernah pergi rumah orang yang telaga rumah orang tu kena sedut dalam 2 kali sebulan.
Makan duit la nak sedut 2 kali sebulan, nasib tuan rumah tokey mee celup. Habis dalam RM 800 sebulan nak sedut tangki septik saja.
Masalah telaga rumah dia kebetulan tempat tu, keluar mata air. Itu yang kena sedut sampai 2 kali sebulan.
Tangki Septik Di Rumah Sebenarnya pemilihan tangki septik ni bergantung jugak. Macam jiran sis, baru duduk rumah sendiri. 100 % kontraktor uruskan.
Tangki septik ada satu. Tapi semua air basuhan ke, air basuh pinggan ke, bahan buangan najis ke semua masuk dalam tu. Nak buat banyak tangki septik ni makan modal. Jadinya ada satu.
Lagipun, tanah pulak terhad. Jadinya, memang kena berhati - hati sentiasa pantau risau ada limpahan keluar dan tangki septik cepat penuh.
Itulah nak buat pemilihan rumah ni bukan senang, banyak faktor - faktor yang perlu diambil kira. Dah siap sebijik rumah pun, penyelenggaraan untuk rumah pun perlu diambil berat. Nak jaga maintenance rumah ni bukan senang jugak.
Tahun 2015 Kali Pertama Sedut Tangki Septik
Bila dah tak tahu nak post apa, masa untuk throwback balik gambar - gambar yang ada dalam folder phone. Bila snap gambar, kalau nak delete balik agak sayang takut boleh buat cerita dekat blog
Tapi tak nak jugak simpan banyak gambar dalam phone, sakit mata pulak tengok, dah tahu sakit mata tengok nak up cerita kat blog malas adoi Cerita ni tahun lepas lagi nihhh. Dah ingat ingat lupa
Sejak berpindah dah hampir 9 tahun kat Kampung Seterpa, ini kali pertama untuk tahun lepas guna khidmat nak sedut buang air najis dalam tangki.
Sekarang ni banyak syarikat swasta yang ambil alih buat kerja macam ni.sebelum nak sedut buang,, perasan bila flush air dalam tandas, air tak berapa nak laju turun lepas flush.
Jadinya kalau nak buang air kenalah berhati - hati, takut ada najis yang tak terselam masuk duh!
Bahaya macam ni lepas tu stop nanye kalau guna lagi tandas macam tu, tak semua tandas kena, tandas bilik sendiri yang macam masalah sikit, tandas lain tak.
Tanah Tak Serap AirKalau ikut cakap abah wani, tanah tak serap air dah sekarang ni, tak tahu faktor apa. Pada hari yang dijanjikan, datanglah lori macam lori tangki minyak, punya la susah sikit nak main pusing- pusing area rumah sebab sempit sikit.
Akhirnya sisa buangan kena sedut buang keluar. Rumah jiran wani yang depan ni sejak dari rumah bertapak tahun 2000 sampai sekarang tak ambil lagi servis nak sedut buang air najis
Terkejut jugak tak apa ke. Mungkin kat kawasan rumah dia tanah telap air, jadi tak ada masalah lagi. Kos untuk servis ni dalam rm 250. Dah sedut buang baru dah jadi normal balik..
Kalau ada rasa sesiapa macam tandas buat hal ,bila flush pun air tak berapa nak laju turun,, aahh tu dah petanda, mungkin ada yang tak kena dah tu dengan telaga.
Air tak sejat turun dalam tanah. Itulah nak cerita. Maaflah kadang - kadang ada orang yang tak tahu pasal ni.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2023/07/bayaran-untuk-perkhidmatan-sedutan-tangki-septik-rumah.html