Bayaran Permohonan I Sinar



KUALA LUMPUR – Permohonan kemudahan i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikemukakan sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mulai 2 Mac 2021 susulan pemansuhan kriterianya bulan lepas.
Menurut kenyataan pada Selasa, KWSP menjelaskan ia melibatkan permohonan yang masih menunggu keputusan kelulusan dan yang berstatus tidak lulus, sebelum penambahbaikan i-Sinar tanpa kriteria dilaksanakan.
“KWSP menghargai kesabaran ahli ketika proses ini sedang berjalan. Jika ahli mendapati status permohonan masih tiada sebarang perubahan, semakan boleh dibuat pada hari-hari berikutnya,” katanya.
KWSP menambah, permohonan baharu yang mencerminkan pemansuhan kriteria akan dibuka bermula 8 Mac 2021 kepada semua ahli berusia di bawah 55 tahun tertakluk kepada baki di dalam akaun satu mereka dan ini termasuk ahli KWSP bukan warganegara Malaysia.
Katanya, permohonan baharu ini akan diproses dalam tempoh lima hari bekerja dan selepas tempoh ini, ahli boleh mula menyemak status permohonan dan tarikh bayaran.
Dana persaraan itu turut memaklumkan bermula 8 Mac 2021 ahli juga diberikan kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan seperti jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

“Jumlah pengeluaran i-Sinar serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya.
KWSP menjelaskan bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (akaun satu), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000 dengan pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan.
Bagi ahli yang mempunyai lebih daripada RM100,000 (akaun satu), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan akaun satu, namun jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah RM60,000.
Pembayaran juga akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000, menurut KWSP.
Ahli boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bagi pertanyaan umum, ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 – 8922 6000 atau melayari laman web www.kwsp.gov.my. – Bernama

The post Bayaran permohonan i-Sinar appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/03/bayaran-permohonan-i-sinar/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bayaran-permohonan-i-sinar

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
I Sinar Bulan Mac Tarikh Jadual Bayaran

I Sinar Bulan Mac Tarikh Jadual Bayaran

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 2917 hits
i SINAR BULAN MAC TARIKH JADUAL BAYARAN Kepada yang ingin tahu tentang bilakah bayaran i Sinar bulan ketiga akan dikreditkan ke akaun bank masing masing untuk bulan Mac dan seterusnya nanti Berdasarkan makluman pihak KWSP penerima i Sinar a...
Pembayaran I Sinar Bagi Permohonan Sebelum 25 Februari Bermula Hari Ini

Pembayaran I Sinar Bagi Permohonan Sebelum 25 Februari Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 353 hits
82 total views 82 views today Putrajaya 2 Mac Pembayaran i Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi permohonan sebelum 25 Februari akan bermula pada hari ini Menurut Bernama memetik kenyataan KWSP ia melibatkan permohonan yang masih menung...
Permohonan Ipta Melalui Upu Online Tidak Dikenakan Bayaran

Permohonan Ipta Melalui Upu Online Tidak Dikenakan Bayaran

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 280 hits
Oleh INDIVIDU yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Institusi Latihan Kemahiran Awam bagi sesi akademik 2021 2022 tidak akan dikenakan bayaran proses UPU Online Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Norai...
Tarikh Bayaran I Sinar 2021

Tarikh Bayaran I Sinar 2021

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 534 hits
Berikutan pemansuhan kriteria permohonan i Sinar pada bulan Februari 2021 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan bahawa permohonan yang dibuat pada sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran akan dibuat mu...
Kelulusan Permohonan I Sinar Tanpa Kriteria Dipermudahkan Mulai 8 Mac Ini

Kelulusan Permohonan I Sinar Tanpa Kriteria Dipermudahkan Mulai 8 Mac Ini

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 486 hits
93 total views 29 views today Ketika ini pasti ramai yang telah mendapat bayaran i Sinar yang telah dimohon sejak hujung tahun lalu Pun begitu ada juga permohonan yang tidak diluluskan sebelum ini atas sebab sebab tertentu Anda tidak perlu ...
Permohonan Pindaan Amaun I Sinar

Permohonan Pindaan Amaun I Sinar

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 620 hits
PERMOHONAN PINDAAN AMAUN i SINAR Kepada ahli KWSP yang ingin buat permohonan pindaan amaun i Sinar anda boleh berbuat demikian bermula 8 Mac 2021 Berikut dikongsikan cara pinda amaun i Sinar melalui portal i Sinar Berikut adalah butiran pen...
Cara Selamatkan Mata Dari Sinar Gajet Guna Cermin Alpha Blue 420

Cara Selamatkan Mata Dari Sinar Gajet Guna Cermin Alpha Blue 420

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 428 hits
Ramai orang tak sedar yang terdedah dengan gajet terlalau kerap atau lama akan memberikan kesan fokus pada mata dan penglihatan anak Jadi mak ayah digalakkan berusaha untuk bantu menjaga mata anak anak Mata mereka masih muda jadi kena jaga ...
Cara Tukar Amaun I Sinar Amp Buat Pindaan Jumlah Pengeluaran Maksimum

Cara Tukar Amaun I Sinar Amp Buat Pindaan Jumlah Pengeluaran Maksimum

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 607 hits
CARA TUKAR AMAUN ISINAR ONLINE Bagi ahli KWSP yang telah tersilap membuat permohonan yang lalu anda kini boleh membuat semakan status atau memohon tukar amaun i Sinar melalui Portal i Sinar yang telah dikemaskini dan ditambah fungsi Seperti...
Salah Guna Duit I Sinar Telan 8 Biji Pil Kuda Sekaligus

Salah Guna Duit I Sinar Telan 8 Biji Pil Kuda Sekaligus

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 416 hits
322 total views 322 views today Seorang lelaki dicekup anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan selepas menyalahgunakan duit i Sinar untuk kenduri pil kuda di Kampung Lakota Jeli pada sabtu lalu Memetik laporan Sinar Harian apa yang lebih menge...
National Pride Does Not Pay The Bills For Malaysia S Medal Winners

Speaker By Election Needed For Three Perlis State Seats

Semangat Kasih Dan Keharmonian Menyambut Hari Krismas 2025

Anwar S Political Survival Flip Flop

Siti Nurhaliza Terkesan Ujian Peminat Setia Di Icu Hkl Mohon Doa Keajaiban

Yuan Mencapai Paras Tertinggi 15 Bulan Meski Pboc Mengeluarkan Isyarat Mewah

Bmw N57 Vs Bmw M57 Which One Is A Better Engine

10 Tempat Menarik Di Kuala Lumpur Untuk Lawatan Cuti Sekolah 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Khutbah Jumaat Bulan Rejab Bulan Penuh Hikmah

Buah Jambu Batu Tut

Aqiqah Anak Lelaki Vs Perempuan Apa Bezanya Panduan Lengkap Ibu Bapa Muslim

Selamat Menyambut Malam Raghaib

Rutin Harian Orang Malaysia Di Musim Hujan

Calon Utama Pm Bangladesh Kembali Ke Tanah Air Setelah 17 Tahun Berada Di Perantauan