Bayaran Royalti Lagu Etnik Sabah Berbentuk Penghinaan Asmin Mudin


PENCIPTA lagu Sayang Kinabalu, Asmin Mudin (kanan) bersama Pengurus Besar Sky Laser Enterprise Sdn Bhd, Walter Francis Kimong, meluahkan kekecewaan berhubung tindakan banyak pihak menggunakan lagunya tanpa kebenaran. - Foto Willie Jude Junaidi
Pencipta lagu Sayang Kinabalu kecewa KOTA KINABALU: Bayaran royalti bagi lagu-lagu etnik tempatan negeri Sabah adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan lagu-lagu di Semenanjung dan ia merupakan satu penghinaan kepada seniman-seniman Sabah.

Itu luahan Pengerusi Persatuan Komposer dan Pembikinan Video Muzik Sabah (SCORE), Asmin Mudin yang mengatakan bahawa ini juga berlaku kepada ahli seniman di Sarawak.


Beliau berkata, lagu-lagu KDM (Kadazan Dusun dan Murut) seperti 'Id Pagandadan' ciptaan dan nyayian Fabian William dan 'Adaa' nyanyian Clarice John Martha hanya dibayar lebih kurang RM60 setahun sedangkan lagu-lagu itu selalu dimainkan di kampung dan hotel mahupun kelab.

"Lagu saya sendiri 'Sayang Sabah' hanya dibayar RM124 setahun, manakala lagu etnik Bajau juga tidak terkecuali seperti lagu 'Lampa-Lampa Pisang' yang hanya dibayar RM300 setahun

"Jika dibandingkan dengan di Semenanjung, lagu-lagu mereka yang popular dibayar di situ dibayar RM15,000 setahun untuk sebuah lagu. Kita dapat melihat wujudnya jurang perbezaan yang sangat jauh dan ini cukup membayangkan di mana kita begitu terpinggir dan tersisih," katanya semasa sesi forum UPKO yang bertajuk "Harapan Rakyat Melalui Pembentukan Persekutuan Malaysia" melalui aplikasi Clubhouse, baru-baru ini.

Menurut Asmin, mengikut data terbaru yang diperolehi daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM), lagu-lagu yang lulus untuk siaran RTM adalah sebanyak 9,139 buah.

Jika dipecahkan, terdapat 3,246 buah lagu Dusun manakala lagu Kadazan mempunyai 3,048 buah; lagu Murut 1,363 buah; lagu Bajau 1,307; lagu Rungus 58 buah; lagu Iranun 31 buah; lagu Tatana 28 buah; lagu Bisaya 12 buah; dan lagu Sungai sebanyak enam buah.

Tambahnya, terdapat lebih kurang 12,000 buah lagu etnik di Sabah termasuk yang tidak berjaya ditapis dan ini menggambarkan kekayaan budaya di Sabah jika dibandingkan dengan negeri lain seperti Kelantan di mana lagu-lagu dikir barat tidak mencapai jumlah itu.


"Malangnya, sejak kewujudan Akta Harta Intelek 1987 dahulu yang kononya untuk menjaga kebajikan atau royalti semua karya-kaya muzik di seluruh negara termasuk lagu-lagu etnik di Sabah dan Sarawak, akta itu ternyata gagal untuk menjaga lagu-lagu di seluruh negara secara sama rata.

"Inilah persatuan kami cuba perjuangkan sejak empat tahun lepas. Apabila kami ke Semenanjung untuk persoalkan perkara ini, mereka gagal untuk memberi jawapan yang memuaskan.

"Malahan, alasan yang mereka berikan adalah lagu-lagu etnik di Sabah ini hanya diputarkan semasa Pesta Kaamatan yang dinyayikan di acara keramaian, sedangkan kita di sini sudah sejak dahulu kala lagi mendengarkan lagu-lagu ini. Dengan lagu-lagu inilah kita membentuk sosial budaya di sini di mana kita hidup dengan harmoni tidak mengira kaum dan agama," jelasnya.

Pengerusi itu berkata, 12,000 buah lagu Bahasa ibunda Sabah ini merupakan harta intelek dan akta itu jelas sekali menyatakan kesamarataan itu harus diberikan kepada semua jenis lagu, namun badan yang mengawal selia akta itu gagal menjaga kebajikan pencipta-cipta lagu, terutamanya lagu etnik tempatan di Sabah.

"Sempena dengan Hari Malaysia ini, harapan kami ialah untuk memperkuatkan lagi hak muzik dan kami mahu memperkasakan kawalan itu dengan menubuhkan Pertubuhan Harta Intelek Sabah' dengan mengguna saluran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Dengan ini, apabila hal ehwal harta intelek bagi lagu-lagu selesai dan kita dapat kawal serta mentadbir royalti kita sendiri, kita dapat meningkatkan karya-karya muzik tempatan di Sabah.


"Harapan kami dari SCORE ialah agar kami dapat menubuhkan badan perlesenan kami sendiri khusus bagi lagu-lagu etnik di negeri Sabah.

"Kami akan memperkasakannya lagi dengan menubuhkan sebuah organisasi khusus untuk menjaga harta intelek di Sabah iaitu Harta Intelek Sabah.

SOURCE: Nabalu News

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/bayaran-royalti-lagu-etnik-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Dijadual Hadir Sambutan Hari Malaysia Ke 58 Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah

Pm Dijadual Hadir Sambutan Hari Malaysia Ke 58 Di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 317 hits
Sambutan dengan kehadiran terhad yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah KOTA KINABALU Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual hadir pada sambutan Hari Malaysia Ke 58 yang diadakan secara sederhana mengi...
Sabah Jalankan Ujian Swab Terhadap Orang Utan Selepas Kakitangan Pusat Konservasi Disahkan Positif Covid

Sabah Jalankan Ujian Swab Terhadap Orang Utan Selepas Kakitangan Pusat Konservasi Disahkan Positif Covid

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 198 hits
Ahli veterinar akan terus memantau spesies itu dan ujian akan terus dijalankan secara berkala Ujian swab Covid 19 orang utan dijalankan oleh ahli veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah berpakaian lengkap selepas kakitangan pusat rehabilitasi ...
Syarat Lengkap Dua Dos Vaksin Masuk Restoran Pasar Raya Di Sabah Bermula 21 September

Syarat Lengkap Dua Dos Vaksin Masuk Restoran Pasar Raya Di Sabah Bermula 21 September

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 381 hits
Foto untuk tujuan Ilustrasi KOTA KINABALU Kerajaan negeri akan melaksanakan syarat lengkap dua dos vaksin kepada pekerja dan pelanggan restoran dan pasar raya bermula pada 21 September ini Maka semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor ...
Pekerja Pelanggan Di Sabah Wajib Lengkap Dua Dos Vaksin Selepas 21 Sept

Pekerja Pelanggan Di Sabah Wajib Lengkap Dua Dos Vaksin Selepas 21 Sept

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 318 hits
Masidi berkata terdapat kelewatan untuk pekerja di sektor perdagangan dan pengedaran restoran serta pasar raya dalam menerima dos kedua khususnya jenis vaksin AstraZeneca Foto BERNAMA KOTA KINABALU Penguatkuasaan untuk mewajibkan semua peke...
95 1 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Kategori 1 2 Masidi

95 1 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Kategori 1 2 Masidi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 319 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata 95 1 daripada jumlah keseluruhan kes baharu di negeri itu adalah dalam kategori satu dan dua Katanya dar...
Lagenda Malaysia Mahu Sabah Fc Dirombak Habis Habisan

Lagenda Malaysia Mahu Sabah Fc Dirombak Habis Habisan

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 310 hits
James Wong Burhan Ajui KOTA KINABALU Datuk James Wong mendesak perubahan besar dalam skuad Sabah FC setelah aksi buruk mereka dalam kempen Liga Super yang baru berakhir Legenda bola sepak Sabah dan Malaysia itu membuat kenyataan itu setelah...
17 Delta 2 Beta Kes Jangkitan Covid 19 Baharu Di Sabah

17 Delta 2 Beta Kes Jangkitan Covid 19 Baharu Di Sabah

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 329 hits
19 Kes Jangkitan Varian Membimbangkan di Sabah KKM mengatakan dalam facebooknya hari ini bahawa kes kes baru itu dikesan antara 31 Ogos dan 13 September Kes kes tersebut adalah sebahagian daripada 61 kes jangkitan Varian membimbangkan 59 De...
Sabah Belum Benarkan Rentas Daerah

Sabah Belum Benarkan Rentas Daerah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 310 hits
Pergerakan merentas negeri bagi individu yang sudah menerima dua dos vaksin yang lengkap belum lagi dibenarkan di Sabah KOTA KINABALU Semua pergerakan rentas daerah di Sabah belum dibenarkan pada masa ini kecuali bagi urusan tertentu termas...
Itu Notis Lama Rentas Daerah Masih Tidak Dibenarkan Polis Sabah

Itu Notis Lama Rentas Daerah Masih Tidak Dibenarkan Polis Sabah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 296 hits
Notis yang membenarkan orang ramai rentas daerah tular di media sosial hari ini Rentas daerah masih tidak dibenarkan di Sabah KOTA KINABALU Pesuruhjaya Polis Sabah Idris Abdullah menafikan dakwaan kononnya orang ramai di negeri itu dibenark...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Adik Dah Pergi Tapi Nama Tetap Disebut Luahan Abang Meruntun Jiwa

From Startup To Unicorn Status

Nutrisi Wajib Dalam Makanan Setelah Sakit Agar Tubuh Cepat Pulih

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Testastretta Tempest Rough Crafts Savage Custom Ducati Monster

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayang Solat Dah Ke 2 Tahun Pjj Wanita Dedah Housemate Suami Adalah Isteri Orang Perbualan Whatsapp Jadi Tumpuan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya

Disyaki Angkara Hutang 3 Rumah Rosak Akibat Letupan

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

How The Hanseatic League Shaped Early European Trade

Daia 3 Dalam 1 Softergent Lavender Pilihan Neelofa