I Sinar Bulan Mac Tarikh Jadual Bayaran
i-SINAR BULAN MAC:TARIKH & JADUAL BAYARAN
Kepada yang ingin tahu tentang bilakah bayaran i-Sinar bulan ketiga akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing untuk bulan Mac dan seterusnya nanti.
Berdasarkan makluman pihak KWSP,penerima i-Sinar akan menerima bayaran mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.
Hal ini dirujuk melalui ELYA Live Chat KWSP.Berikut adalah jawapan KWSP tentang tarikh bayaran bulanan i-Sinar KWSP yang akan akan diterima.
TARIKH BAYARAN i-SINAR BULAN KETIGA & SETERUSNYA
Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Kedua & Seterusnya
Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar yang berikutnya akan dibayar pada:
tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
sebelum akhir bulan berkenaan
Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.
MAKLUMAN TERKINI PEMBAYARAN i-SINAR BULAN MAC
Bayaran i-Sinar bulan Mac diawalkan bermula 22 Februari 2021.
Bayaran bulan ketiga ini diawalkan bermula 22 Februari 2021
Untuk mengetahui tentang tarikh bayaran i-Sinar bulan Mac,sila buat semakan status i-Sinar melalui portal i-Sinar / i-Akaun KWSP:
CARA SEMAKAN STATUS i-SINAR MELALUI PORTAL i-SINAR
Berikut adalah cara semakan status i-Sinar melalui Portal i-Sinar:
Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
Isikan maklumat yang diminta
Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan
CARA SEMAKAN STATUS i-SINAR MELALUI i-AKAUN
Berikut adalah cara semak tarikh bayaran i-Sinar melalui i-Akaun:
Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran i Sinar bulanan, sila rujuk langkah di bawah:
Buka apps i-Akaun melalui telefon pintar atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar
Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah
Bagi yang belum ada i-Akaun KWSP, anda boleh REGISTER i-AKAUN KWSP
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat
Rujuk media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia)
The post i-SINAR BULAN MAC:TARIKH & JADUAL BAYARAN appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/i-sinar-bulan-mac.html